Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran, sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta. Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua. MASKULIN senaraikan 6 perilaku semasa ‘dating’ yang wajar anda jauhi.
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
Ads
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
Ads
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Pantang kawan belanja makan, hati berbunga-bunga. Kalau sebelum ini, mahu ajak makan bukan main susah. Macam-macamlah alasan diberi, sudah kenyanglah, dietlah, paling tidak pun alasannya sudah ada ‘date’ bersama teman-teman lain. Tetapi apabila disebut mahu belanja, mudah sahaja menukar plan. Lagi-lagi peluang makan di lokasi paling ‘best’…Hah! Apa lagi, ikut jelah. Tetapi harus ingat, ada etika atau cara tertentu untuk menerima perlawaan mereka. Nanti tidak pasal-pasal anda dicop ‘pelahap’ atau suka ambil kesempatan.
Buat pesanan seadanya
Janganlah kerana kawan belanja, kamu mengambil pesanan diluar kebiasaan. Seeloknya biarkan dia membuat pesanan terlebih dahulu sebelum kamu. Walaupun restoran tersebut punya makanan yang enak-enak, sekat dulu kemahuan kamu yang membuak-buak untuk memesan makanan. Kontrol sikit bro!.
Tolak dengan cara berhemah
Jika kamu tidak boleh menolak perlawaan kawan untuk belanja makan tersebut, janganlah tertekan atau rasa terpaksa. Mungkin kamu boleh menolak dengan cara baik ataupun kalau terpaksa keluar kerana dia kawan baik kamu sedangkan kamu kenyang, jangan kecewakannya. Kamu boleh sekadar menemaninya dan minum air sahaja.
Berhenti berharap
Walaupun dalam hati kamu tentu berharap kawan yang akan belanja, bersiap sedialah untuk menganggap tiada istilah belanja pada kali ini. Bawalah duit secukupnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin dia terlupa membawa dompet ataupun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayarnya.
Bukan kedekut, tetapi biarlah berpada-pada
Bagi si tukang belanja pula, janganlah kamu serba salah kalau tidak mengeluarkan duit kali ini. Kalau kamu biasa berbelanja, pastikan hanya kali pertama dan tidak berlanjutan hingga setiap kali keluar. Kawan-kawan kamu akan berkira-kira untuk mengharapkan kamu belanja pula nanti. Bukan kedekut, tetapi dalam istilah ‘adil dan berpada-pada’. Biarlah kawan kamu yang lain pula belanja makan untuk hari-hari lain pula. Bukan apa, takut silap hari bulan poket kamu kering sebelum waktunya.
Ikut sahaja, jangan banyak komen
Itu tidak sedap, ini tidak sedap. Aduh, susahnya belanja orang macam ni!Sudahlah makan pun orang belanja, banyak pula komennya. Kalaupun makan tak sedap, janganlah banyak komen hingga menimbulkan ketidakselesaan kepada si tukang belanja.Mungkin diam sahaja ataupun komen sedikit sahaja pun sudah memadai. Pendek kata, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.
Buat tawaran untuk belanja
Apakata kali ini kamu pula yang belanja. Biasanya asyik kawan kamu sahaja yang belanja. Memang niat kawan kamu itu ikhlas, tapi tak salah bukan giliran kamu pula belanjanya makan?. Biasalah adat berkawan, kenalah mengambil hati teman mu itu. Baru kamu tidak dianggap suka mengambil kesempatan.
Belajar ucap terima kasih
“Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Jangan pula perut sudah kenyang, kamu buat tak tahu saja. Belajarlah menghargai dan berterima kasih supaya orang yang belanja kamu itu rasa senang hati kerana ada kawan yang baik dan menyenangkan seperti kamu.Dan sebelum beredar dari tempat makan, kalau boleh nyatakan hasrat kamu pula yang akan belanjanya makan suatu hari nanti.
Dari hari pertama Tun M menjadi Perdana Menteri, rakyat memulakan lembaran baru dalam kehidupan. Macam dapat nyawa baru. Apabila Tun M mansuhkan GST dan dedah 1MDB, lagilah semua netizen melonjak gembira. Kalau hari tu Maskulin kongsikan betapa hebatnya rakyat mengendalikan “jenama phone” Agong. Kali ini mereka tidak terlepas dengan membelek setiap gambar viral Tun M pula. Banyak juga perkara yang mereka jumpa. Dan apa yang menariknya, mereka nak beli semua yang dipakai oleh Tun M tu. Hebat tak hebat penangan Tun M ni. Ini antara barangnya:
Berocca
Jangan tipulah, berapa kerat je rakyat Malaysia yang rajin makan supplement dan produk kesihatan. Tapi aneh betul, apabila gambar ini viral di media sosial. Mata mereka tertancap pada jenama ubat yang dimakan oleh Tun M. dengar cerita sold out dekat farmasi.
Berocca merupakan supplement mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau diambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:
-tingkatkan stamina
– tingkatkan konsentrasi dan mental performance seseorang
Dulu kalau Tun M bawak pen, sorang pun tak kesah. Tapi kalau anda benar-benar fans tegar Tun M, pastinya anda akan nampak setiap kali Tun M berjalan, pasti ada pen di selitkan di poket bajunya atau di celah butang bajunya. Pen ni murah je, RM 4.30 Sahaja! Include GST! Kalau tak ada GST RM 4.00 SAHAJA! Nak beli mahal-mahal buat apa, dakwat dia color yang sama juga kan?
Selipar Bata
Siapa pandang selipar Bata lagi hari ini? Tapi setelah Tun M dilihat memakainya, Bata high rank balik gais! Netizen mula mencari selipar yang disarung Tun M pula kali ini. Mungkin Bata dah boleh keluarkan Special Edition? Haha
Brands Outlet
Handbag apa tu? Hermes ke? Beli baju dekat ZARA ke? Tun M beli baju dekat Brands Outlet je uoulsss! Seorang perdana menteri, yang gajinya berpuluh ribu ini hanya shopping di Mall biasa bukannya Pavilion. Sentap tak? Bak kata Tun M, beli harga handbag dengan harga bawah RM 50 dan isi handbag itu dengan 1K.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti tak kerja di kaki lima sekarang,” demikian antara kata-kata yang pernah dilemparkan pada jejaka ini.
Namun tidak ramai yang mengetahui, jejaka yang sekadar tampil memakai kemeja T dan apron di kaki lima Bandar Teknologi Kajang, Semenyih ini pernah menyarung jaket putih sebagai seorang doktor.
Arjanggi Farizal pernah mengecapi kejayaan di menara gading sehingga bergelar seorang doktor perubatan sebelum memulakan perniagaan Pondok Minang, yang menjual sekitar 50 jenis lauk-pauk masakan Minang.
Terbitnya minat terhadap berniaga ketika alam persekolahan, di mana Arjanggi sering mengikuti ibunya berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
“Minat berniaga itu dah memang sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Lebih Tenang Berniaga
Arjanggi dahulunya bertugas sebagai seorang doktor paru-paru namun demi mengejar minatnya terhadap dunia perniagaan, dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Ujarnya, agak sukar keputusannya itu untuk diterima oleh keluarganya pada mulanya.
“Pengorbanan orang tua kan, dengan kos yang tinggi nak sekolahkan anak dia. Tapi tiba-tiba anak dia memilih untuk berniaga di tepi jalan.
“Awal-awal itu memang ada penolakan juga, tapi sekarang ini Alhamdulillah semua dah terima dah,” kongsinya.
Foto: Arjanggi ketika masih bertugas sebagai seorang doktor (Ihsan Arjanggi).
Arjanggi tidak menafikan ada perbezaan dari segi pendapatan melalui berniaga berbanding ketika bertugas sebagai doktor dahulu.
Bagaimanapun, Arjanggi lebih gemar dengan keadaan ini kerana ketenangan yang dikecapinya.
“Pada hakikatnya saya lebih tenang macam ini. Mungkin dari segi kewangan memang banyak ujian dia.
“Mana-mana perniagaan memang banyak pahit manis dia. Tapi yang penting kita seronok, hati kita senang,” jelasnya lagi.
Foto: Perniagaan Pondok Minang milik Arjanggi di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih yang menjual pelbagai lauk-pauk masakan Minang.
“Kalau Awak Tak Nak Jadi Lelaki, Biar Saya Jadi Lelaki” – Isteri
Bercerita mengenai titik permulaan perniagaan masakan Minang ini, Arjanggi memberitahu idea ini tercetus daripada isterinya yang menggemari masakan itu.
Isterinya dahulu bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates selama kira-kira lima tahun, namun berhenti bertugas sementara setelah terselamat dari kejadian kemalangan pesawat EK521 pada 2016.
Foto: Isteri Arjanggi merupakan salah seorang pramugari bertugas di dalam pesawat Emirates EK521 yang terhempas ketika pendaratan cemas di Dubai pada 2016. (Sumber: The Sydney Morning Herald).Foto: Arjanggi bersama isterinya.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat daripada kejadian itu. Jadi dia berehat dahulu daripada bertugas dan dia yang beri idea untuk buka perniagaan masakan Padang”.
Walaupun berketurunan Minang, Arjanggi mengakui pada mulanya dia sendiri tidak menguasai cara memasak masakan tersebut.
Oleh itu, dia berusaha untuk mempelajari masakan itu melalui ibunya dan gigih berusaha memastikan perniagaan ini mampu menjadi sumber rezeki terbaik bagi menampung kehidupan isteri dan keluarganya.
“Kalau awak tak nak jadi lelaki, biar saya jadi lelaki,” itulah kata-kata isterinya yang menguatkan semangatnya untuk terus berniaga sehingga kini dan terus berjuang menjadi seorang lelaki sejati.