Temasya anugerah berprestij bagi pencipta kandungan (content creator) yang julung kali diadakan di Malaysia, Tiktok Awards 2023 melabuhkan tirainya malam tadi, menyaksikan Khairul Aming sebagai perangkul pertama anugerah Creator Of The Year.
Menurut Khairul, menjadi seorang pencipta kandungan bukan semudah yang dilihat. Selain mencipta video yang menarik di laman sosial, ia juga perlu memberi manfaat kepada penonton.
CUKUPKAN ILMU, BUAT VIDEO BERMANFAAT
“Content creator ni satu industri yang sangat memerlukan banyak skill dan juga pengetahuan. Bukan setakat pandai buat video, kena ada problem-solving skill, kreativiti, kena pandai komunikasi, kena pandai jaga adab dengan orang,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas memenangi anugerah tersebut.
“Bila dah ada ilmu yang cukup nanti, share lah sebanyak mungkin, buatlah video sebanyak mungkin. Ramai orang boleh ambil manfaat nanti,” tambahnya.
Dalam ucapan kemenangannya juga, Khairul sempat berpesan kepada golongan muda yang berhasrat untuk menjadi pencipta kandungan agar tidak berhenti melanjutkan pelajaran.
Ads
Baginya, menjadi seorang pencipta kandungan bukanlah sekadar untuk menjadi tular semata-mata.
“Untuk relevan lama dalam industri ini, awak (golongan muda) perlukan banyak pengetahuan… Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, okay?”.
Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula aktif mencipta kandungan resipi menarik di laman sosial sejak lapan tahun lalu.
Kata-kata sapaan “Hey, whassup guys” di permulaan setiap videonya menjadi sinonim dengannya, di samping siri video “30 Hari 30 Resipi” yang sentiasa ditunggu-tunggu pengikut setianya setiap kali bulan suci Ramadan.
Ads
PEMENANG ANUGERAH LAIN
Kemenangan Khairul semalam menumpaskan lima calon lain, iaitu Gaston Pong, Auntie Purple, Ceddy, Lawyer Gandhi dan Caryn.
Sumber foto: Aplikasi X (Twitter) Khairul Aming.
Pencipta kandungan lain yang turut membawa pulang anugerah People’s Choice’s Awards termasuklah Ryan Bakery bagi kategori Popular Creator Of The Year, Aeril Zafrel bagi kategori Celebrity Of The Year, Anas Zahrin bagi kategori Tiktok Shop Creator Of The Year dan lain-lain.
Bagi anugerah Judge’s Pick Awards pula menyaksikan Sir Asai memenangi Best Of Education, Shahira Azlan bagi Best Of Beauty and Fashion, Syifa Jamill bagi Best Of Foodie dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Ish pantang betul bila awak selalu soal saya ke mana sahaja saya pergi? Rimas tahu tak?” Itu keluhan yang keluar daripada mulut seorang kenalan. Marah sungguh, lalu dia bangkit dan tinggalkan kekasihnya itu terpinga-pinga. Hah, baru si dia tahu. Lelaki jika soal pantangnya tak dipatuhi, inilah yang terjadi.
Pantang sinonim dengan keadaan ‘berjaga-jaga’ mengikut adat selepas bersalin buat kaum wanita bukan? Namun, jangan anda terkejut, lelaki juga punya ‘pantang’ tersendiri yang wajar diikutkan sahaja oleh si wanita, terutama sekali dalam bab hubungan. Berikut lima pantang berdasarkan survei yang kami lakukan terhadap responden lelaki
1-UNGKIT KISAH LAMA Secara umumnya wanita dikenali memiliki daya kemampuan mengingati peristiwa dengan terperinci. Oleh itu, jika wanita kerap mengomel malah membangkitkan isu-isu yang telah lepas, maka ini bisa menaikkan kemarahan si dia. Lelaki sebenarnya dikenali dengan sikap kurang ambil peduli akan kisah serta pengalaman yang tidak berikan apa-apa kepentingan kepada mereka.
