Pernah tak anda mengalami demam yang agak teruk dan susah nak kebah. MASKULIN rasa pastinya ramai lelaki di luar sana pernah mengalaminya. Demam boleh berlaku di atas banyak sebab dan biasanya bila demam badan kita akan panas dan sakit badan.
Bak kata orang tua demam yang membuatkan kita sakit urat dan menggigil kesejukan. Mungkin pada awal peringkat demam kita akan mengambil ubat biasa seperti Paracetamol untuk mengurangkan demam tersebut.
Namun demam juga boleh membuatkan kita menjadi bertambah teruk seperti sakit kepala, sakit tekak, loya dan muntah. Bila perkara ini berlaku ada orang yang mahu ambil jalan singkat dengan membeli dan memakan ubat tahan sakit atau lebih dikenali sebagai pain killer.
Tapi tahukah anda menggunakan pil tahan sakit tanpa preskripsi doktor sangat merbahaya? Dr Khariul Faizie Mohammad Kamar yang sebelum ini sering melakukan perkongsian berguna tentang kesihatan umum telah membuat satu posting menarik tentang perkara ini.
Jelasnya, pil tahan sakit merupakan sejenis ubat NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs) yang boleh meninggikan risiko atau komplikasi buruk kepada penggunanya.
RISIKO & KOMPLIKASI
Antara risiko yang merbahaya ialah PERDARAHAN, terutamanya pendarahan pada bahagian usus. Dan kedua hepatotoxicity atau KEROSAKAN HATI.
Ads
Sekiranya demam anda semakin teruk dan tidak kebah dalam tempoh lama mungkin sebenarnya anda alami demam denggi. Oleh itu segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan.
Dan jika adan hanya demam dan sakit kepala ubat yang paling selamat ialah paracetamol. Ia berfungsi sebagai ubat untuk menurunkan suhu badan yang panas dan mengurangkan sakit. Untuk lebih cepat sembuh anda juga dinasihati untuk minum air yang mencukupi.
Perasan tak bila demam doktor juga akan berikan antibiotik. Menurut Dr Khairul Faizie lagi, antibiotik sebenarnya tiada fungsi. Ia bukan untuk melawan jangkitan virus tetapi untuk bakteria.
Ads
Jelasnya lagi antara ubat tahan sakit jenis NSAIDS yang perlu anda elak sekiranya demam yang mempunyai simptom atau suspek denggi ialah;
Ponstan
Ibuprofen
Voltaren
Synflex
Celebrex
Arcoxia
Semoga perkongsian dari Dr Khairul Faizie ini boleh membantu anda semua untuk kesihatan yang lebih baik.
Kredit: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN sentiasa berbesar hati berkongsi kisah pengalaman pembaca yang telah melalui transformasi positif. Perubahan seperti penurunan berat badan mampu memberikan inspirasi kepada bukan sahaja anda tetapi juga kami di MASKULIN. Mohd Faizal Bin Saedon berkongsi pengalamannya bagaimana dia berjaya keluar dari obesiti walaupun berdepan banyak kali kegagalan.
Perkongsian yang diberikan kebenaran untuk MASKULIN ketengahkan ini turut dimuat naik oleh Mohamada Faizal menerusi akaun Facebook peribadinya. Jelasnya dia mahu berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berjaya keluar dari obesiti walaupun banyak kali berdepan kegagalan.
Ingat walaupun apa jua cabaran anda harungi pasti segala penat lelah usaha itu akan membuahkan hasil juga.
Ikuti perkongsian beliau di bawah;
Asas kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul.
Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya.
Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.
Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan tak berjaya sehinggalah mereka putus asa dan menerima keadaan mereka seadanya. Saya tidak menilai orang lain, saya sendiri gagal beratus kali dalam percubaan untuk kurus.
Tapi sekarang kenapa saya berjaya?
Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya capai berat badan normal mengikut piawaian BMI. Saya dah keluar dari status obesiti yang saya pegang selama hampir 20 tahun.
Apa kelainan yang saya buat?
KATA KUNCI ASAS TERPENTING BAGI KEJAYAAN SAYA ADALAH MEMBAIKI DIRI.
Inilah kata kunci ASAS paling penting yang perlu kalian semaikan dalam diri kalian mulai hari ini. Mulai sekarang, tinggalkan impian nak diet dan nak kurus.
Beban yang datang bersama impian nak kurus dan nak diet ni besar. Sebab itu ramai malah 95% mereka yang guna kaedah ini gagal. Bebanan yang kalian tak sedar ini membuatkan kalian mengheret diri kalian ke lurah kegagalan.
