Semalam negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelang, yang akhirnya telah disahkan identitinya iaitu Nidza Afham Mokhtar, penyanyi berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin.
Oleh yang demikian, gambar mayat Allahyarham Nidza Afham yang ditemui di kawasan jambatan Sungai Klang menjadi tular di media sosial.
Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Ditemui – Aufahanie
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Susulan itu, adik Allahyarham iaitu Aufahanie Mokhtar memohon agar orang ramai yang ada memuat naik gambar berkenaan untuk memadam perkongsian itu, demikian lapor Media Hiburan.
Hal itu disebabkan demi menghormati perasaan mereka sekeluarga yang masih sedih dan terkejut mendengar perkhabaran buruk mengenai Allahyarham.
Aufahanie yang juga seorang penyanyi itu berkata demikian menerusi sebuah hantaran story di laman Instagramnya.
“Tolong. Tolong. Jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke social media anda. Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menerusi hantaran story sebelumnya, Aufahanie turut menitipkan doa buat abangnya yang mesra disapa Am di dalam keluarga.
“I love you Am. Bahagialah di syurga Firdausi,” tulisnya ringkas bersama dua gambarnya bersama Allahyarham ketika kecil.
Ads
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Afham Nak Jadi Terkenal, Tapi Bukan Begini – Efahanie
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham pula, Efahanie Mokhtar terkilan apabila kini ‘cita-cita’ adiknya untuk menjadi terkenal kini menjadi kenyataan namun menerusi tragedi yang memilukan.
“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa sekarang, tapi bukan begini Am. Bukan begini. Allah,” demikian catatan Efahanie di laman X.
Lebih memilukan, Efahanie turut mengulang ciap sebuah ciapan lama dari Allahyarham sendiri pada bulan Mei lalu yang bergurau dengannya.
Tulis Efahanie, dia terkilan apabila perancangannya untuk menempah sebuah lokasi untuk percutian keluarga bertukar menjadi perhimpunan keluarga untuk perkabungan sebuah tragedi pemergian Allahyarham.
Ads
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Henti Buat Spekulasi – Abang Ipar
Selain Aufahanie dan Efahanie, abang ipar kepada Allahyarham, Effie Amron pula memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian adik iparnya itu.
Memetik laporan Gempak, Effie mendapati terlalu banyak cerita tidak benar yang direka mengenai Allahyarham di media sosial.
Oleh itu, Effie memohon agar orang ramai menjaga kata-kata selain menitipkan doa yang terbaik.
Menyifatkan adik iparnya itu sebagai seorang yang baik, Effie tetap reda dengan pemergian Allahyarham.
Ads
Terdahulu, Nidza Afham dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam kelmarin.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7.00 malam Rabu ialah Nidza Afham.
Seperti selalu kita dengar, anak-anak ini bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan, semasa mereka kecil, mereka memerlukan perhatian daripada kita. Sebagai seorang ayah, anda harus memberikan contoh yang terbaik. Walaupun kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu tetapi tahukah anda mereka sebenarnya akan cenderung mencontohi perilaku ayah berbanding ibu. Berikut adalah pesanan paling penting untuk lelaki bergelar ayah
1. Tunjukkan contoh terbaik depan anak
Anak-anak mudah mengikuti apa sahaja tingkah laku yang mereka lihat. Jadi sebagai seorang bapa, anda seharusnya memberikan gambaran yang baik untuk anak anda. Contohnya anda jangan pula bergaduh dengan isteri depan anak-anak. Tunjukkan kemesraan supaya anak anda sentiasa dihidangkan dengan perkara-perkara positif sahaja.
2. Sembunyikan tingkah laku negatif depan anak
Manusia tiada yang sempurna, kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, pastinya mempunyai tingkah laku yang buruk bukan? Sebaiknya jangan sampai anak lihat tingkah laku negatif di depan anak anda. Seperti menghisap rokok, bermain judi, melihat video yang tidak sepatutnya. Anak sedang membesar, anda adalah salah seorang ikon yang bakal diikutinya kelak.
3. Jangan marah anak sampai tak ingat dunia
Jika hendak menegur anak, jangan sampai sanggup memukul anak. Anak perlukan sokongan dan juga kasih sayang. Memang anak lebih takutkan ayah berbanding ibunya. Cukup anda menegur dengan cara baik dan tidak perlu naik tangan. Jika anda naik tangan dan memukulnya, anak anda pasti akan mengingatinya sehingga dewasa. Kesan pukulan tidak kekal di tubuh badan, namun kesannya di hati akan diingati sampai bila-bila
4. Rajin-rajin berbual dengan anak
Janganlah ayah asyik sibuk dengan kerja dan handphone sahaja. Kalau di rumah layanlah anak bercakap dan bermain. Kadangkala anak takut hendak bercakap atau bergurau dengan ayah sebab ayah terlalu serius dan garang. Tak hairanlah anak lebih senang berbual atau mengadu apa sahaja dengan ibu. Kata pakar sosiologi, anak yang berbual dengan ayahnya akan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berkomunikasi dengan ayah. Jadi, kalau nak anak bijak maka rajin-rajinlah melayan mereka bercakap ya para ayah!
5. Binalah hubungan rapat dengan anak
Kajian juga menunjukkan anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebih baik dan mengurangkan masalah sosial ketika usia remaja. Tentu kita biasa baca kisah anak-anak remaja yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Kebanyakan mengakui mereka tidak rapat dengan ayah masing-masing. Pendek kata sejak kecil tiada hubungan rapat dan interaksi dengan si ayah. Apabila meningkat remaja, mereka lebih selesa rapat dengan kawan-kawan. Akibatnya mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan tunjuk ajar daripada lelaki bergelar ayah!
Sumber: Ragamanak.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum menjadi lelaki berotot, Zhang Shuai merupakan seorang pelajar biasa di Institut Teknologi Heilongjiang di Harbin, China, dia pernah dianggap gemuk tahap obesiti.
Menurut China Daily pelajar berusia 22 tahun yang kini bekerja sambilan sebagai jurulatih kecergasan mengalami kemalangan dua tahun yang lalu, menyebabkan dia kehilangan berat badan sehingga 40 kilogram dalam masa enam bulan.
Kerana kemalangan yang dialami, membuatkannya nekad untuk menurunkan berat badan kerana tidak mahu lagi hidup dalam keadaan yang tidak sihat kerana obesiti.
Zhang menghabiskan masanya di gimnasium dengan bersenam serta melakukan diet ketat. Setengah tahun selepas rejimen latihannya bermula, dia akhirnya menyedari impian untuk menjadi fit selepas kehilangan 30 kilogram (66 kilogram).
Kini dia mempunyai minat baru iaitu bina badan. Minatnya mendorong dia memasuki pertandingan bina badan sehingga berjaya memenanginya.
Sumber : China Daily
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.