Lelaki memang sensitif apabila bercakap soal perut. Dan disebabkan itulah lelaki ingin kempiskan perut untuk mengelakkan timbul sebarang masalah kesihatan.

Apatah lagi mereka yang miliki perut buncit boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi seboleh mungkin lelaki akan cuba untuk mendapatkan perut kempis dan six pack.

Jika disertakan dengan senaman yang konsisten dan penjagaan makanan yang seimbang, tidak mustahil anda boleh kempiskan perut dan miliki bentuk badan yang diidamkan.

Dalam kebanyakan cara yang MASKULIN baca, ini ada satu petua yang dapat membantu anda memiliki perut yang diidamkan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Menurut Siti NurJannah, jika cara ini diamalkan secara konsisten, ia akan membantu mengempiskan perut dan memudahkan angin keluar (ibu mengandung tidak sesuai mengamalkannya).

“Saya kongsikan balik petua ni… yep petua ni lah yang saya ikut lepas beranak anak kedua, memang menjadi…

“Sebab time tu pantang anak kedua ni dulu saya tak pantang betul-betul sampai la masuk kerja ada seorang kawan cakap ‘asal perut Kak Anna nampak macam pregnant lagi?’

IKLAN

“Maksud dia buncit la…hahah…time tu memang rasa segan pon ada, tetapi kita ambik positif dengan teguran dia.

“Carilah petua dalam Facebook, jumpa ‘hat’ ni… try lah… Tak sampai seminggu boleh kempiskan perut dengan petua ni, yang tu paling penting bagi wanita yang lepas bersalin akan ambik berat bahagia perut dahulu… betul tak?

“Barulah kita jaga bahagian-bahagian lain. Ini laki perempuan, kahwin ke belum boleh cuba… blend pon boleh… saya dulu blend je…

“Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan? Nah, baca dengan perlahan & tenang. Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.

IKLAN

“Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat& berkesan. Rajin dengan malas jer. Betul tak?” tulisnya di Facebook.

Kempiskan Perut Dengan Jamu Homemade, Ini Caranya…

Bahan bahan:

– 3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
– 3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
– 4 ulas bawang putih
– 15 biji lada hitam

IKLAN

Cara cara:

1. Toskan halba yang direndam tadi. Masukkan ke semua bahan ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
2. Kemudian, gentel bulat-bulat dalm saiz yang kecil seperti maajun.
3. Simpan dalam satu bekas, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Kempiskan Perut Dengan Jamu Homemade, Ini Caranya…

Kempiskan Perut Dengan Jamu Homemade, Ini Caranya…

Cara makan:

Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan

Nota: Kena rajin buat sit up juga dalam masa yang sama untuk kesan cepat kempis perut.

Sumber: Siti NurJannah

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI