Nak glamor tidak akan berlaku secara mendadak. Para selebriti ini seringkali bergelut dengan tidur (dan dalam sesetengah kes insomnia) sama seperti anda. Insomnia merupakan salah satu penyakit yang boleh menjejaskan semua orang dan sesiapa sahaja. Insomnia mempunyai definisi ringkas iaitu mengalami kesulitan tidur atau tak boleh tidur pada waktu malam. Ini boleh menjadi masalah sementara, jangka pendek yang disebabkan oleh tekanan atau pengalaman traumatik. Insomnia boleh menjadi kronik, dimana anda mempunyai masalah tidur sekurang-kurangnya tiga malam dalam masa seminggu dalam tempoh tiga bulan.

 

Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada insomnia adalah kita semua mungkin menghadapi pada satu ketika dalam kehidupan kita iaitu kemurungan, kegelisahan, melalui peristiwa yang menjejaskan emosi seperti perceraian atau kematian pasangan, atau mempunyai keadaan perubatan tertentu (seperti yang menyebabkan sakit kronik, seperti arthritis, atau yang menyebabkan masalah pernafasan, seperti asma). Menopaus atau masalah gastrousus, seperti pedih ulu hati, dan perkara-perkara yang seumpama yang boleh menyumbang kepada Insomnia. Ini termasuk perjalanan jarak jauh yang bermain dengan perubahan masa yang berlainan boleh mendatangkan kesukaran untuk tidur juga.

 

Sekiranya anda mempunyai masalah tidur, penting untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin. Masalah tidur yang tidak diselesaikan boleh cenderung menjadi semakin teruk dan semakin sukar untuk dirawat. Anda tak perlu risau, bukan anda saja yang hidap penyakit susah tidur ini, ramai lagi orang yang bergelut dengan tidur seperti anda, termasuk selebriti yang kini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang bagaimana sakitnya apabila tidak dapat tidur,dan betapa pentingnya untuk anda mendapatkan rawatan jika ia sudah kronik.

 

1. George Clooney

Dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter pada tahun 2012, pelakon, pengarah dan penerbit George Clooney mendedahkan bahawa dia secara rutin mempunyai “masa yang sukar untuk tidur,” dan dia bangun sebanyak lima kali setiap malam. Dalam wawancara lain pada tahun 2017, yang diterbitkan tiga bulan selepas kelahiran anak kembarnya, Clooney berkongsi bahawa dia telah menyelesaikan masalahnya yang terdahulu dengan insomnia, tetapi datang kembali setelah menjadi ayah kepada pasangan kembar itu.

Ketahui Bagaimana Para Selebriti Hollywood Ini Tangani Insomnia

 

 

IKLAN

Seperti mana-mana ibu bapa kanak-kanak kecil yang tahu semuanya dengan baik, tugas-tugas seperti banyak penyusuan dan perubahan lampin pada waktu malam boleh menyebabkan sukar tidur pada waktu malam, dan dengan anak-anak kembar, Clooney dan isterinya, Amal Clooney, sudah pasti tidak cukup rehat yang mereka perlukan, menurutnya kepada The Hollywood Reporter.

 

 

2. Mariah Carey

Penyanyi dan juga penulis lagu, Mariah Carey telah bercakap mengenai masalah untuk tidur selama bertahun-tahun. Dalam wawancara dengan The Guardian pada 16 November 2002, Carey telah membincangkan mengenai masalah baru-baru ini, katanya, dengan terlalu banyak bekerja.

Ketahui Bagaimana Para Selebriti Hollywood Ini Tangani Insomnia

“Puncanya kerana saya sangat letih, “kata Carey. “Saya selalu mengalami masalah dengan insomnia. Jika saya tidur, saya akan terlebih tidur berjam-jam lamanya, terutama ketika saya sedang melakukan wawancara, dan apabila saya akhirnya berehat dan tidur saya akan terbangun kerana kerja pada sistem masa yang berbeza. Bangun-bangun saja sudah berada di Australia, dan kemudian mereka berkata ‘Oh, anda akan ada beberapa wawancara dengan media dan ia tidak membolehkan anda untuk tidur dengan aman.

 

IKLAN

Baru-baru ini, Carey mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan gangguan bipolar pada tahun 2001, yang mungkin menjadi sebab utama masalah tidurnya yang terdahulu. Dia ada menyebut dalam temubual bahawa dia sudah mendapatkan rawatan yang mengurangkan dirinya rasa letih atau lesu,dan kesihatannya semakin pilih.

 

 

3. Renée Zellweger

Jetleg ke serata dunia untuk penggambaran dan tayangan perdana mungkin kedengaran glamor. Tetapi perjalanan berterusan tanpa rehat dengan mempromosikan filem (zon waktu yang sentiasa beralih dan tidur di tempat-tempat yang tidak dikenali) sebenarnya boleh menjadi resipi untuk insomnia. Pada tahun 2005, pelakon Renée Zellweger berkongsi dengan majalah W bahawa kerana jadual sibuknya, dia sering tidak mempunyai masa untuk tidur.

Ketahui Bagaimana Para Selebriti Hollywood Ini Tangani Insomnia

Mengimbas kembali lawatan promosi filem selama 10 hari untuk Bridget Jones: The Edge of Reason yang mengembara ke 10 negara, Zellweger memberitahu W, Tubuhnya tidak boleh proses dengan betul bahawa dia sepatutnya makan pada waktu tertentu, atau masa untuk tidur

IKLAN

 

 

4. Jennifer Aniston

 

Dalam wawancara 2016 dengan HuffPost, pelakon Jennifer Aniston bercakap tentang pertarungannya dengan insomnia dan rutin yang telah membantu memperbaiki tidurnya. Aniston menerangkan pengalaman insomnianya seperti mempunyai “jawatankuasa di kepala saya,” katanya. “Jika saya bangun pada pukul tiga pagi, saya hanya berfikir panjang dengan pelbagai masalah dan saya tidak boleh tidur semula.”

Ketahui Bagaimana Para Selebriti Hollywood Ini Tangani Insomnia

Aniston berkata beberapa perkara yang membantunya dengan insomnia termasuk tidur dengan telefon sekurang-kurangnya lima kaki jauhnya, melakukan meditasi dengan cepat sebelum tidur, dan melakukan beberapa stretches dan yoga. Beliau juga mengesyorkan mematikan peranti elektronik sejam sebelum mematikan lampu.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI