Trailer teaser filem live-action Disney terbaru,’MULAN’ telah pun diperkenalkan di semua platform terutamanya di laman media sosial.

Sejak dikeluarkan pada Ahad lalu ramai peminat setia ‘MULAN’ terutamanya dari filem animasinya dahulu begitu teruja ingin melihat bagaimanakah pendekatan yang diperkenalkan oleh Disney menerusi adaptasi real life kali ini.

Antara tarikan utama yang berjaya menarik perhatian ramai terutama peminat lelaki ialah pelakon utamanya yang memegang watak sebagai Mulan iaitu Liu Yifei.

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’

Pelakon jelita yang berasal dari China ini yang juga dikenali dengan nama Crystal Liu telah membuat ramai peminat filem ini teruja dengan kehebatan yang terserlah menerusi teaser trailer pertama.

Selain memiliki wajah yang sangat jelita kemampuan Liu Yifie bermain senjata serta melakonkan kasi pertarungan benar-benar membawa identiti Mulan seperti peminat bayangkan selama ini.

Siapakah pelakon yang bakal muncul sebagai perwira jelitawan di layar perak menerusi filem hebat dari Disney yang akan ditayangkan pada tahun hadapan?

Kenali pelakon yang bakal menjadi bintang terbaru Asia di Hollywood dengan 10 fakta menariknya di bawah!

IKLAN

1. KALAHKAH 1000 ORANG

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’

Menurut laporan dari Hollywood Reporter, Li Yifei telah berjaya mengalahkan hampir 1,000 orang di uji bakat untuk mendapatkan watak ini. Pencarian yang dilakukan di lima benua ini menyaksikan peserta harus menonjolkan kemahiran berlakon, bermain senjata dan mampu bercakap bahasa Inggeris.

2. NAMA GELARAN

Diberi nama gelaran ‘Fairy Sister’ di industri lakonan China kerana memiliki wajah yang manis dan persona senorang gadis yang menjadi tarikan mata luar biasa.

3. NEW FOUR DAN

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’

IKLAN

Populariti serta nilai komersial luar biasa yang dibawa oleh Liu Yifei di China menyaksikan dia turut tersenarai sebagai salah seorang daripada empat orang pelakon dikenali sebagai Four Dan Actresses. Ia merujuk kepada pelakon yang mempunyai nilai komersial paling tinggi di China.

4. TEMPAT TINGGAL

Liu Yifei sangat fasih berbahasa Inggeris kerana dia pernah tinggak di New York selama empat tahun di New York ketika berusia 10 tahun. Sebelum ini dia pernah muncul dalam filem Jackie Chan, ‘The Forbidden Kingdom’. Kini selepas tinggal di Amerika Syarikat dia telah memperolehi taraf warganegara Amerika Syarikat.

5. TIDAK ASING DENGAN FILEM ‘LAMA’

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’

Sebelum ini Liu Yifei telah banyak terdedah dengan lakonan drama-drama berlatarbelakangkan sejarah lama. Drama seperti ini dikenali sebagai ‘wuxia’ dan banyak menyelitkan aksi seni mempertahankan diri. Dia sendiri pernah muncul dalam drama seperti ‘Demi-Gods’ dan ‘Semi-Devils’.

IKLAN

6. BAKAT NYANYIAN

Selain berlakon, Liu Yifei juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Dia pernah bergelar sebagai penyanyi dan mengeluarkan single dalam bahasa Jepun berjudul ‘Mayonaka no Door’ pada tahun 2006. Album pertamanya juga dikeluarkan pada tahun yang sama dan mendapat sambutan hebat di China, Taiwan, Hong Kong dan negara-negara Asia Tenggara.

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’
Kemunculan Liu Yifei sebagai Mulan kini cukup disenangi ramai peminat filem tersebut.

7. PENDEDAHAN AWAL

Seawal usia 15 tahun Liu Yifei telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian serta selok-belok lakonan di Performance Institute of Beijing Film Academy.

BACA: Digelar Captain Marvel, Piliot Jelita Tular Gara-Gara Layan Lagu Rock Kapak

8. LAGU POWERUFF GIRL

Single pertamanya dalam bahasa Jepun juga telah dipilih menjadi lagu tema penamat anime adaptasi dari animasi terkenal bertajuk ‘Powerpuff Girls Z’.

9. PENCINTA KUCING

Kenali Jelitawan Liu Yifei, MULAN Terbaru Yang Pernah Digelar ‘Pari-Pari’

Liu Yifei turut dikenali di kalangan peminatnya sebagai seorang yang sangat menyayangi kucing. Pernah dilaporkan bahawa dia bersama emaknya pernah menjadikan rumah mereka sebagai pusat jagaan sementara 30 ekor kucing terbiar.

10. KARIER MODELLING

Pentas peragaan bukanlah satu perkara yang asing dalam hidupnya. Dia mula bergelar sebagai seorang model seawal usia 8 tahun. Sejak itu wajahnya terus menghiasi pelbagai majalah berbeza sama ada majalah tempatan atau antarabangsa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI