Kanye West merupakan nama yang cukup besar dan berpengaruh dalam industri fesyen global. Selain bergelar penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu figura yang terkenal dengan jenamanya YEEZY merupakan di antara usahawan cukup berjaya terutamanya dalam bidang fesyen.
Kerjasamanya dengan adidas menyaksikan hampir setiap koleksi kasut laku keras dan habis dijual diperkenalkan dalam sekelip mata.
Dan terbaru, Kanye West telah mengumumkan kerjasama terbaru YEEZY bersama jenama pakaian GAP. Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman media sosial Twitter dengan memperkenalkan tanda pagar #WESTDAYEVER.
Selepas pengumuman tersebut nilai pasaran jenama GAP dilaporkan terus meningkat naik di bursa saham sebanyak 42 peratus.
Berita kerjasama ‘YEEZY GAP’ telah membuatkan nilai jenama tersebut meningkat lebih dari USD1 billion dengan nilai terkini dianggarkan sebanyak USD4.8 billion.
Ads
Kolaborasi dua jenama berpengaruh ini akan dilakukan selama 10 tahun dengan Kanye menyasarkan koleksi pakaian untuk semua golongan sama ada dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan dengan rekaan tersendiri.
Menurut laporan, GAP turut berharap dengan kerjasama ini jenamanya mampu meningkatkan jualan lebih USD1 billion setahun.
Ads
Berita gabungan kerjasama YEEZY dan GAP juga telah mendapat reaksi yang pelbagai dari penggemar fesyen terutamanya peminat Kanye West. Rata-rata melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan sendiri hasil yang akan keluar nanti menerusi kolaborasi ini.
Adakah kita akan bakal lihat YEEZY x GAP ini akan turut laku keras setiap kaliia dipasarkan sama seperti kasutnya?
Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesetengah lelaki bila usia mencecah 30-an dan mula ada anak, kadangkala sudah mula mengabaikan gaya mereka.
Apa yang dipakai tidak banyak berubah setiap hari. Sampaikan penampilan itu nampak sama sahaja. Walhal lelaki dan gaya sepatutnya tidak boleh berpisah sampai bila-bila.
Penampilan itu perlu dijaga bukan hanya untuk nampak lebih segak dan kemas tetapi untuk kepuasan diri sendiri juga.
Salah satu jenis pakaian yang penting ialah baju. Dan bila berbicara tentang baju ia tidak semestinya tertumpu pada kemeja sahaja.
Tahukah anda tidak kiralah pada usia berapa sekali pun, t-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki . Ia menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.
Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt sebenarnya mempunyai pelbagai jenis untuk keperluan yang berbeza-beza.
Namun begitu sebagai sebagai lelaki versatil yang pentingkan penampilan anda tidak semestinya hanya memakai t-shirt sahaja.
Memadai anda memiliki sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt untuk disimpan dalam almari pakaian sebab t-shirt-shirt ini antara yang kerap anda gunakan.
T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.
Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirttidak berapa popular berbanding sekarang. Pada zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.
Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.
Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Ketika memakainya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.
T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.
T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.
T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.
Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.
Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Semoga perkongsian tip ini mampu membangkitkan gaya penampilan anda menjadi lebih menarik!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap tentang penjagaan rambut panjang mungkin ramai di antara anda memikirkan tentang produk-produk kecantikan wanita.
Tapi sebenarnya bukan wanita sahaja yang begitu teliti dalam penjagaan rambut. Begitu juga dengan lelaki. Kalau suatu ketika dahulu imej berambut panjang terlekat dengan stigma negatif, tetapi sekarang sudah banyak berubah.
Malah sudah banyak lelaki yang menceburkan diri dalam profesion profesional bergaya dengan rambut panjang. Tapi adakah penjagaan rambut panjang untuk golongan lelaki berbeza dengan wanita?
Sejujurnya ia tidaklah jauh berbeza tetapi disebabkan lelaki lebih mudah berpeluh dan terdedah dengan pelbagai aktiviti harian yang lasak mungkin cara penjagaan itu sedikit lain.
Anda yang berambut panjang atau berkira-kira nak simpan rambut boleh amalkan 6 tip di bawah!
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semalam selain daripada berlangsungnya Piala FA, di Axiata Arena telah berlangsungnya konsert The Elyxion Live In KL iaitu konsert kumpulan kpop terkenal Exo. Konsert yang telah dibawakan oleh Star Planet itu, telah mula dijual tiketnya 2 bulan yang lalu, SOLD OUT serta merta kerana penangan group kpop ini. Meskipun kpop mendapat tentangan daripada segelintir masyarakat Malaysia, namun setiap konsert artis mata sepet ini tidak pernah kosong, dan jualan tiket laris meskipun beribu harganya. Tahukah anda bahawa, konsert kpop ini mempunyai beberapa fakta unik? Ini antaranya:
Konsert Mula Pada 5 Petang
Tidak seperti konsert artis barat, atau konsert Malaysia, konsert kpop akan bermula pada jam 5pm dan habis pada 8 malam. Kenapa cepat sangat? Ini kerana rata-rata daripada mereka yang meminati kpop di Korea adalah remaja dan wanita. Tidak wajar jika anak dara atau remaja pulang lewat ke rumah, kerana itu mereka mulakan konsert padal jam 5 petang sesuai dengan culture dan agama mereka.
Poster percuma untuk peminat setiap ahli group
Ini fakta menarik! Sudah tentu setiap mereka yang meminati kumpulan kpop tertentu mempunyai seorang ahli yang diminati kan? Setiap kumpulan kpop akan ada satu fanbase bagi setiap ahli, jadi apabila tiba konsert, fanbase setiap ahli ini akan cetak sejumlah besar poster untuk diberikan kepada mereka yang hadir ke konsert. Untuk mereka di Korea, peminat akan merancang projek bagi menghiburkan artis kpop mereka. Sebagai contoh, poster itu hanya akan diangkat pada waktu-waktu tertentu dan jerit nama ahli tersebut, dan banyak lagi.
Bentang Tikar
Inilah yang membuatkan segelintir netizen marah dengan ketaksuban kpop. Ada yang sanggup bentang tikar, malah bina khemah sebab nak cop tempat duduk setelah masuk ke dalam stadium konsert itu nanti. Inilah kesungguhan mereka.
Cenderamata Mengarut
Jika anda pergi konsert artis tempatan atau barat, antara merchandise yang dijual adalah tumbler, keychain dan t-shirt. Namun untuk kpop, banyak lagi barangan mengarut yang boleh dibeli, antaranya cekak berlampu dengan nama ahli, light stick yang wajib dibeli, stokin wajah ahli kpop, Topi wajah mereka, kad bodoh-bodoh wajah setiap ahli dan banyak lagi. Memang membazir, tapi menarik kan?
Jadi, boleh terima kpop ke tak Malaysians?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang