Walaupun cuma sekitar 10–12% populasi dunia adalah kidal, lelaki bertangan kiri selalu ada daya tarikan yang lain macam.
Dalam dunia maskulin, individuality adalah aset dan lelaki kidal memang ada kelebihan itu secara semula jadi.
Dari cara bergerak, berfikir, sampai aura yang mereka bawa, ini tujuh sebab kenapa lelaki kidal memang stand out di mana-mana.
Mereka Rare, Macam Limited Edition
Lelaki kidal ibarat kereta sports keluaran terhad tak ramai di jalanan, tapi setiap kali muncul, mata orang automatik terpaku.
Rarity ni bukan sekadar statistik, ia jadi satu kelebihan sosial. Bila orang jumpa lelaki kidal, selalunya akan ada momen, “Oh, kau kidal ke?” satu perbualan yang terus buat mereka diingati.
Foto : Remaja
Gerakan Yang Berbeza Dari Orang Lain
Daripada cara mereka pegang pen, memegang cawan kopi, sampai ayunan raket tenis semua nampak lain daripada kebiasaan.
Pergerakan ini bukan saja menarik mata, tapi secara tak langsung mencipta identiti visual yang unik.
Lelaki kidal nampak “unconventional”, dan itu menjadikan mereka lebih menarik kerana orang biasanya terpesona dengan sesuatu yang tak biasa.
Kelebihan Dalam Sukan & Pertarungan
Dalam sukan, lelaki kidal ada kelebihan taktikal.
Ads
Lawan jarang jumpa gaya permainan mereka, jadi pergerakan sukar dibaca.
Atlet lelaki kidal seperti Lionel Messi, Rafael Nadal, atau Conor McGregor jadi contoh jelas keunikan kiri mereka jadi senjata yang membezakan daripada pesaing.
Dalam dunia maskulin, memiliki “edge” macam ni adalah satu kelebihan besar.
Kreatif & Berfikir Luar Kotak
Kajian menunjukkan otak kanan lebih dominan dalam orang kidal, dan otak kanan dikaitkan dengan kreativiti, imaginasi, serta pemikiran yang tidak linear.
Lelaki kidal selalunya boleh melihat penyelesaian di luar kebiasaan, sama ada dalam kerja, seni, atau kehidupan seharian.
Ads
Mereka bukan sahaja boleh berfikir secara praktikal, tapi juga kreatif, menjadikan mereka versatil dalam pelbagai situasi.
Aura Misteri Yang Menarik
Gerakan tangan kiri yang jarang dilihat orang memberikan elemen kejutan.
Ada sesuatu pada lelaki kidal yang buat mereka nampak “enigmatic” seolah-olah ada sisi personaliti yang tak semua orang boleh baca.
Vibe misteri ni selalu menjadi tarikan utama, sama macam karakter hero filem yang cool, tak banyak cakap, tapi penuh aura.
Lelaki kidal membesar dengan cabaran unik, tapi tetap bergerak dengan penuh yakin.
Mereka tidak cuba mengubah siapa diri mereka untuk “fit in” dengan majoriti, sebaliknya menjadikan keunikan sebagai kekuatan.
Keyakinan yang tidak dibuat-buat ini sangat memikat, kerana ia terpancar secara semula jadi dalam bahasa tubuh dan cara mereka membawa diri.
Lelaki kidal bukan sekadar unik kerana tangan kiri mereka, tetapi kerana cara mereka mengadaptasi, berfikir, dan membawa diri.
Dari aura misteri sampai kelebihan taktikal, semua ini menjadikan mereka lebih daripada sekadar minoriti mereka adalah contoh bahawa kelainan adalah kekuatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyak kita dengar aais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wangian anda akan mendahului anda sebelum anda memasuki sesebuah tempat dan akan berlegar apabila anda telah meninggalkan tempat tersebut.
Oleh itu jangan sebarangan mengambil wangian yang ada di atas almari anda namun sebaliknya cari wangian yang benar-benar menonjolkan personaliti anda yang sebenar.
Anda boleh memulakan dengan lima pilihan yang dicadangkan seperti di bawah.
1. Untuk Mereka Yang Berfikiran Kreatif
Gabungan cili hijau dan vetiver dapat membantu anda untuk kelihatan lebih rileks dan tenang. Manakala bauan daripada teh hijau Cina pula boleh membangkitkan imaginasi dan juga menjana inspirasi.
2. Untuk Mereka Yang Menggilai Golf.
Tiada wangian yang boleh membawa anda dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengunaan jenis wangian yang berasal daripada bauan yang didapati dari sitrus dan rumput boleh memberikan kesegaran pada tubuh dan penampilan anda.
3. Untuk Lelaki Lasak
Bersesuaian dengan imej lasak yang kerap dibawa oleh lelaki, bau-bauan yang dihasilkan dari kulit binatang dan kopi yang dipanggang dapat menonjolkan imej “rugged” seseorang.
Manakala bau-bauan yang berasaskan halia pula memberikan tanggapan bahawa anda jenis yang pembersih.
4. Untuk CEO Yang Berjaya
Gabungan bersesuaian yang terhasil daripada ketiga-tiga bahan iaitu limau mandarin, lemon dan daun mint memberikan bayangan suatu arah baru yang segar.
Dengan ini betapa teruk pun idea yang anda keluarkan tetap akan dianggap sebagai berinovasi.
5. Untuk Lelaki Bujang
Anda tentu ingin memulakan sebuah perkenalan dengan memberikan tanggapan pertama yang benar-benar menyebabkan orang ramai ingin tahu lebih lanjut mengenai anda.
Sedikit bauan mawar dapat memberikan suatu kelainan sambil menyembunyikan sisi lembut seseorang lelaki dengan berkesan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perjuangan kita untuk membendung penularan wabak COVID-19 kini bergantung kepada pemberian vaksinasi kepada majoriti rakyat Malaysia. Ini bagi mendapatkan imuniti kelompok untuk melindungi bukan sahaja kita tetapi kepada golongan berisiko yang lain seperti kanak-kanak.
Jumlah pemberian vaksin di negara kita kini mencatatkan angkayang cukup memberangsangkan dan kini turut diiktiraf sebagai antara terpantas di dunia. Ketika artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 11.8 juta penduduk di Malaysia telah menerima dos pertama.
Dan kini kesan awal vaksinasi mungkin telah dapat kita saksikan berdasarkan statistik jumlah kes positif COVID-19 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa daripada 14,516 kes, sebanyak 92% tiada sejarah vaksinasi.
Angka-angka tersebut berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Antara yang paling signifikan ialah 97.9 peratus daripada 95 pesakit dalam kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) tiada sejarah vaksinasi.
Sejumlah 85.7% daripada 77 kes kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Manakala bagi kes tiada sejarah vaksinasi yang lain pula menyaksikan kategori 3 (67% – radang paru-paru), kategori 2 (87.6% – bergejala ringan) dan kategori 1 (95.6% – tidak bergejala).
Ilustrasi: KKM
Seperti mana kita tahu, kebanyakan kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah serta mempunyai kediaman yang sesuai dibenarkan melakukan isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang.
Dengan angka-angka ini, kita dapat lihat bahawa keberkesanan vaksinasi di dalam usaha membendung pesakit yang le bih kritikal jika dijangkiti wabak ini. Jadi marilah kita dapatkan vaksinasi dan sama-sama lindung diri dan lindung semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.