Manfaat fizikal

Yoga bukan sahaja sejenis senaman untuk menguatkan badan anda, tetapi ia juga adalah satu teknik untuk bersantai yang boleh mengurangkan sakit kronik, seperti artritis, sakit belakang bawah, sakit kepala dan sindrom carpal tunnel. Yoga juga telah diketahui mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan insomnia.

Manfaat fizikal lain:

  • Meningkatkan prestasi sukan.
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan peredaran darah.
  • Meningkatkan fleksibiliti.
  • Menghasilkan metabolisme yang seimbang.
  • Membantu masalah berat badan.
  • Melindungi dari kecederaan.
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Meningkatkan pernafasan, kecergasan serta tenaga

Yoga Jadikan Anda Lebih Subur

Kesuburan

Dalam tahun-tahun belakangan ini, semakin ramai pasangan yang memilih yoga untuk meningkatkan kesuburan. Malah, apabila mengamalkan yoga, badan dan minda menjadi lebih baik kerana yoga membantu menurunkan tekanan dan meningkatkan peluang untuk hamil. Walaupun pada hakikatnya terdapat hanya sedikit kajian yang mendakwa bahawa yoga membantu kesuburan, yoga benar-benar membantu mengurangkan tekanan, dan membolehkan bakal ibu berehat, dan meningkatkan tenaga. Oleh sebab itu, ia meningkatkan peluang untuk hamil.

Di samping membantu menghilangkan tekanan, yoga juga menyebabkan aliran darah yang lebih baik kepada organ-organ reproduktif, meningkatkan fungsi organ tersebut, dan juga memperbaiki fungsi hormon.

IKLAN

Yoga Jadikan Anda Lebih Subur

Menghilangkan Mabuk

Selepas minum berat di waktu malam, yoga boleh menjadi penyelamat anda pada keesokan harinya jika anda ingin mengatasi mabuk.

IKLAN

Yoga adalah cara yang baik untuk mendetoksifikasi keseluruhan sistem anda. Di samping itu, yoga turut membantu metabolisme anda. Posisi yoga seperti “shoulder stand”, “plow”, atau “fish” memberikan kesan terhadap kelenjar tiroid, seterusnya meningkatkan metabolisme. Metabolisme yang lebih tinggi akan membuatkan anda berasa lebih baik dan mampu untuk menghilangkan mabuk yang lebih cepat. Tambahan pula, metabolisme yang lebih tinggi juga membantu anda membakar lemak.

Yoga Jadikan Anda Lebih Subur

IKLAN

Melawan Masalah Mengidam Makanan

Menurut penyelidik dari University of Washington, orang yang mengamalkan yoga secara teratur sering dikaitkan dengan makan dalam keadaan sedar. Ia ialah kesedaran tentang sensasi fizikal dan emosi yang berkaitan dengan pengambilan makanan. Kesedaran ini boleh menghentikan keinginan anda sementara latihan pernafasan yoga membantu anda mengawal tabiat makan anda. Ia sangat membantu bagi orang gemuk atau mereka yang mempunyai gula darah tinggi yang ingin mengawal berat badan mereka.

Amalan yoga benar-benar memberi manfaat kepada badan dan fikiran anda. Walau bagaimanapun, sebelum melibatkan diri dalam yoga, sila dapatkan bantuan daripada jurulatih peribadi atau profesional untuk memastikan bahawa intensiti yoga tersebut adalah sesuai bagi anda kerana yoga yang berlebihan boleh membahayakan badan anda.

OLEH : MUHAMMAD FIRDAUS RAHIM

SUMBER : https://hellodoktor.com/

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI