Bayangkan jika keputusan peribadi paling penting dalam hidup anda sebagai lelaki seperti memiliki zuriat tiba-tiba dikaitkan dengan sama ada anda layak menerima bantuan asas untuk menyara hidup.

Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi mencetuskan perdebatan panas apabila mencadangkan agar prosedur vasektomi dijadikan syarat utama bagi lelaki miskin untuk mendapatkan bantuan sosial.

Langkah drastik ini, katanya satu strategi untuk mengekang kadar kelahiran dalam kalangan keluarga miskin. Ia dicadangkan dengan harapan dapat mengurangkan kemiskinan tegar di masa hadapan.

Lebih mengejutkan cadangannya itu disertai dengan insentif. Mana-mana lelaki yang sanggup menjalani vasektomi akan menerima bantuan wang tunai.

Selain itu, bantuan-bantuan lain seperti subsidi makanan, perubatan, biasiswa dan perumahan juga akan bersyaratkan prosedur kekal ini.

“Kalau seseorang tidak mampu membiayai kehamilan dan pendidikan anak, lebih baik jangan terburu-buru mahu menjadi ibu bapa,” ujar Dedi.

“Saya ingin lelaki lebih bertanggungjawab dalam hal perancangan keluarga, bukan hanya menyandarkan kepada wanita,” tambahnya lagi.

Gabenor Di Indonesia Beri Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kawal Kadar Kelahiran
Gabenor Jawa Barat, Dedi Muyadi – Foto: Kompas

Bagi lelaki, vasektomi adalah satu keputusan hidup yang serius. Ia melibatkan prosedur pemotongan dan pengikatan saluran sperma yang menjadikan lelaki tidak lagi subur secara kekal.

Ads

MENERIMA KECAMAN

Walaupun tidak menjejaskan keupayaan seksual, sifat kekalnya menjadikan ia pilihan yang memerlukan pertimbangan mendalam.

Mengaitkannya dengan keperluan asas seperti makanan atau tempat tinggal pasti meletakkan golongan miskin dalam dilema yang berat.

Cadangan ini serta-merta mengundang kecaman pelbagai pihak terutamanya dari tokoh agama, menteri kerajaan, hinggalah kepada pertubuhan hak asasi manusia dan rakyat jelata.

Gabenor Di Indonesia Beri Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kawal Kadar Kelahiran
Foto hiasan

Isu hak tubuh badan, maruah, dan etika perubatan menjadi titik pertikaian utama. Menteri Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf memberi amaran keras. “Kalau sudah menyentuh hak tubuh badan dan kesihatan, perlu dinilai dari pelbagai sudut. Ini bukan isu mudah.”

Ads

Manakala Menteri Penyelaras, Muhaimin Iskandar turut menegaskan bahawa syarat sebegitu bertentangan dengan perundangan sedia ada. “Tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan negeri menetapkan syarat seperti itu untuk bantuan sosial,” katanya.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat melalui pengerusinya, KH Rahmat Syafei pula jelas menyatakan hukumnya.

“Prosedur pemandulan kekal seperti vasektomi tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat kesihatan. Ia bukan soal wang, tetapi soal hukum,” tegas beliau.

Gabenor Di Indonesia Beri Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kawal Kadar Kelahiran
Prosedur vasektomi – Ilustrasi: mayoclinic.org

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) turut menyelar cadangan ini sebagai melanggar hak asasi. Pengerusinya, Atnike Nova Sigiro menyifatkannya sebagai ‘paksaan halus’.

Ads

“Badan manusia ialah hak mutlak individu. Mengaitkan bantuan dengan prosedur perubatan adalah satu bentuk paksaan halus.”

Menjawab kritikan yang memuncak, Dedi Mulyadi menjelaskan pendiriannya. “Saya cuma mengajak, bukan memaksa. Jika tidak mahu, tiada paksaan. Tapi kita harus berfikir panjang soal masa depan keluarga miskin”.

BACA: Kenali Pickleball, Sukan Gabungkan Elemen Badminton, Tenis & Ping Pong

Namun, penjelasan tersebut nampaknya gagal meredakan kemarahan ramai. Cadangan ini dilihat sebagai menghina golongan miskin dan menggunakan isu sensitif sebagai modal politik.

Sumber: Sinar Harian

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI