Semalam merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia di mana ia membawa kepada kesedaran dan juga sokongan kepada mereka yang berdepan masalah ini.
Dari segi definisinya kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesejahteraan emosi, psikologi, dan sosial seseorang individu.
Ia melibatkan bagaimana seseorang berfikir, merasa, dan bertindak apabila berhadapan dengan kehidupan seharian. Kesihatan mental juga membantu menentukan bagaimana kita mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain, membuat pilihan, dan membuat keputusan.
Kesihatan mental bukan hanya ketiadaan gangguan mental. Ia melibatkan kemampuan seseorang untuk menikmati kehidupan, mencapai keseimbangan antara aktiviti kehidupan dan usaha untuk mencapai ketahanan psikologi, serta berfungsi dengan baik secara sosial dan bekerja dengan produktif.
Gangguan kesihatan mental boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan, dan tindakan seseorang. Contoh-contoh gangguan kesihatan mental termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan makan, dan gangguan adiktif.
Penting untuk memahami bahawa kesihatan mental adalah sebahagian penting dari kesihatan keseluruhan seseorang individu. Memelihara kesihatan mental memerlukan usaha berterusan, pemahaman diri, dan sokongan dari orang sekeliling.
Dan perkara ini sebenarnya banyak berlaku di kalangan lelaki. Namun di atas beberapa faktor kebanyakan lelaki seakan tidak tahu atau berada dalam penafian bahawa mereka ada isu kesihatan mental. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa sebab mengapa lelaki sukar untuk tampil ke hadapan bagi menghadapi masalah ini.
Norma Sosial dan Budaya
Tidak dinafikan di dalam banyak masyarakat termasuk di Malaysia, lelaki seringkali dilihat sebagai tunjang kekuatan dan ketabahan.
Oleh itu, mereka mungkin merasa malu atau lemah untuk mengakui bahawa mereka memerlukan bantuan atau sedang mengalami masalah kesihatan mental.
Takut Dihakimi
Kebanyakan lelaki mempunyai rasa takut bahawa mereka akan dihakimi oleh masyarakat atau rakan-rakan mereka jika mereka mengakui bahawa mereka memerlukan bantuan. Ini boleh menyebabkan mereka memilih untuk menyembunyikan perasaan mereka dan tidak mencari bantuan.
Kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan lelaki mungkin agak berkurangan berbanding dengan wanita.
Oleh sebab itu, lelaki mungkin tidak sedar tanda-tanda awal masalah kesihatan mental berlaku kepada mereka atau bagaimana untuk mendapatkan bantuan segera.
Cara Atasi Masalah
Lelaki cenderung untuk mencari cara alternatif untuk mengatasi masalah kesihatan mental. Salah satunya seperti melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Atau lebih teruk mula terjerumus dengan substans terlarang atau alkohol yang bukan sahaja tidak berkesan malah boleh memburukkan lagi keadaan.
Kurangnya Sumber
Di beberapa tempat, sumber untuk kesihatan mental yang khusus untuk lelaki mungkin kurang atau tidak dikenali dengan baik, yang membuatkan lelaki merasa kesulitan untuk mendapatkan bantuan yang sesuai.
Jadi amat penting untuk kita semua terutamanya golongan lelaki meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan lelaki dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukannya. Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal, dan tiada siapa pun harus merasa malu untuk mencari bantuan.
Ingat, mencari pertolongan itu bukanlah satu kelemahan tetapi ia adalah kekuatan yang luar biasa untuk keluar dari belenggu masalah kesihatan mental.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hand sanitizer juga punyai keburukan tersendiri buat si pemakainya.
1. Tubuh Tak Tahan Dengan Antibiotik Berlebihan
Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteri tetapi jika digunakan secara berlebihan, ia sebenarnya akan membunuh bakteria yang baik juga. Kesihatan kamu pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.
2. Lemahkan Sistem Imun
Menurut penelitian yang dilakukan pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahaykan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindung tubuh dari terkena sebarang penyakit.
Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta pelbagai alergi.
3. Ganggu Kestabilan Hormon
FDA di Amerika Syarikat menyatakan, ada penelitian menunjukkan bahawa kandungan “triclosan” bisa menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok -bertidak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh.
4. Terdedah Pada Bahan Kimia
Jika kamu memiliki hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh sekaligus meniru hormon. Ini akan mengubah perkembangan genital.
Selain itu, kandungan paraben pada produk juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun penggunaannya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk itu.
5. Risiko Kerancunan Alkohol
Sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer biasanya adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman.
Dalam sebuah kes yang berlaku sekitar Mac 2012, seorang remaja dari California telah dilarikan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yanng dipercayai terkandung dalam hand sanitizer!
Sebagai peringatan, sila berhati-hati dalam penggunaan hand sanitizer. Mungkin hari ni kamu mendapat kelebihannya tetapi, jangan terlalu obses dengannya kerana ia mampu menjejaskan kesihatan tubuh kita semua.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber : wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
ONE 173 kembali menjadi tumpuan dunia apabila beberapa juara terkemuka ONE Championship berhimpun bagi menentukan kedudukan sebenar dalam divisyen masing-masing.
Acara ini telah pun digelar antara yang paling signifikan dalam sejarah organisasi tersebut kerana menghimpunkan nama-nama utama yang mempunyai rekod cemerlang serta pengaruh global yang besar.
Antara atlet yang paling banyak mencuri perhatian semestinya dua figura popular Superbon dan Rodtang.
Kehadiran mereka sentiasa dinantikan, bukan sahaja kerana reputasi sebagai juara dunia, tetapi juga kerana personaliti serta gaya penampilan yang sering menjadi bualan peminat seni bela diri seluruh dunia.
Rodtang & Superbon Raih Perhatian Dalam Face Off Berbaju Melayu
Dalam sesi face off menjelang ONE 173, sekali lagi Rodtang dan Superbon menjadi sorotan utama media selepas mereka tampil lengkap berbaju melayu.
Penampilan tersebut bukan sahaja mengejutkan pihak media antarabangsa, malah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat kerana ia membawa elemen budaya Malaysia ke pentas global.
Pakaian tradisi itu adalah keluaran jenama tempatan, Elrah Exclusive, yang semakin mendapat perhatian kerana keberaniannya menampilkan reka bentuk moden berasaskan busana tradisional lelaki.
Kehadiran dua juara dunia dengan baju melayu lengkap memberikan impak luar biasa, sekali gus menunjukkan bagaimana fesyen Malaysia mampu menembusi arena antarabangsa.
Lebih menarik, pengasas Elrah Exclusive, El Azman, turut berada di Jepun bagi memastikan setiap butiran penampilan Superbon berada dalam keadaan sempurna.
Kehadirannya pada acara ini menunjukkan komitmen jenama tersebut dalam mengangkat martabat pakaian tradisi Malaysia pada peringkat global.
ONE 173 Angkat Budaya Malaysia Ke Tumpuan Dunia
Pemilihan baju melayu sebagai pakaian rasmi sesi face off memberikan dimensi baharu kepada acara ONE 173.
Ia bukan sahaja memaparkan identiti budaya Malaysia secara langsung, tetapi turut memperlihatkan bagaimana pakaian tradisi boleh digayakan dalam konteks antarabangsa tanpa menjejaskan nilai asalnya.
Tindakan Rodtang dan Superbon mengenakan busana tradisional ini juga membuka ruang besar untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada pengikut sukan tempur di seluruh dunia.
Ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan persoalan tentang nama pakaian tersebut, asal-usulnya serta jenama di sebaliknya.
Secara tidak langsung, ia menjadi promosi budaya yang sangat efektif.
Di sebalik momen penampilan yang menjadi tular tersebut, Superbon tetap memberi tumpuan penuh terhadap pertarungan besar menentangnya, iaitu perlawanan penyatuan gelaran Featherweight Kickboxing menentang Masaaki Noiri.
Pertarungan ini merupakan salah satu acara utama dalam ONE 173 dan telah digelar sebagai pertembungan paling teknikal antara dua atlet elit.
Noiri dikenali sebagai atlet yang mempunyai ketepatan tinggi, kekuatan tendangan serta pengalaman luas dalam pertarungan Jepun.
Superbon pula terkenal dengan kawalan jarak, strategi bertaraf dunia dan rekod cemerlang dalam beberapa siri pertandingan sebelum ini.
Malaysia Terus Dalam Radar Antarabangsa
Secara keseluruhan, penampilan baju melayu pada sesi face off ONE 173 menjadi bukti bahawa budaya Malaysia mampu menembusi platform antarabangsa melalui cara yang elegan dan berpengaruh.
Ia bukan sahaja meningkatkan perhatian terhadap jenama tempatan seperti Elrah Exclusive, malah mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai negara yang kaya dengan identiti budaya bernilai tinggi.
Walaupun perhatian utama acara ini tertumpu kepada keputusan pertarungan, tidak dapat dinafikan bahawa momen penampilan Rodtang dan Superbon berbaju melayu lengkap ini akan kekal sebagai salah satu detik paling unik dan bersejarah dalam penganjuran ONE Championship. 🇲🇾🔥
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.