Kebiasaannya orang berdiet akan memilih roti sebagai menu utama bagi menggantikan nasi. Namun dalam banyak-banyak jenis roti, tak semuanya sesuai untuk dimakan ketika proses menurunkan berat.

Berbulan-bulan mengamalkan pemakanan roti bagi menggantikan nasi tapi berat badan anda tidak juga turun-turun. Siapa yang tak hampa bukan?

Perkongsian tip dari Dr Malinda Health & Beauty Academy menerusi entri Facebook ini boleh anda jadikan panduan dalam memilih roti yang sesuai untuk diet. Bila sudah tahu roti yang sesuai dimakan, barulah mudah nak kurus dan turunkan berat badan.

Jom baca perkongsiannya ini. Semoga bermanfaat untuk anda.

Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?

Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : ‘Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih?’ Hihi ??

Ok gak sebenarnya sbb at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan ??

Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.

Apa itu Glycemic Indeks?

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

IKLAN

Mudah je, hanya ingat -> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.

Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100.

Ia dikategorikan kepada 3 kumpulan:

1. GI Tinggi : 70-100

IKLAN

2. GI Sederhana : 56-69

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

3. GI Rendah : 0-55

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

IKLAN

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.

Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!

Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen ?

Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

-Dr Malinda

**Tahniah pada Gardenia kerana mengambil inisiatif meletakkan label GI pada produk mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI