Tahukah anda kes melibatkan bunuh diri akibat kemurungan lebih banyak berlaku kepada golongan lelaki.
Pernahkah anda tertanya apakah yang menyebabkan statistik tersebut begitu?
Lelaki bila kemurungan akan lebih agresif, cepat marah dan sangat mudah berasa sedih berbanding wanita. Kemurungan ini menyebabkan lelaki sukar tidur, sering terjaga di waktu malam, rasa kurang upaya dan mood terjejas.
Ia juga boleh menyebabkan hilang rasa minat terhadap apa-apa aktiviti seperti makan dan melakukan hubungan intim dengan pasangan. Serangan kemurungan ini tidak mengira tempat dan masa. Apabila ia datang, individu tersebut akan mengalami nervous breakdown (gelisah) ataupun emotional breakdown (gangguan emosi) secara tiba-tiba.
Kesan penyakit kemurungan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pakar perubatan, kemurungan bukan disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi lelaki yang kemurungan, dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar perubatan segera sebelum terlambat.
Penyakit kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit boleh melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan mencederakan diri sendiri. Pesakit kemurungan yang tidak mendapatkan bantuan pakar, selalunya berakhir dengan kematian disebabkan membunuh diri.
Ads
Jenis-jenis penyakit kemurungan
1. Major Depressive Disorder (Major Depression)
Kebanyakan pesakit kemurungan diklasifikasi sebagai penghidap major depressive disorder. Bergantung kepada pesakit, ia boleh menyerang selama satu hari atau lebih daripada satu hari bergantung kepada cara dan tindak balas pesakit. Biasanya pesakit akan hilang selera makan, tidak cukup tidur dan hilang minat terhadap melakukan sesuatu perkara.
2. Dysthymic Disorder (Dysthymia)
Pesakit yang mengalami kemurungan di peringkat ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih. 1 daripada 10 orang akan mengalami dysthymia pada satu tahap hidup mereka.
Ads
3. Psychotic Depression
Pesakit pyschotic depression akan mengalami gangguan emosi yang membolehkan mereka hilang kawalan dengan realiti sehingga menyebabkan mereka mengalami halusinasi.
4. Postpartum Depression (Postnatal Depression)
Postpartum depression hanya menyerang wanita yang baru melahirkan anak. Berbanding dengan ‘baby blues’ yang sering dirasai oleh kebanyakan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi, postpartum depression terjadi kepada kaum wanita setelah beberapa minggu melahirkan bayi.
Ads
5. SAD (Seasonal Affective Disorder)
Penyakit kemurungan SAD hanya terjadi di luar negara khususnya Kanada dan United Kingdom. Ianya disebabkan oleh musim sejuk yang berpanjangan dan penyakit ini akan hilang apabila musim luruh dan musim bunga menjelma. Dapat dirawat melalui terapi cahaya (light therapy).
6. Bipolar Disorder (Manic-Depressive Illness)
Pesakit yang mengalami kemurungan bipolar disorder akan mengalami dua peringkat yang cukup ekstrem dalam kehidupan seharian mereka. Mereka akan berasa terlalu sedih pada satu tahap dan terlalu gembira pada satu tahap yang lain.
Simptom penyakit kemurungan
Suka menyendiri dan berkurung di dalam bilik
Sukar untuk memberikan tumpuan
Perubahan selera yang drastik, terlalu kurus dan terlalu gemuk
Tidak cukup tenaga
Susah untuk tidur dan sering terjaga di waktu malam
Mudah jemu dan cepat marah
Tidak cukup tenaga dan rasa malas
Rasa resah dan gelisah yang melampau
Mudah berasa sedih dan menangis secara tiba-tiba
Mempunyai niat untuk membunuh diri
Apa perlu buat?
Dapatkan rawatan pakar secara berperingkat dan segera
Ikuti sesi terapi bersama pakar psikologi dan psikiatri untuk mendapatkan rawatan Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) dan juga Interpersonal Therapy (IPT)
Dapatkan ubat-ubatan seperti anti-depressants yang disahkan oleh doktor ataupun pihak hospital
Ikuti sesi kaunseling untuk pemulihan diri, emosi dan mental
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda berdiri di kedai sukan, mata melirik ke rak-rak yang mempamerkan kasut larian dengan rekaan futuristik dan, yang paling menarik perhatian label harga yang boleh mencecah ratusan, malah ribuan Ringgit?
Jika anda seseorang yang menjadikan aktiviti larian sebahagian rutin senaman persoalan ini pasti pernah terlintas.
“Adakah aku benar-benar perlu melabur sejumlah wang yang besar untuk sepasang kasut larian?”
Mungkin ada satu sudut fikiran anda berfikir, “Alaa, kasut lari je pun, janji boleh pakai.” Tapi adakah berbelanja lebih sedikit dari biasa untuk miliki kasut larian yang berkualiti dan baik itui boleh dianggap satu pembaziran?
Mengapa Lelaki Berbelanja Lebih?
Secara purata, struktur tulang dan otot lelaki mungkin sedikit berbeza, namun mekanik larian dan impak yang diterima oleh sendi, terutama lutut dan buku lali, adalah sama pentingnya untuk diberi perhatian.
Apabila kita berlari, setiap langkah memberikan impak ke atas badan kita yang beratnya berkali ganda dari berat badan statik kita. Kasut larian berkualiti tinggi direka khas untuk menguruskan impak ini.
Foto: adidas
Ia bukan sekadar sehelai fabrik dan getah. Di sebalik harga tersebut, terdapat penyelidikan bertahun-tahun, teknologi canggih, material premium dan reka bentuk ergonomik yang mengambil kira biomekanik larian manusia. Mereka menawarkan:
Kusyen Superior: Menyerap impak dengan lebih baik, mengurangkan tekanan pada sendi, tulang dan otot.
Sokongan dan Kestabilan: Memberikan sokongan yang tepat pada lengkungan kaki (arch) dan membantu menstabilkan pergerakan kaki, mencegah pergerakan tidak semula jadi yang boleh membawa kepada kecederaan.
Ketahanan dan Material Berkualiti: Material yang lebih baik bermakna kasut tersebut akan tahan lebih lama dan mengekalkan fungsinya (kusyen, sokongan) untuk jarak yang lebih jauh berbanding kasut yang murah.
Pengudaraan: Material atas (upper) yang baik memastikan kaki anda ‘bernafas’, mengurangkan risiko lepuh (blisters) dan ketidakselesaan.
Pelaburan Untuk Kecergasan
Memiliki kasut larian yang betul dan berkualiti ibarat memiliki alat yang tepat untuk pekerjaan yang rumit. Kelebihannya jauh melangkaui keselesaan semasa berlari.
Foto: PUMA
Pencegahan Kecederaan: Ini adalah kelebihan terbesar dan paling penting. Kasut yang betul membantu mengurangkan risiko kecederaan larian yang biasa seperti ‘shin splints’ (sakit tulang kering), sakit lutut, ‘plantar fasciitis’ (sakit tumit) dan tekanan pada tulang belakang.
Peningkatan Prestasi: Apabila kaki anda selesa dan disokong dengan baik, anda cenderung untuk berlari dengan mekanik yang lebih baik dan boleh mengekalkan rentak atau jarak yang lebih lama. Kasut yang responsif juga boleh memberikan sedikit ‘lonjakan’ atau pengembalian tenaga.
Keselesaan dan Motivasi: Berlari dengan kasut yang selesa dan padan dengan kaki anda menjadikan pengalaman larian itu lebih menyeronokkan. Ini penting untuk mengekalkan motivasi dan menjadikan larian sebagai aktiviti jangka panjang, bukan sekadar hobi bermusim.
Ketahanan, Jimat Jangka Panjang: Walaupun harga permulaannya lebih tinggi, kasut berkualiti biasanya boleh bertahan untuk ratusan kilometer. Ini bermakna anda tidak perlu menggantikannya sekerap kasut yang lebih murah, menjadikannya lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda membuat keputusan yang terbaik!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Punca: Lemak ini terkumpul apabila anda mengambil banyak kalori tapi kurang melakukan aktiviti untuk membakarnya. Jadi, punca utama adalah korang terlebih makan tapi tak bersenam atau kurang aktif.
Cara untuk hilangkan.
Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Berhenti mengambil gula.
2. Lemak Pada Bahagian Bawah Abdomen
Antara punca lemak berkumpul pada bahagian bawah abadomen adalah kerana tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak hilangkan.
Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.
3. Lemak Badan Rendah (Paha dan ke bawah)
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak hilangkan:
Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
4. Perut Buncit
Punca: Pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat melebih boleh membuatkan perut anda membesar.
Cara nak hilangkan:
Kurangkan pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat dan lebih baik berhenti terus.
5. Lemak Badan Rendah (termasuk kaki)
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara untuk hilangkan:
Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
6. Perut Besar dengan Lemak Pada Bahagian Atas/Belakang Badan
Punca: Lemak ini terjadi disebabkan korang kurang aktif. Jadi, tiada cara lain melainkan korang kena start bersenam segera sekiranya perut dan lemak tersebut mengganggu korang.
Cara untuk hilangkan:
Dapatkan tidur yang cukup. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan perubahan pada hormon dan meningkatkan selera makan dan menyebabkan berat badan korang bertambah.
Makan makanan yang kaya dengan fiber.
OLAHAN : BUKANAKU.COM
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
1. Sembelit
Sistem usus setia hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif llau mengundang sembelit.
Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.
Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.
2. Keletihan Melampau
Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin. Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga. Walhal… makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunasasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya.
3 Sakit Kepala
Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks). Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.
4. Lidah Berwarna Kuning/Putih
Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.
Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.
5. Masalah Kulit
Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.
Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.
6. Perut Berlemak (Buncit)
Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.
Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.