Tidur bukan sekadar rehat, tapi ia adalah masa badan membaiki semula diri daripada otot, hormon sehinggalah minda.
Ramai lelaki suka skip tidur kerana sibuk kerja, melepak sampai lewat malam atau leka dengan game hingga pagi.
Namun, hakikatnya lelaki sebenarnya perlukan kualiti tidur yang lebih baik berbanding perempuan.
Hormon Lelaki Bergantung Pada Tidur
Foto : HealthTrip
Salah satu sebab utama ialah hormon testosteron.
Tidur yang cukup sangat penting untuk penghasilan hormon ini, yang menjadi kunci kepada tenaga, mood, dan kesihatan lelaki.
Apabila tidur terganggu, tahap testosteron akan jatuh mendadak.
Lelaki yang tidur kurang daripada lima jam setiap malam misalnya, boleh mengalami paras testosteron yang sama seperti individu sepuluh tahun lebih tua.
Akibatnya, badan jadi cepat letih, mood mudah terganggu dan tenaga harian merosot.
Tidur Penting Untuk Pemulihan Otot
Selain itu, tidur juga berfungsi sebagai masa pemulihan otot. Lelaki biasanya lebih aktif dengan aktiviti fizikal seperti bersenam, bermain futsal, atau melakukan kerja berat.
Ads
Semua ini menyebabkan otot mengalami kerosakan kecil yang hanya akan pulih ketika tidur nyenyak.
Jika tidur tidak cukup, otot lambat recover dan risiko kecederaan akan meningkat, sekali gus mengganggu prestasi fizikal.
Foto : hellodoktor
Risiko Jantung Lebih Tinggi
Bukan itu sahaja, kesihatan jantung lelaki juga lebih mudah terjejas apabila kurang tidur.
Statistik menunjukkan lelaki lebih berisiko mendapat serangan jantung pada usia muda berbanding perempuan, dan salah satu penyumbangnya ialah tidur yang tidak berkualiti.
Kekurangan tidur boleh meningkatkan tekanan darah serta kolesterol, dua faktor utama kepada penyakit jantung.
Ads
Kurang Tidur Jejaskan Fokus & Prestasi
Dari segi mental pula, lelaki yang kurang tidur lebih mudah hilang fokus.
Ramai bekerja dalam bidang yang menuntut tumpuan tinggi seperti pemandu, jurutera, atau doktor.
Apabila kurang tidur, reaksi menjadi perlahan, sukar membuat keputusan tepat, dan risiko membuat kesilapan meningkat.
Situasi ini bukan sahaja menjejaskan prestasi, malah boleh mengundang bahaya.
Foto : hellodoktor
Stres Berganda Bila Kurang Tidur
Lebih membimbangkan, kurang tidur juga menggandakan tahap stres.
Ads
Lelaki terkenal dengan sikap suka memendam masalah, dan bila tidur terganggu, hormon stres (kortisol) akan naik.
Akibatnya, lelaki jadi cepat marah, hilang sabar, dan mental health semakin merosot.
Tidur yang cukup sebenarnya adalah cara paling mudah dan natural untuk menstabilkan emosi.
Kesimpulannya, tidur bukan tanda malas, sebaliknya satu bentuk pelaburan untuk kesihatan dan prestasi lelaki.
Lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap ‘kemiangan’ lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?
1.MIANG MACAM NAK MINTAK PENAMPAR
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun. Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, dan juga suami kahwin baru.
Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa. Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.
2. SEMAKIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.
Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan,sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar. Si isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.
3.HILANG KEHANGATAN ASMARA
Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki. Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta.
Namun, semua ciuman,pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun. Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.
4. CIRI LAIN YANG MUNGKIN NAMPAK MENGADA-NGADA!
Perubahan kepada stail rambut.
Melepak dengan generasi yang berbeza.
Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah
Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
Melanggan majalah khas untuk lelaki.
Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
Menyembunyikan umur sebenar.
Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.
SUMBER :WOM.MY
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berhadapan dengan kontroversi yang tular sehingga menjadi bualan ramai sememangnya satu mimpi buruk buat mana-mana anak seni. Bagi pelawak dan hos popular, Nabil Ahmad, ia bukan sekadar dugaan biasa—tetapi titik paling mencabar dalam lebih 15 tahun perjalanan seninya.
Segalanya berubah dalam sekelip mata. Akibat kontroversi yang melibatkan dirinya bersama dua rakan penyampai segmen “3 Pagi Era”, iaitu Radin dan Azad Jasmin, mereka bertiga telah ‘direhatkan sementara’ daripada tugas sebagai penyampai radio.
Keputusan tersebut hadir tanpa amaran, justeru mengejutkan dan menggoncang emosinya.
“Saya menangis apabila dapat surat ‘direhatkan sementara’ selepas kami bertiga keluar dari Bukit Aman. Saya baca surat itu dan menangis di Masjid Bandar Utama berdekatan dengan rumah saya.
“Saya cakap, ‘sudah habis ke kerjaya? Saya dah kena mula jual kopi ke ni?’” luah Nabil dalam podcast AiditMyWay bersama Aidid Marcello yang dimuat naik di TikTok.
MENGGUGAT EMOSI
Lebih memilukan, keputusan itu datang ketika dirinya sedang aktif membina semula momentum kerjaya selepas pelbagai pencapaian luar biasa sebelum ini. Sebagai suami dan bapa kepada tiga orang cahaya mata, kejadian ini benar-benar menggugat kestabilan emosinya.
“Saya tak pernah tidak bekerja, kalau cuti pun sebab pergi umrah atau bercuti. Tapi kali ini, saya memang sedang bekerja dan perlukan kerja itu. Anak-anak sedang membesar, bila dapat surat macam itu, mental saya jatuh. Rasa macam tak percaya,” ujarnya.
Bagi Nabil, impaknya bukan sekadar pada nama atau reputasi, malah turut menjejaskan perancangan hidup yang telah lama disusun rapi demi masa depan anak-anaknya.
“Segala perancangan untuk anak-anak, pendidikan mereka, semuanya bergantung kepada kerjaya saya. Bila tiba-tiba terhenti, saya rasa kosong. Tiada pelan sokongan,” kongsinya jujur.
Namun begitu, dalam kegetiran, masih ada ruang untuk muhasabah diri. Dalam satu laporan media tempatan, Nabil menyifatkan tempoh ‘direhatkan’ itu sebagai satu “percutian yang menginsafkan”. Ia membuka ruang untuknya mendekatkan diri dengan masjid, mengukuhkan hubungan dengan keluarga, dan merenung kembali perjalanan hidupnya.
“Awal-awal trauma sikit tapi lama-lama, kita nampak ada kebaikan. Saya, Radin dan Azad banyak berbual dan saling memberi semangat. Isteri dan anak-anak pun jadi sumber ketenangan saya.”
Tambahnya lagi, pengalaman ini turut mengajarnya nilai toleransi dan sensitiviti dalam berinteraksi dengan masyarakat berbilang agama.
“Saya belajar dari perkara yang dulu tak tahu. Sekarang saya sedar, dan lebih berhati-hati. Macam mana kita tak mahu agama kita dipersenda, begitu juga agama orang lain,” katanya.
Kini, Nabil membuka lembaran baharu – bukan hanya untuk bangkit semula dalam dunia seni, malah turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup dan kestabilan masa depan.
Sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabil, ujian tidak semestinya penamat. Kadangkala, ia permulaan kepada versi diri yang lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia.
Kredit: AiditMyWay
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti korang pernah beli baju mahal-mahal lepas pakai dua tiga kaliterus rosak dan reput? Ini mungkin juga disebabkan penjagaan pakaian yang salah dan kalau anda perasan setiap fabrik telah disertakan dengan care label iaitu tentang cara-cara fabrik tersebut perlu dicuci.
Dan yang paling penting jangan anda campakkan semua ke dalam mesin basuh, langkah pertama adalah dengan melihat care label pada fabrik anda. Care label mempunyai simbol-simbol tertentu yang membolehkan kita menjaga fabric tersebut agar lebih tahan lama dan tidak rosak bermula dari cara mencuci, merendam, seterika, hinggalah pada tahap menyimpannya.
Jom kita kenali setiap simbol-simbol yang terdapat pada “care label’ fabrik anda.
Simbol Asas
Simbol Mencuci
Simbol Mengering
Simbol Menyeterika
Cubalah confirm boleh berjimat tak asyik nak kena beli baju je!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.