70 daripada 100 individu yang mengikuti kajian anjuran pakar psikologi sebuah universiti di luar negara mendakwa mereka lebih mempercayai lelaki yang memiliki raut muka tajam.
Berbanding lelaki yang memiliki bentuk muka bulat, responden mendakwa kelompok tersebut terlalu comel untuk melakukan kerja-kerja yang serius.
Muka tajam sesuai jadi pemimpin
Dalam erti kata lain, lelaki yang memiliki raut wajah tajam juga dikatakan lebih dipercayai jika berdiri sebagai pemimpin walaupun berbeza pandangan politik.
Sebaliknya, yang berwajah bulat sering menjadi mangsa ejekan umum kerana kredibilitnya sebagai seorang pemimpin tidak dipercayai ramai (berdasarkan kajian psikologi).
Merungkai psikologi aneh tersebut, Maskulin ingin berkongsi sebab kenapa orang lebih suka mendengar kata-kata daripada lelaki berwajah tajam :
Ads
1. Fokus
Apabila bercakap dengan lelaki berwajah tajam, pandangannya seperti lebih fokus kepada sesuatu arah. Berbanding mereka yang berwajah bulat, orang akan melihatnya sebagai melilau kerana raut wajah yang lebar.
2. Gerun
Ads
Cuba kalau lelaki berwajah tajam hanya diam dan memandang anda untuk seketika. Ada rasa sedikit gerun tak? Cuba kalau anda berdepan dengan lelaki berwajah bulat, rasa gerun atau dan terus nak tegur dan ajak bergurau?
3. Berkarisma
Ads
Jika sosok tubuh seorang lelaki berwajah tajam berdiri di sebuah pentas dan berbicara soal politik, anda akan dengar dengan tekun meski pun mengetahui pandangannya tidak selari dengan pemahaman anda. Berbanding pemimpin berwajah bulat, anda akan siap kata, “Ah.. sembang!”
4. Serius
Riak wajah serius lelaki berwajah tajam ini bukan calang-calang. Kita pun jadi takut nak tegur kalau tahu dia sedang cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang besar. Berbanding lelaki berwajah bulat, jika dia stress pun, anda mudah untuk mendekati dan rasa selamat (takkan kena marah).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Asyik style rambut je sayang, tak nak try tukar ke?”
Mungkin itulah yang diperkatakan oleh isteri atau kekasih anda melihatkan gaya rambut yang tak pernah berubah sejak beberapa tahun.
Sebenarnya tak salah kita sebagai lelaki untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba keluar dari zon selesa dan terokaibenda baru. Antaranya gaya potongan rambut.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 25 gaya potongan rambut terkini yang boleh anda rujuk. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Cuba lihat kulit orang Korea, kebanyakannya bebas jerawat, bersih dan bercahaya. Selain mengamalkan regim kecantikan yang dilaporkan lebih daripada 5 langkah, orang pemakanan juga menjadi kunci untuk orang Korae miliki kulit wajah yang sihat.
Pasti anda tertanya-tanya, selain kimchi apa agaknya makanan lain yang mereka sering ambil sebagai makanan harian? Jom kita bongkar rahsia orang Korea miliki kulit bebas jerawat dan bersih dengan 9 makanan ini.
Makanan khas Korea dari fermentasi sayur kubis ini memang banyak khasiatnya. Ia mengandungi banyak probiotik dan lactic acid yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh dan menyeimbangkan bakteria baik dalam pencernaan. Kesihatan pencernaan pastinya berhubung kait dengan kesihatan kulit. Beta karoten dan vitamin C yang tinggi dalam kimchi dapat menghindarkan kulit daripada radikal bebas dalam tubuh selain melambatkan proses penuaan. Jika tubuh sihat maka kesihatan kulit pun akan terserlah.
Selain kimchi, orang Korea juga rajin makan ikan laut. Makanan ini mengandungi banyak Omega 3 yang bagus untuk menjaga dan mempertahankan kesihatan kulit. Ikan laut juga mengandungi zink yang dapat membantu regenerasi kulit sehingga menjadi cerah dan anjal.
Rumpai laut yang merupakan makanan hijau ini kaya dengan pelbagai nutrisi. Dengan mengambil sup rumpai laut, orang Korea mudah mendapatkan iodine, vitamin B1 dan B2, Omega-3 acid yang dapat meningkatkan kualiti tubuh termasuk nutrisi untuk kulit. Omega 3 sendiri juga dapat membantu kulit untuk melawan radikal bebas daripada pancaran sinar matahari. Jadi tidak hairanlah jika orang Korea miliki kulit yang sihat dan cantik.
Selain minum air putih yang banyak setiap hari, orang Korea juga amalkan pengambilan teh barli. Dikenali dengan sebutan boricha di Korea atau maicha di China, teh ini adalah teh herbal yang memiliki banyak manfaat. Salah satunya sebagai antioksidan yang mampu melindungi sel tubuh daripada rosak dan baik untuk melawan proses penuaan. Mengikut koreandiet.com, satu kajian mengatakan orang yang mengikuti pola diet ala Korea selama beberapa hari akan merasakan perubahan yang lebih baik pada kulit yang berjerawat sebanyak 27 peratus.
Kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, ginseng dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel kulit mati yang membantu menjadikan kulit lebih kukuh serta anjal. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun. Anda juga boleh mengamalkan teh ginseng untuk mendapatkan kulit yang bercahaya dan sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidratkan kulit.
Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan serta antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan bahawa mengamalkan pengambilan teh hijau mampu mengelakkan kerosakan berpunca daripada pancaran matahari.
Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), madu berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit. Ini merupakan dua langkah penting untuk memastikan kulit kekal lembut dan anjal dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan. Mulai hari ini, cuba gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.
Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan C yang menjadi makanan diperlukan untuk kulit kekal sekata dan bercahaya dari dalam. Ia mengandungi biotin yang boleh menambahkan kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang iaitu ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu serta ditabur dengan bijan.
Ramai aktres Korea mengamalkan pengambilan sayur-sayuran sebagai rahsia untuk mendapatkan kulit sempurna. Bibimbap yang diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menjadi antara sajian kegemaran orang Korea. Selain menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, zat besi, vitamin C dan E, kandungan nutrisi yang ada dalam bayam baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Manakala cendawan pula mengandungi asid hyaluronik iaitu ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan bercahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan salahkan produk semata-mata jika anda berdepan dengan muka berminyak dan wajah mudah naik jerawat. Tidak dinafikan muka berminyak memang merunsingkan kerana menampakkan wajah anda berkilat.
Jika tak mahu berdepan dengan muka berminyak, pastikan anda atasi dengan segera bagi mengelakkan berlakunya penyumbatan liang pori-pori sehingga wajah mudah naik jerawat.
Pastikan anda ambil tahu empat punca ini agar mudah untuk anda elak muka berminyak dan berjerawat.
Antara punca yang paling kerap terjadinya kulit berminyak adalah melalui pemakanan anda. Pengambilan banyak makanan berminyak, berlemak atau bergoreng tanpa memikirkan kesan sampingannya menyumbang faktor menyebabkan kulit muka berminyak.
Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing. Ada segelintir yang lahir dengan genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda daripada terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal jika anda mengikuti tip-tip penjagaan untuk kulit berminyak.
Tekanan merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. walaupun tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak, namun ia boleh mengubah keseimbangan hormon yang ada dalam badan seseorang sehingga menyebabkan masalah kulit berminyak.
Anda pasti pelik mengapa orang yang bekerja di pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja di bawah matahari yang terik sering mengalami kulit berminyak.
Bagi yang bekerja di kawasan terbuka dan panas, anda cenderung mengalami kulit berminyak yang sangat tinggi. Ini kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi wajah yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.