Kumpulan penjagaan penglihatan terkenal Focus Point hari ini melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pada Hari Penglihatan Sedunia 2017 – “Make Vision Count” yang holistik bertujuan untuk menggalakkan penjagaan mata dan penglihatan memandangkan kes kecacatan penglihatan dan masalah mata semakin meningkat di negara ini.
Hari Penglihatan Sedunia (WSD) ialah inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran terhadap kebutaan dan kecacatan penglihatan yang boleh dicegah. Kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia hidup dengan tahap penglihatan rendah dan kebutaan. Sebanyak 4 daripada 5, yang bermakna 80% daripada kes buta atau kecacatan penglihatan di dunia sebenarnya boleh dicegah, sama ada dengan pengesanan masalah mata lebih awal atau menyembuhkannya dengan rawatan atau pembedahan, atau boleh diselesaikan hanya dengan sepasang cermin mata menurut preskripsi.
dianggarkan 15,000 orang di seluruh negara mempunyai tahap penglihatan rendah berdasarkan perangkaan yang diperolehi daripada hospital kerajaan. Antara faktor yang menyebabkan masalah tahap penglihatan rendah ialah penyakit seperti glaukoma, diabetes (kencing manis), keuzuran berkaitan usia, katarak, penyakit retina dan kesilapan refraktif tidak berbetul.
Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad, Dato’ Liaw Choon Liang, WSD merupakan satu acara yang sangat bermakna bagi Focus Point kerana ia selari dengan nilai-nilai teras dan model perniagaan syarikat untuk membolehkan manusia melihat dengan lebih baik. “Tahun ini ialah tahun ke-6 berturut-turut acara WSD dianjurkan. Kami teruja dan bangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha global ini.
“Acara ini juga selaras dengan falsafah syarikat kami yang berusaha menabur bakti kepada masyarakat,” kata Dato’ Liaw.
Ads
Tema Hari Penglihatan Sedunia tahun ini – “Make Vision Count” membawa pengertian bahawa kita boleh menangani kebutaan atau kecacatan penglihatan yang boleh dicegah dengan memberikan pendidikan yang sewajarnya dan pengetahuan yang berguna kepada orang ramai – kerana “Pengetahuan ibarat Kuasa.”
Semua orang perlu memainkan peranan untuk menjamin keberkesanan penjagaan mata. Ini termasuk mereka yang ada kaitan atau terbabit dalam penjagaan mata: ahli oftalmologi, ahli optometri, jururawat oftalmik, penderma, pesakit, penjaga, dan juga ahli keluarga.
Ads
Satu daripada kebimbangan global ialah peningkatkan miopia (rabun jauh) yang menjejaskan ramai kanak-kanak dalam usia persekolahan dan semakin menjadi isu kesihatan utama pada zaman sekarang. Pada tahun 2010, lebih 28% daripada penduduk dunia dibelenggui masalah Miopia. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 34% menjelang tahun 2020 dan hampir 50% menjelang 2050.
Oleh sebab miopia bermula awal, kanak-kanak dalam usia persekolahan berdepan dengan risiko. Keupayaan kanak-kanak untuk belajar boleh terganggu teruk jika mereka tidak mempunyai penglihatan yang jelas. Ramai kanak-kanak yang bermasalah mata tidak sedar bahawa penglihatan mereka tidak normal. Satu-satunya cara untuk mengetahui ialah dengan menjalani ujian penglihatan atau pemeriksaan mata secara betul semasa kecil.
Ads
Peningkatan miopia sewajarnya membimbangkan kita semua kerana miopia tahap tinggi meningkatkan risiko keadaan yang mengancam penglihatan seperti ketanggalan Retina, Degenerasi Makular Miopik, Katarak dan Glaukoma apabila dewasa.
Academy of Art & Design telah dijemput untuk membantu menghidupkan tema “Make Vision Count” dengan mencipta ukiran mata 3D untuk menggambarkan realiti penjagaan mata.
Serentak dengan ini, Focus Point juga menganjurkan majlis penyampaian sumbangan untuk membantu dua organisasi yang memperjuangkan penjagaan mata di Malaysia. Focus Point mendermakan 1,000 pasang bingkai cermin mata kepada Kelab Lions KL Bukit Kiara dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.
Untuk orang ramai, Focus Point mengadakan pemeriksaan mata diagnostik secara percuma. Dr. Chin Pik Kee daripada Sunway Medical Centre dan Dr. Helen Tan Chen Chen daripada Centre of Sight juga berkongsi kefahaman tentang penjagaan mata pada Ahad akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini 5 cara patut anda tahu dalam mengambil hati mentua anda supaya tak rasa janggal bila berjumpa.
1.Telefon Selalu
Telefon mentua/bakal mentua adalah cara paling senang untuk mendekati mereka. Tanya khabar dan bersembang sedikit dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda agak sibuk dengan kerja. Sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar dan anda boleh ‘update’ kedua-dua belah pihak tentang diri masing-masing. Cumanya, anda perlu sensitif sedikit tentang waktu anda menelefon mentua anda.
2, Ingat tarikh penting
Hari jadi? Hari ulang tahun perkahwinan? Jangan lupa wish mentua anda. Jika anda sibuk, set ‘reminder’ untuk tarikh-tarikh penting ini. Terus set untuk tahun-tahun yang akan datang juga.
