Suplemen boleh dikategorikan kepada tiga iaitu vitamin, mineral dan multivitamin; merawat penyakit tertentu, berasaskan herba serta berasaskan minyak ikan.

Individu yang mengambil suplemen mungkin merasakan mereka tidak mampu mencapai nutrien daripada diet normal atas sebab tertentu.

Jika boleh, setiap individu perlu berusaha mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi iaitu melalui diet seimbang tanpa bergantung harap kepada makanan tambahan.

Pilihan diet lengkap adalah daripada pilihan buah-buahan, sayuran, bijiran penuh, susu, ikan dan minyak. Pemilihan sajian sihat ini mencukupi untuk menampung keperluan nutrien harian. Diet seimbang mempunyai zat lengkap dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih menjamin kesihatan.

Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin, mineral, serat dan nutrien yang berupaya mencegah pelbagai penyakit. Manakala pil multivitamin hanya mempunyai vitamin dan mineral sahaja. Pengambilan serat yang tinggi secara saintifik terbukti mencegah penyakit kronik seperti kanser usus.

IKLAN

Phytonutrient yang juga nutrien daripada sumber tumbuh-tumbuhan kaya dengan bahan antioksidan, juga membantu mencegah serangan penyakit kronik.

Ketahui Suplemen Baik & Tak Baik Untuk Lelaki

Info

IKLAN
  • Pengambilan suplemen tanpa menjalani pemeriksaan doktor dikhuatiri mengundang padah termasuk terdedah kepada risiko penyakit hati dan buah pinggang.
  • Tidak semua suplemen yang diambil boleh diterima badan kerana sebahagian daripadanya disingkirkan dan berlaku pembaziran memandangkan harganya yang mahal.
  • Tubuh menyingkirkan vitamin berlebihan (terutama vitamin larut air seperti vitamin B dan C) melalui air kencing.
  • Pengambilan disebabkan pengaruh strategi pemasaran dan testimoni pengguna mendorong mereka mengambilnya walaupun tidak perlu.
  • Faktor kesibukan tugas menyebabkan mereka beranggapan diet harian tidak lengkap dan tanpa menjalani pemeriksaan terus mengambil suplemen.

CONTOH MAKANAN TAMBAHAN ADALAH SEPERTI KOLAGEN

Ketahui Suplemen Baik & Tak Baik Untuk Lelaki

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

IKLAN

Rumpai laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein. Protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen. Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI