Ketiak basah jejaskan penampilan lelaki. Ketiak basah atau peluh berlebihan di bawah lengan sering kali dianggap perkara remeh, namun hakikatnya ia boleh memberi kesan besar terhadap penampilan dan keyakinan diri seorang lelaki.
Ketiak Basah Jejaskan Penampilan Lelaki
Sama ada ketika di tempat kerja, temuduga, janji temu, atau majlis penting, tanda peluh yang jelas pada baju mampu mencacatkan keseluruhan imej walaupun seseorang itu berpakaian kemas dan bergaya.
Punca Ketiak Basah
Masalah ketiak basah berpunca daripada peluh berlebihan yang dikenali sebagai hiperhidrosis aksila. Ia boleh berlaku disebabkan oleh:
Faktor genetik – sejarah keluarga yang mengalami hiperhidrosis.
Keadaan cuaca panas dan lembap – menyebabkan peluh keluar lebih banyak.
Tekanan atau stres – tubuh bertindak balas dengan mengeluarkan lebih peluh.
Aktiviti fizikal berlebihan – seperti bersukan atau berjalan dalam jangka masa lama.
Masalah kesihatan tertentu – seperti gangguan hormon atau tiroid.
Ads
Kesan Terhadap Penampilan
Walaupun kelihatan seperti isu kecil, ketiak basah boleh memberi beberapa kesan negatif, antaranya:
Penampilan tidak kemas – tanda basah di baju kelihatan tidak menarik dan boleh dianggap tidak menjaga kebersihan diri.
Bau badan – peluh yang bercampur dengan bakteria menghasilkan bau kurang menyenangkan.
Menjejaskan keyakinan diri – lelaki mungkin menjadi malu, canggung, atau kurang selesa dalam situasi sosial atau profesional.
Tanggapan negatif orang lain – orang sekeliling mungkin menganggap individu itu tidak menjaga kebersihan atau tidak profesional.
Ads
Cara Mengatasi Masalah Ketiak Basah
Berita baiknya, masalah ini boleh diatasi atau dikurangkan dengan beberapa langkah mudah:
Guna antipeluh (antiperspirant) – pilih produk yang mengandungi aluminium klorida, bahan aktif yang menyekat peluh.
Pakai pakaian yang sesuai – pilih kain yang menyerap peluh seperti kapas, dan elak warna yang mudah menampakkan kesan peluh.
Rawatan perubatan – seperti suntikan botox, rawatan laser, atau pembedahan kecil bagi kes hiperhidrosis kronik.
Amalkan kebersihan diri – mandi dua kali sehari dan pastikan ketiak sentiasa bersih serta dicukur.
Kurangkan tekanan – meditasi, senaman ringan dan tidur yang cukup boleh membantu mengurangkan peluh berkaitan stres.
Ads
Penampilan memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi orang lain terhadap kita. Ketiak basah mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi jika tidak di atasi, ia boleh memberikan kesan besar kepada penampilan dan keyakinan lelaki.
Oleh itu, ambil langkah proaktif untuk menguruskannya – kerana gaya sebenar bukan sekadar pakaian yang mahal, tetapi juga penjagaan diri yang rapi.
Jika anda lelaki yang menghadapi masalah ini, ingatlah, anda tidak bersendirian, dan penyelesaiannya ada!
Jangan hodohkan wajah anda dengan kesan parut jerawat yang bertompok dan hitam. Kalau dibiarkan tanpa rawatan segera, bimbang parut jerawat pada wajah anda semakin sukar untuk dihilangkan.
Jika sudah pelbagai produk anda sudah cuba namun masih tidak berhasil, apa kata tukar pemakanan anda dengan makanan ‘superpower’ ini. Sebelum anda ingin mencuba apa-apa produk, pastikan anda mengambil makanan berkhasiat yang boleh menyihatkan kulit.
Bila dari dalam diri anda sudah sihat, pasti akan terpancar kulit yang sihat dan bersih dari luar. Percayalah, dengan menukar pemakanan yang sihat dan berkhasiat, parut jerawat anda akan beransur pudar dan hilang sedikit demi sedikit.
Oleh itu, pastikan lima makanan ‘superpower’ ini ada dalam senarai menu pemakanan harian anda.
Mengandungi bahan anti-radang yang tinggi dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia menjadi brokoli sebagai salah satu makanan yang amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan menjadi lebih pudar dan kurang bertompok.
2. Lemon
Jus lemon boleh diminum sebagai air detoks yang bertindak untuk melawaskan penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik yang ada dalam lemon, ia mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit. Secara tidak langsung, lemon ini akan memudahkan untuk rawatan jerawat dan parut jerawat. Lumurkan sahaja lemon pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Namun jika kulit anda sensitif atau luka, elakkan menggunakan petua lemon ini.
Bukan sahaja sedap untuk dimakan, betik juga bagus untuk dibuat masker kulit. Vitamin A di dalam buah pelawas ini dapat membasmi sel-sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain menghilangkan parut jerawat, masker betik ini juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia boleh menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut dan tompok hitam.
4. Lada Benggala (Kuning)
Rupanya lada benggala kaya denga vitamin C. Pengambilan lada benggala berwarna kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, anda yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ digalakkan untuk mengambil lada benggala ini dalam pemakana harian kerana ia mengandungi kolagen yang boleh membaiki masalah parut jerawat anda itu.
Sayur-sayuran yang tinggi zink seperti bayam sangat cepat dalam proses pemulihan kulit dna parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, sayur bayam juga boleh menghasilkan sel-sel kulit dan mengandungi kolagen. Selain kulit, bayam juga elok diamalkan untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siku hitam dan berkerak bukanlah penyakit kronik kerana ia masalah biasa yang sering dialami masyarakat Asia. Ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit orang Asia berbanding orang Barat.
Jangan kata perempuan, lelaki pun akan rasa malu dan kurang keyakinan diri bila siku hitam dan berkerak. Pasti timbul rasa malu nak mengenakan pakaian berlengan pendek.
Jangan gusar kerana ada 4 cara alami yang boleh anda cuba. Paling penting, jimat dan mudah nak buat!
1. Jus lemon
Jus lemon mengandungi asid sitrik iaitu satu ejen peluntur. Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan siku hitam dan berkerak. Potong buah lemon atau limau kepada dua.
Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit. Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda juga boleh melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran. Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan.
Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya. Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan yang lain seperti lutut. Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.
2. Susu dan baking soda
Cara alami membantu anda untuk mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu seklai gus mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda pula boleh exfoliate sel kulit mati.
Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi pes. Sapukannya pada siku dan gosok secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.
3. Jus lemon dan yogurt
Jika ingin menggunakan cara alami ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.
Gunakan tangan yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada siku yang hitam dan berkerak. Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.
4. Buah betik
Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit.
Gosokkan satu potongan kecil buah betik pada siku hitam secara konsisten setiap hari. Lakukan secara konsisten sehingga anda mendapat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama terkenal, COACH memperkenalkan Coach For Men Eau de Parfum, satu olfaktori baharu yang mengangkat keberanian untuk mengekspresikan pelbagai sisi keperibadian seorang lelaki moden.
Haruman yang diperkenalkan ini merupakan evolusi lebih mendalam berbanding versi asalnya Eau de Toilette dan kali ini tampil lebih berani, kompleks dan maskulin.
Diinspirasikan semangat New York City yang dinamik dan autentik, Coach For Men Eau de Parfum meraikan keberanian untuk menjadi diri sendiri sepenuhnya.
Wangian ini dicipta untuk lelaki yang tidak takut mengeksplorasi identiti mereka dari sisi lembut dan reflektif hingga kepada tenaga yang penuh karisma.
Gabungan nota citrus dan rempah membuka komposisi dengan bergamot oil dan cardamom.
Di tengahnya, geranium yang lembut bercampur dengan kehangatan cedarwood, manakala asasnya diperkuat dengan aroma kulit Saffiano™ yang ikonik dan vetiver yang mendalam. Ia satu keseimbangan antara moden dan warisan, antara kekuatan dan kelembutan.
Seni Reka Botol dan Sentuhan Warisan
Rekaan botol mengekalkan DNA jenama Coach dengan gaya apothecary klasik yang diolah semula. Logo Horse and Carriage terukir dalam lacquer hitam, digandingkan dengan tag kulit hitam dan plat logam bersalut emas. Penutup spray turnlock mengangkat unsur warisan menjadi titik fokus visual dan taktil.
Pembungkusan luar pula hadir dalam kemasan hitam dengan tekstur timbul yang menyerupai kulit pebble klasik Coach. Perincian huruf berwarna emas dan ikon kuda & kereta memperkuat mesej ketukangan dan prestij.
Kempen visual yang dirakam oleh Keizō Kitajima memaparkan bintang bola keranjang Amerika, Jayson Tatum, dalam rutin harian di kota New York. Ia bukan sekadar gaya, tetapi refleksi sebenar tentang keaslian dan ekspresi diri.
“Coach For Men menggambarkan semangat optimistik yang saya rasa kami kongsikan bersama Jayson bahawa apabila kita ikhlas menerima dan mengekspresikan siapa diri kita sebenarnya, segala-galanya menjadi mungkin,” jelas Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers.
Coach For Men Eau de Parfum merupakan tambahan terbaru dalam rangkaian wangian lelaki Coach yang merangkumi signature seperti Coach Platinum, Coach Green, dan Coach Blue.
Setiap satu menyampaikan sisi berbeza seorang lelaki urban masa kini — sensual, energetik, reflektif dan berani.
Dengan kombinasi seni, warisan dan ekspresi moden, wangian ini bukan sekadar semburan, ia adalah pernyataan identiti lelaki yang tidak statik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.