3. Shopping
Walaupun agak mendebarkan jika belum habis ‘ice breaking’ lagi, tapi sebenarnya aktiviti ini agak bagus juga. Aktiviti ini membolehkan anda untuk mengenali citarasa mentua anda. Apabila anda hendak membeli hadiah untuknya kelak, at least anda sudah ada sedikit ‘hint’.
4. Bersembang bila berjumpa
Sesetengah orang boleh terus ‘masuk’ dengan semua orang termasuklah mentua mereka. Namun, ada juga yang sedikit kekok dan ‘takut-takut’. Jika anda kategori yang kedua ini, jangan risau. Biasalah itu. Tapi, jangan sampai tidak bercakap langsung. Cuba perlahan-lahan. Senyum banyak-banyak jika anda tiba-tiba gementar atau tidak tahu cakap apa. Jangan lari-lari tau.
5. Surprise visit
Jika anda sudah berkahwin, bila tiba hujung minggu tu, ajak pasangan anda lawat mentua anda dengan mengejut. Selalu bila cuti panjang atau hari raya saja kan? Kali ini buat ‘weekend gateway’ di rumah mentua pula. Lebih bagus jika anda dan pasangan dapat buat aktiviti ‘surprise visit’ ini untuk kedua-dua keluarga.
SUMBER : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita kini masih lagi berjuang untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Sejak tahun lalu kita telah mengalami beberapa gelombang jangkitan dan yang terbaru merupakan antara paling kritikal.
Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kita juga boleh membantu kerajaan dengan mendaftar dan mengambil vaksin yang penjadualannya telah bermula di seluruh negara.
Akan tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba membantutkan usaha program vaksin kebangsaan ini dengan pelbagai dakyah serta informasi yang tidak tepat.
Ini terutamanya dari golongan antivaksin yang bukan sahaja tidak mempercayai kajian saintifik tetapi cuba mempengaruhi orang lain.
Bagi menangani perkara ini kerajaan telah memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut orang ramai agar tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
BOLEH DIDAKWA
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.
Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.
“Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin semalam.
FOTO AWANI
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19. Jelasnya, dasar kerajaan buat masa ini adalah bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela.
“Namun, kami mempunyai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, (keduanya) yang menangani masalah vaksin. Terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.”
Buat anda yang masih ragu-ragu tentang vaksin, dapatkanlah informasi dari sumber yang sahih dan tanya kepada mereka yang pakar sahaja. Sama-sama kita berganding bahu untuk menghalang penularan wabak ini daripada melumpuhkan negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JANGAN RISAU BILA TERLEBIH MAKAN SEPANJANG SYAWAL INI, CUBA PERLAHAN-LAHAN KEMBALI KE TRACK DAN KUATKAN SEMANGAT UNTUK TERUS SIHAT. TIDAK MENGAPA, SYAWAL HANYA SEKALI, RAIKAN SECARA SIHAT BARULAH TUBUH ANDA TAHAN LEBIH LAMA.
MINUM AIR KOSONG 3 LITER SEHARI
Minum air kosong 3 liter ke atas sehari. Ya, ini penting untuk pastikan tubuh cukup air dan proses untuk singkirkan lemak lebih mudah. Kalau nak mudah, beli terus 1 botol air 1.5 liter, pastikan minum 2 botol setiap hari.
ELAK MAKAN MALAM
Saya elakkan dari makan malam. Kalau nak makan pun, saya makan pada jam 6 petang. Malam hanya makan buah-buahan dan minum air sahaja. Lagipun tidur awal supaya tak adalah lapar sangat.
BANGUN AWAL
Bangun tidur awal pagi. Sebolehnya solat tahajud. Solat pun boleh bakar lemak di badan.
BERSENAM
Awal pagi atau petang. Ikut nasihat doktor pakar, kalau tubuh tak biasa bersukan, mulakan dengan berjalan kaki dahulu. Berjalan 30 minit setiap hari supaya keluar peluh. Naikkan target selepas itu bila dah selepas. Contohnya jogging 5 minit, jalan 25 minit. Hari berikutnya jogging 10 minit jalan 20 minit dan seterusnya. Jangan terlalu mendadak takut nanti badan tak boleh handle.
CARI KAWAN UNTUK BERDIET
Cari kawan yang nak diet bersama. Ia lebih mudah. Setiap hari, masing-masing boleh bagi semangat dan sokongan. Jika suami isteri, lebih bagus anda compete each other.
REWARD DIRI
Sediakan hadiah jika berjaya turun 1kg. – Hadiah mungkin pergi shopping baju atau berjalan-jalan. Elakkan hadiah berunsur makanan ya.
TONTON VIDEO MOTIVASI
Setiap hari beri masa 5-10 minit untuk tonton video motivasi di youtube untuk kuruskan badan. Teknik ini sangat berkesan kerana secara tidak langsung ia membakar semangat dan kepercayaan untuk kurus.
MAKAN OAT
Makan oat setiap hari. Ya.. ini sangat penting. Resepi mudah, ambil oat, masukkan susu, kismis, kacang, siap! Yum.. yum.. yum..
CERIA SELALU
Hidup dengan riang dan ceria. Jangan terlalu stress dengan perkara yang terjadi dalam hidup. Releks, lambat laun masalah akan selesai juga. Cuba fikir ia sebagai mimpi aja. Kalau nak marahkan seseorang, lihat muka mereka, dan bayangkan muka mereka seperti perkara yang melucukan. Jika anda banyak senyum, anda happy, berat badan akan turun lebih cepat. Kalau anda ‘bad mood’, anda cenderung untuk makan dan makan untuk ‘menipu’ minda anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.