Pernah tak anda berasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil? Jika itu yang anda alami, berhati-hatilah kerana mungkin ada jangkitan pada saluran kencing anda atau sering dipanggil ‘kencing kotor’. Bukan hanya wanita, lelaki juga tidak terlepas mengalami masalah kencing kotor ini.

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan manusia untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. Sebanyak 80 peratus daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Kencing Kotor? Jangkitan Saluran Kencing? Hey Lelaki, Jangan Pandang Ringan!

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.

Sebenarnya wanita lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek daripada lelaki. Ini menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan gejala

  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan intim.
  6. Demam dan seram sejuk.

Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu boleh mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

IKLAN

Kencing Kotor? Jangkitan Saluran Kencing? Hey Lelaki, Jangan Pandang Ringan!

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor penyumbang

Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing dan ia membiak terus ke buah pinggang.

  • Penyebab UTI yang paling lazim adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Ini akan menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan intim juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau kemaluan lelaki yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri

  • Dapatkan rawatan segera jika anda disyaki menjangkiti UTI.
  • Jika terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak mengambil alkohol, kafein dan makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpalah doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan).
  • Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap enam jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian, ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda daripada penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Kencing Kotor? Jangkitan Saluran Kencing? Hey Lelaki, Jangan Pandang Ringan!

Pencegahan

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
  • Amalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI. Misalnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stoking nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan daripada mandian berbuih, sabun wangi.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Kurangkan minuman manis dan berkafein.

Jadi waspadalah selalu. Bakteria atau kuman berada di mana-mana. Jika ada kesan kepada kesihatan, segeralah bertindak. 

IKLAN

Petua Kencing Kotor

Kencing Kotor? Jangkitan Saluran Kencing? Hey Lelaki, Jangan Pandang Ringan!

Kepada yang tidak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ini ada petua yang boleh anda ikuti.

1. Mula-mula basuh dahulu biji barli macam anda membasuh beras.

IKLAN

2. Selepas itu, rebus dalam periuk yang berisi air.

3. Rebus lama sedikit, biar biji barli itu betul-betul lembut supaya mudah untuk dimakan.

4. Untuk menambahkan kesedapan, masukkan sedikit gula sebagai perasa.

5. Perahkan jus lemon atau masukkan daun pandan untuk membangkitkan rasa serta keharumannya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI