Sebagai pemilik kereta anda mesti sudah tahu bahawa antara kerosakan kereta yang mampu buat kita sakit jiwa jiwa adalah bila kotak gear atau gearbox rosak.
Ini kerana apabila ia sudah rosak kita harus mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi untuk membaikinya. Antara perkara boleh anda lakukan untuk elak perkara seperti ini berlaku adalah sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
1.
Berdepan keseukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
2.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
3.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
Ads
4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5.
Bacaan RPM naik jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
6.
Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
7.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
Ads
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Semoga perkongsian auto ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda minat kereta, pasti nama ‘timing belt’ sering anda dengar. Apa itu timing belt dan apakah langkah penjagaan yang betul? MASKULIN ada jawapannya.
Pada dasarnya ia adalah tali biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi – yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak.
Dengan kata lainnya, tali sawat atau timing belt dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik.
Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika timing belt rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila timing belt putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka.
Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah.
Semua ini, boleh mengakibatkan Kesan buruk dan membebankan jika timing belt rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar timing belt mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan.
Memandangkan penukaran timing belt tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah
penyelenggaraan.
Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40 Specialist Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian timing belt untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir. Malah ia juga memastikan timing belt anda tahan lebih lama.
Cara-Caranya:
Hidupkan enjin terlebih dahulu Kemudian ambil botol WD-40 Specialist Automotive Belt Dressing bersama straw kuning yang tersedia dan goncang sebelum menyembur produk ini secara perlahan pada permukaan dalam timing belt anda (berdekatan takal terkecil atau paling tinggi). Elakkan menyembur secara terus ke arah takal.
Kemudian, biarkan enjin hidup beberapa minit supaya set terbabit dapat dibersihkan. Penyelesaian ini boleh diulang semula jika perlu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah siapa sahaja yang memiliki kereta. Antara perkara menyakitkan hati ialah ketika kita sedang bergegas ingin ke pejabat atau melakukan sesuatu tiba-tiba kerera tak mahu hidup!
Alangkah keliru dan sakit hatinya ketika itu, Tuhan saja yang tahu.
Masalah kereta tidak dapat dihidupkan ini bukanlah satu keromasalah besar sebanrnya. Tapi ialebih kepada situasi yang menyusahkan kita. Namu sebenarny ia berlaku akibat kecuaian kita sendiri tidak menjaga servis atau mengesan petanda awal kerosakan sesetengah komponen kereta.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa masalah utama yang menyebabkan enjin kereta tak dapat dihidupka. Jika berdepan masalah seperti ini, anda bolhe periksa komponen seperti berikut.
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
MASALAH FUEL PUMP
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Jangan lupa subscirbe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berikutan dengan penularan pandemik yang masih berlaku sekarang pelbagai industri dan perniagaan terpaksa mencari jalan baru bagi mendekatkan diri dengan pelanggan mereka. Begitu juga dengan Cycle & Carriage yang menjadi mengedar kenderaan mewah Mercedes-Benz di Malaysia.
Buat pertama kalinya di negara kita, Cycle & Carriage memperkenalkan virtual showroom Mercedes-Benz. Pelancarannya yang dilangsungkan pada 18 November lalu menyaksikan pengenalan virtual showroom yang diyakini mampu memberika pengalaman terbaik buat pembeli kereta.
Penekanan utama yang mahu ditampilkan mereka ialah mengekalkan serta meningkatkan pengalaman meninjau showroom mereka secara virtual yang tidak dapat dilakukan secara fizikal.
TINJAU DAN RASA
Menerusi pengalaman virtual pengguna boleh merasai dan meninjau bukan sahaja showroom tersebut tetapi setiap kenderaan Mercedes-Benz yang dipaparkan.
Jelas Ketua Pengawai Eksekutif Cycle & Carrige Bintang, Wilfrid Foo, “Pengalaman pelanggan membeli kenderaan merupakan satu perjalanan yang kini boleh dilakukan secara digital dan di hujung jari. Pihak kami menawarkan pengalaman secara virtual yang mampu memenuhi segala jangkaan untuk pelbagai aspek”.
Tambahnya lagi, menggunakan platform digital dilihat sebagai salah satu prospek industri automotif yang tidak patut dilepaskan oleh mereka.
MODEL TERSEDIA
Pada pelancarannya, Cycle & Carriage Virtual SHowroom mengetengahkan sebanyak sembilan buah model Mercedes-Benz yang terdiri daripada segmen A-Class hinggalah ke segmen mewah seperti S-Class.
Menerusi virtual showroom ini pengguna dapat merasai pengalaman 360 darjah dengan menggunakan configurator kereta. Selain itu turut tersedia video reviu daripada pakar automotif untuk setiap kenderaan yang dipaparkan.
Buat anda ingin merasai sendiri pengalaman virtual showroom ini bolehlah kunjungi laman sesawang rasmi Cycle & Carriage.
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.