Tukar impian kalian, tukar perkataan kalian. Dari nak kurus kepada nak membaiki diri. Kerana dengan perbaiki dirilah kita mampu berjaya dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
Kenapa perlu ‘membaiki’?
Istilah perbaiki adalah satu proses yang dapat difahami sebagai membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya. Jadi tugas kita ialah membaiki tabiat kita yang salah dan dengan tabiat itu telah menghasilkan kita yang gemuk dan obesiti. Maca mana nak buat?
Saya terangkan secara detail apa yang kalian kena buat, kerana saya sememangnya nak kalian rasa apa yang telah saya rasa, iaitu kemenangan mengatasi diri sendiri.
2 perkara asas kalian wajib baiki.
1. MAKAN
– Individu yang besar hakikatnya mempunyai tabiat makan yang tidak baik. Jangan menafikannya, kita besar sebab kita makan ikut suka. Kita bertambah tambah dan menikmati segala macam makanan tanpa had dan tak kira masa.
– Jadi perbaiki tabiat makan kalian. Bermula dari hari ini, sedikit demi sedikit baiki tabiat makan kalian yang salah.
Bermula dengan buang gula dalam minuman kalian, makan ikut keperluan dan bukannya nafsu. Banyakkan makan makanan semulajadi dan kurangkan makan makanan terproses. Itu sahaja, bukan susah dan bukan perlu tinggal terus McD, kfc, kek dan aiskrim, cuma kurangkan.
2. MALAS
– Saya masih ingat semasa saya obesiti, remote tv yang jaraknya 2 langkah dari saya pun saya malas nak ambil sendiri. Lebih rela panggil anak dari ruang tamu dibawah untuk ambilkan remote tv. Dua tiga hari lepas saya tengok seorang jiran saya yang obesiti, dia dengan motosikal sampai depan rumah lalu di hon beberapa kali dengan kuat. Saya pada mula ingatkan pagar berkunci, tapi saya lihat anaknya keluar lantas membuka pagar tanpa membuka kunci pun. Saya teringat peel perangai saya dulu. Macam tulah, nak turun motor dan buka sendiri pun malas. Dasar pemalas! Hinggakan menyusahkan orang lain.
– Perbaiki malas kalian, belajar dan buat sendiri apa yang kalian inginkan. Nak minum air, dari melaung mintak isteri buatkan, kalian bangun dan buatkan sendiri, bukan susah. Lagipun isteri kita dah banyak kerja yang nak dia lakukan.
Perbaiki tabiat malas kalian, ini wajib jika kalian nak berjaya turunkan berat badan. Dengan membaiki tabiat ini kalian akan sedar dengan sendirinya bila tiba masa kalian akan rajin.
Apa bila sudah rajin dan malas dapat kalian atasi maka bermulalah fasa bersenam. Ianya juga satu proses membaiki diri. Mungkin cubaan pertama berjoging sebagai contoh, kalian tak mampu lagi, hanya berjalan santai untuk 1 km itu pun dah tercungap dan sakit sakit badan. Perbaiki hari demi hari, mungkin sebulan kemudian baru kalian mampu berjalan cepat dan insyaallah dalam masa 4,5 bulan kalian boleh berjoging 1 km tanpa henti.
Saya sendiri ambik masa setahun untuk mampu berjoging 6km tanpa henti, dan percayalah ianya bermula dengan berjalan santai keliling rumah sahaja pada mulanya. Ingat, kata kunci untuk berjaya dalam penurunan berat badan adalah membaiki diri sendiri. Jadi saya sarankan kalian yang baru nak bermula, atau dalam proses penurunan berat badan apply teknik ini.
Saya berani jamin 100% inilah teknik paling betul dan pasti berjaya jika kalian amalkan. Saya doakan artikel ini mampu memberi pemahaman dan sekaligus kalian nampak sesuatu yang bermanfaat lansung mengamalkannya.
Sudi juga kiranya kalian share, atau tag orang yang kalian nak tengok mereka memperbaiki hidup mereka dengan keluar dari belenggu Obesiti.
Terima kasih sudi membaca sampai habis. Oh ya, berapa kali dah kalian punya cubaan untuk kurus?
—————————————–
Semoga perkongsian dari Mohamad Faizal di atas mampu memberikan inspirasi terutamanya buat anda yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Walapun cabaran, dia harungi dengan jayanya. All the best!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti video di bawah.
Baik wanita mahupun lelaki, sudah pasti anda inginkan kulit muka yang bersih tanpa sebarang masalah seperti jerawat.Pasti ramai di antara kita yang sering buntu bagi menangani masalah jerawat yang tumbuh dan ada juga yang tumbuh dengan begitu kerap.
Tahukah anda, terdapat langkah semula jadi yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh sehari iaitu dengan meminum minuman beberapa jenis minuman.
Berikut kami senaraikan empat minuman yang mujarab untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh yang sigkat:
1. Cuka Epal
Cuka epal sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Kebiasaannya cuka epal akan digunakan sebagai toner wajah, tetapi tahukah anda bahawa cuka ini amat berkesan bagi mengeringkan jerawat. Lebih mengejutkan, tempoh yang diambil untuk mengecutkan jerawat tersebut hanyalah dalam masa satu hari, dan bergantung kepada jenis kulit.
2. Jus Timun
Kebiasaannya kita sering menggunakan timun untuk diletakkan pada bahagian mata bagi menghilangkan lingkaran gelap. Selain itu, timun juga mengandungi vitamin C yang dipercayai berkesan untuk menghilangkan jerawat. Selain membantu menghilangkan jerawat, jus timun juga boleh membantu menyegarkan badan.
3. Teh Hijau
Tahukah anda, selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan membuang toksin, teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk kulit. Antara kebaikan teh hijau ini juga adalah untuk menghilangkan jerawat di wajah.
4. Air Lemon
Selain bertindak untuk mengurangkan masalah perut buncit, air lemon juga amat berkesan untuk menghilangkan jerawat pada muka. Dengan mengamalkan air ini setiap hari, kulit anda pasti akan menjadi lebih bersih tanpa sebarang masalah.
sumber: gempak.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Larian atau berbasikal boleh dilakukan sama ada di dalam gelanggang balapan, trek, jalan raya dan juga denai alam semula jadi.
Secara umumnya ramai yang faham bahawa aktviti larian membakar lebih banyak kalori berbanding berbasikal. Namun dalam masa yang sama ia memberikan impak lebih besar dan keras kepada otot dan juga sendi.
Jadi memilih jenis activiti yang sesuai untuk diri sendiri sangatlah penting. Satu perkara anda harus ingat, sama ada berlari atau berbasikal. Jangan ikut trend semata.
PEMBAKARAN KALORI
Sebenarnya jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada intensity dan juga tempoh ia dilakukan. Tapi secara umumnya berlari membakar lebih banyak kalori kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan otot. Berbanding basikal yang sifatnya lebih ‘lembut’ kepada badan dan juga boleh dilakukan lebih lama berbading larian.
Pembakaran kalori juga akan jadi lebih banyak sekiranya anda melakukan pendakian bukit. Faktor usia, berat badan, jantina dan juga beberapa faktor luaran lain juga boleh menentukan jumlah pembakaran kalori.
Dri segi kesihatan kardiovaskular kedua-dua aktiviti memberikan manfaat yang sangat baik. Senaman jenis aerobik mampu membantu jantung menjadi lebih kuat dan melatihnya untuk pam lebih banyak oksigen ke dalam badan. Jadi tiada masalah sama ada larian atau berbasikal. Masing-masing beri manfaat kepada kesihatan.
MEMBINA OTOT
Berbasikal mampu membantu bahagian bawah badan seperti paha, kaki, bontot dan juga betis menjadi lebih besar. Manakala berlari pula tidak akan membuatkan otot kaki membesar seperti berbasikal. Larian pula menggunakan hampir semua otot badan dalam waktu yang sama. Jadi ada banyak beza penggunaan otot untuk dua aktiviti popular ini.
TURUNKAN BERAT BADAN
Tidak dinafikan ramai yang mula aktif berbasikal atau berlari kerana ingin menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan pertama sekali anda perlu mencari keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori.
Larian boleh menurunkan berat badan lebih cepat berbanding basikal. Namun jika melakukan aktiviti berbasikal dengan lama, kalori yang dibakar akan lebih kurang sama dengan larian.
Kesimpulannya, tidak kiralah aktviti berbasikal atau berlari. Selagi ia sesuai dan memberikan manfaat kepada kesihatan anda lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Pilih mana yang sesuai dengan usia serta gaya hidup anda. Malah anda juga boleh bergilir-gilir melakukan kedua-dua aktiviti ini.
Tetapkan sasaran dan cuba capai, pasti anda akan puas hati bila sudah berjaya nanti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.