Satu pertubuhan baru telah di maklumkan kepada umum semalam menerusi press conference Pakatan Harapan yang dikendalikan oleh Tun Mahathir sendiri. Rasa macam tengok Harry Potter pulak bila mereka mengumumkan Ahli-ahli Council Of Elders ni. Namun, ramai yang berada di Twiter bertanyakan apakah peranan Majlis Penasihat?
Majlis Penasihat ini ditubuhkan bagi menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Sekretariat pasukan ini akan diketuai oleh pakar ekonomi, Dr Mohammed Abdul Khalid.
Siapa lima tokoh hebat ini?
Dr JOMO
Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebajai Jomo. Antara portfolio yang pernah disandang beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi. Telah berkhidmat untuk PBB sejak tahun 2010. Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Ads
ROBERT KUOK
Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan. Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.
HASSAN MERICAN
Tan Sri Hassan Merican merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, berusia 65 tahun.
Ads
Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan.
Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan, kemudian menjadi Presiden dan CEO pada tahun 1995.
ZETI AZIZ
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.
Ads
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.
Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.
Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.
DAIM ZAINUDDIN
Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991.
Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.
Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.
*SumberAwani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang sentiasa peka dengan perkembangan industri hiburan dan kecantikan di negara kita pastinya sudah tidak asing dengan nama Dato Alha Alfa.
Figura tampan ini kini dikenali sebagai seorang usahawan yang sangat berjaya. Malah penglibatannya di belakang tabir atau secara terus sebagai penaja menerusi beberapa program hiburan mega telah menarik perhatian pengikut industri hiburan tanah air.
Mula dikenali sebagai seorang jurusolek profesional selebriti, Dato Alha Alfa kini memiliki sebuah empayar perniagaan yang berjaya menerusi AlhaAlfa Rich Legacy dan dia juga merupakan Pengarah kepada AlhaAlda Cosmetics.
Menerusi laman media sosialnya, Instagram beliau sentiasa berkongsi perjalanan kariernya dan juga secebis kehidupan peribadi.
Dan tak kurang juga gaya penampilan dengan citarasa festennya yang tersendiri. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 OOTD versatil Dato Alha Alfa.
Kolaborasi label mewah dengan jenama sukan dan gaya hidup popular kini sudah menjadi trend yang cukup digemari penggemar fesyen. Di antara jenama high fashion yang mengambil kesempatan ini ialah PRADA dengan melakukan kolaborasi bersama jenama gergasi sukan dari Jerman, adidas.
Sebelum ini kedua-dua jenama ini pernah menampilkan kolaborasi menerusi koleksi adidas Superstar x PRADA yang cukup popular terutamanya di kalangan sneakerhead. Dan kini mereka sekali lagi berkolaborasi menampilkan model atau silhouette yang lebih moden.
Kemunculan sneakers kolaborasi ini sudah diperkatakan baru-baru ini apabila fotonya dikongsi oleh Sean Wotherspoon, nama yang cukup terkenal di dalam industri streetwear dan fesyen kotemporari.
Sneakers terbaru ditampilkan PRADA dan adidas dikenali sebagai A+P LUNA ROSSA 21. Lebih menarik, ia sebenarnya merupakan model baharu yang dihasilkan berdasarkan inspirasi daripada model bot layar AC75 Luna Rossa. Ia juga membawa rekaan simbolik elegan PRADA dan seleksi kasut adidas yang dihasilkan pada masa lalu.
KUALITI TERTINGGI
Malah ramai pemerhati fesyen beranggapan model kolaborasi ini lebih bersifat ‘PRADA’ berbanding adidas. Namun begitu ia masih mengekalkan kualiti produksi yang cukup sinonim dengan kasut keluaran adidas.
Sebagai contoh, bahagian atas atau upper dihasilkan daripada bahan prestasi tinggi kitar semula digelar sebagai PRIMEGREEN. Manakala bahagian E-TPU luarannya pula mempunyai sifat hidrofobik atau kalis air.
Rekaannya juga lebih ergonomik dengan bentuknya menyerupai kapal layar. Bahagian tapak pula memberikan keselesaan maksima dengan penggunaan teknologi BOOST.
Secara keseluruhannya, PRADA x adidas A+P LUNA ROSSA 21 merupakan sneakers premium yang sleek dan ringan. Buat mereka yang mahu tampi kasual namun dalam masa yang sama masih mengekalkan kualiti terbaik, inilah sneakers yang sesuai.
Ia dijangka bakal dikeluarkan secara eksklusif menerusi laman sesawang PRADA dan adidas serta beberapa butik terkemuka dunia.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila Hari Raya Aidilfitri menjelma, tradisi ziarah kubur ahli keluarga yang telah meninggal telah menjadi satu perkara wajib dan rutin bagi kebanyakan kita semua. Tapi, ada yang bertanya-tanya, apa sebenarnya hukum melakukan ziarah kubur pada hari raya ini, boleh ke tak boleh?
Mengikut sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tradisi ini awalnya tidak disarankan oleh Rasulullah SAW, namun kemudian dibenarkan, merujuk pada hadis yang mengatakan, “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim).
Melihat kembali kepada asas perbuatan ini sebenarnya ziarah kubur boleh menjadi sumber keinsafan dan memberi dorongan untuk terus beribadat sebagai peringatan kepada kematian dan bekalan untuk hari akhirat.
Foto: Sinar Harian
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakr, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan ada dua pandangan tentang ziarah kubur di hari raya.
Pertama, ia dibolehkan kerana tidak ada larangan khusus atau spesifik terhadapnya. Manakala ada ulama menilainya sebagai sunat, terutamanya di hari raya, seperti yang dinyatakan dalam Fatawa al-Hindiyyah.
Pandangan kedua menilai ziarah kubur pada hari raya sebagai makruh atau tidak digalakkan kerana tiada nas Rasullah SAW menziarahi kubur pada hari Raya.
Namun, baginda SAW beliau biasa melayani tamu dan bertukar kunjungan sebagai menzahirkan kegembiraan hari raya.
Foto: Astro Awani
Dalam meneliti berbagai sumber, pendapat yang lebih mendominasi adalah membolehkan ziarah kubur di hari raya dan bulan Ramadan, atau pada hari-hari lain. Ini didasarkan pada pandangan umum bahwa ziarah kubur dianjurkan dan dilaksanakan oleh banyak salafus soleh.
Jadi, bottom line, jika tujuan ziarah kubur adalah untuk mengambil pelajaran, mengenang yang telah pergi, dan berdoa memohonkan rahmat Allah SWT untuk mereka, maka melakukannya setelah solat hari raya tidaklah menjadi masalah. Ini adalah cara kita, sebagai lelaki yang peduli dan bertanggungjawab, menghormati dan mengingati mereka yang telah berpulang, sambil memelihara nilai-nilai kekeluargaan dan keagamaan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.