Rambut anda semakin kusut dan tidak terurus. Usah risau kerana anda masih ada harapan untuk kembalikan rambut lebat dan sihat.
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja. Barulah rambut lebat!
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semula jadi untuk rambut lebat. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
Ads
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
Ads
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Ads
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Selamat mencuba!
Dapatkan produk penjagaan rambut pada harga menarik di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak semua orang dikurniakan kelebihan mempunyai ketinggian. Tapi jangan silap sangka kerana ramai orang yang rendah sebenarnya sangat hebat.
Ya tak dapat dinafikan kebanyakan wanita lebih cenderung memilih atau mendambakan seorang kekasih yang lebih tinggi daripada dirinya. Namun pernah tak dengar orang tua-tua cakap, jika isteri lebih tinggi rezeki pasangan itu lebih murah.
Dengar boleh tapi percaya jangan. Hehe.
Rami juga selebriti dan tokoh terkenal yang tidak memeliki ketinggian sangat popular di kalangan wanita. Nama-nama seperti Daniel Radcliffe, Jason Statam, James McAvoy dan ramai lagi merupakan antara selebriti yang tak berapa tinggi tapi sangat popular.
Pernah tengok cara memereka berpakaian dan bergaya. Sekali imba memang tak perasan yng mereka sebenarnya soerang lelaki yang rendah. Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti 7 trik bergaya khas untuk anda yang bersaiz kecil nampal lebih tinggi.
PAKAI WARNA MONOKROM
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. Maksud monokrom di sini ialah anda memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya jika anda pakai baju putih pastikan seluar lebih terang seperti warna hitam atau biru. Pastikan warna seluar lebih terang daripada baju.
Seluar jenis baggy atau mempunyai ukuran pinggang rendah perlulah anda elakkan. Menggunakan seluar baggy akan membuatkan anda nampak lebih rendah dan memendekkan garis kaki. Pastikan juga anda tak memakai seluar yang mempunyai ‘cawat’ labuh.
MEMAKAI BLAZER
Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi.
TUKANG JAHIT
Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempahd engan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempak dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar-benar fit dengan badan.
LABUH BAJU
Selain seluar yang baggy anda juga perlu elak memakai baju bersaiz besar. Dan antara yang penting sekali jangan pakai t-shirt yang mempunyai labuh melebihi parasatulang pinggul. Baju yang terlalu labuh akan membuatkan kaki anda nampak lebih pendek.
LENGAN BAJU PENDEK
Anda ada lengan yang berotot? Usah terlalu obses untuk tayangkan otot anda kepada umum kerana lengan terlalu pendek hanya membuatkan anda nampak lebih pendek. Jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan nampak sama.
TERLALU BANYAK AKSESORI
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pasti berhadapan dengan masalah kulit mati ataupun kulit kering yang melampau kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga kulit, kerana itu kita dapat lihat ramai antara wanita menghabiskan duit untuk mendapatkan kepuasan pada kulit. Bagaimana dengan lelaki? Adakah produk untuk mereka kekal segar dan tampak menarik kurang di pasaran? Sebenarnya, tiada masalah untuk lelaki menggunakan produk kecantikan produk bergantung kepada kulit. Jika anda malu untuk dapatkan khidmat nasihat daripada consultant di farmasi, apa kata kalau anda cuba dapatkan produk-produk ini.
The Body Shop Aloe Soothing Day Cream
Semestinya lidah buaya menjadi kegemaran orang ramai terutamanya wanita kerana ia memang mengandungi khasiat tersendiri yang boleh merawat banyak peyakit. Ia terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan kulit anda. Apabila anda pakai produk ini, kulit anda akan berasa dingin dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan, gatal atau merah. Sebut saja Body shop, anda akan terbiasa dengan produk mereka yang mengandungi bahan semulajadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Krim Nourishing Himalaya ini tidak melekit dan sesuai untuk digunakan secara harian kerana ia memberi perlindungan agar kulit terus kelihatan segar dan lembap sepanjang hari. Produk ini sedikit istimewa kerana ia mempunyai campuran ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari kotoran udara dan cuaca panas. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk anda kelihatan seperti muda. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.
Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist
Produk ini memang dicipta khas untuk lelaki. Garnier yang memahami lelaki, telah mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dengan krim pencerah pelembap yang mempunyai bebas gris dimuatkan dengan volcanic mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang membantu akan melawan masalah kulit anda sekali pakai. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan. Bukan sahaja itu ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas dari minyak.
L’oreal Men Expert Barberclub Face & Beard Oil
Untuk mereka yang mempunyai jambang, mungkin anda boleh cuba produk ini. Cara pemakaiannya, sapukan pada jambang anda setelah mandi dengan menggunakan sikat. Lakukan ia seperti rambut anda. BarberClub Long Beard Oil sangat menyihatkan kulit dan keadaan janggut yang terbaik dalam janggut kelas sepanjang hari. Diperkaya dengan minyak pati Cedarwood.
Dove Men+Care Face Lotion
Dove amat memahami kaum Adam dimana golongan ini juga memerlukan pelembap harian untuk merawat kulit wajahnya. Oleh karena itu, mereka mencipta produk Dove Men+Care Face Lotion. Pelembab ini menawarkan perlindungan khusus untuk kulit kering. Produk ini akan menghidrasi kulit yang kering dan memberi kelembaban intensif.
Tak perlu risau dengan wajah berminyak setelah memakai produk ini karena formula pelembab Dove Men ini mudah meresap ke dalam kulit. Tambah SPF 15 di dalam Dove Men+Care Face Lotion membuat wajah Anda terlindung dari kerusakan yang disebabkan oleh sinar matahari.
Sumber: productnation.co/bacaterus.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kulit yang bersih dan bebas jeragat,jerawat mahupun whitehead tidak semestinya anda perlu berhabis duit ke pusat kecantikan.
Dikongsi oleh Marina Saringat cara orang dulu-dulu mengurangkan jeragat dan whitehead ini hanyalah menggunakan limau dan juga tepung. Malah beliau sendiri mengamalkan petua ini dan hasilnya memang berkesan, flawless jadinya.
Petua pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead
Actually ini petua orang dulu-dulu. Tapi saja flashback untuk korang sejak belajar dan dapat petua ini dari ibu ibu.
Tip ini sangat mudah dan senang saja nak cari bahan-bahannya. Tapi apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN gais.
Caranya:
1.Sediakan bahan berikut;
– Sebiji buah limau kasturi.
– Satu sudu kecil tepung gandum
2. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung. Gaul sebati dua bahan ini .
3. Kemudian tepek lembut lembut pada muka tapi pastikan sebelum itu bersihkan muka terlebih dahulu. Basuh selepas 15 minit.
3. Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian. Hasilnya nanti whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih.
Jadi, selepas ini tak perlu nak berhabisan untuk cantik. Guna je bahan-bahan di dapur je! Selamat mencuba!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.