2-BANYAK SOAL Adakah benar wanita suka berdialog? Menyoal bagi mencari kepastian sudah menjadi kebiasaan, tidak ubahnya seperti seorang inspektor polis. Jika begini, tidak semua lelaki ingin mendekati. Lelaki sebenarnya kurang selesa apabila ditusuk pelbagai soalan remeh yang menjengkelkan. Contohnya, “awak ke mana dengan kawan-kawan awak,kenapa awak buat begitu dan lain-lain?”.
3-PERLAKU BAK BUDAK-BUDAK Ini juga pantang bagi si lelaki. Sudah diketahui umum, lelaki punya egonya yang tersendiri. Kalau boleh, biarlah apa yang dilakukan atas kerelaan diri sendiri tanpa memerlukan seorang ‘ibu’ untuk memberikan kebenaran. Lelaki sebenarnya lebih selesa dengan wanita yang merelakan mereka ‘menjadi diri sendiri’.
4-MENGONGKONG Ternyata ramai lelaki perlukan ruang serta masa untuk menyendiri. Mereka juga kadangkala perlukan sesi berinteraksi bersama dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka faham. Maka anda si wanita juga perlu ingat, perhubungan tidak hanya tertumpu pada ‘kisah’ anda berdua sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu.
5-TIDAK TAHU MENYIMPAN RAHSIA Ini antara pantang paling utama bagi si lelaki. Bila bercakap mengenai rahsia mahupun gosip pastinya minda kita tertumpu pada kaum hawa. Lelaki amat mementingkan hak privasi terutama sekali dalam perihal hubungan. Maka, ada perkara tertentu yang tidak perlu didedahkan walaupun ia dianggap lucu bagi kaum wanita.
PANTANG LAIN SI LELAKI – Pantang apabila dompetnya diselongkar tanpa minta kebenaran
– Pantang minta berborak atau minta bantuan ketika sedang menonton televisyen, terutamanya ketika menonton perlawanan bola sepak.
– Pantang waktu tidurnya diganggu.
– Pantang diminta buat sesuatu yang tidak disukai.
– Pantang kenderaannya tidak dijaga rapi
“Memang tidak dinafikan lelaki punya pantangnya tersendiri. Paling pantang jika wanita meninggikan suara terhadap mereka sebab egonya yang tinggi. Oleh itu, masing-masing kena saling memahami”
Bagi suami isteri yang menginginkan anak khususnya dalam kalangan pasangan agak berusia, masa bukanlah kawan. Semakin lama bertangguh, semakin rendah peluang untuk mendapatkan anak. Sebabnya mudah. Tahap kesuburan wanita merosot dengan peningkatan umur terutama selepas berusia 35 tahun. Bahkan gaya hidup yang kurang sihat juga akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita secara keseluruhannya
Pasangan dikatakan mengalami masalah kesuburan sekiranya tidak berjaya hamil selepas enam bulan berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Bagi pasangan muda, tempoh ini boleh dilanjutkan kepada setahun. Namun bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas, sekiranya cubaan selama enam bulan tidak berjaya, segeralah berjumpa pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.
Apabila gagal mendapatkan anak, sepatutnya tidak timbul soal salah siapa sehinggalah suami dan isteri menjalani pemeriksaan.
Bukan anda saja yang berdepan dengan perkara ini. Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Bagaimanapun, oleh kerana suami dan isteri mempunyai jumlah kemungkinan yang sama (mengalami masalah kesuburan), mereka perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu ini. Sekiranya bersungguh mahukan zuriat, segeralah membuat temu janji dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Antara perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan ialah melengahkan perkahwinan, bertangguh untuk mendapatkan anak, tekanan, gaya hidup tidak sihat (termasuk merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang) serta sikap kurang ambil peduli mengenai perkara ini.
Pemeriksaan
Biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.
Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:
• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.
• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.
• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.
• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.
Pilihan
Pilihan rawatan tertakluk kepada keadaan dan keputusan ujian setiap pasangan sama ada menjalani kaedah permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Namun, pasangan masih mempunyai hak untuk menentukan kaedah yang dikehendaki selepas berbincang dengan doktor.
Dalam kaedah IUI, sperma suami akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri. Ini akan mencegah sebarang komplikasi yang mungkin timbul sepanjang perjalanan sperma untuk sampai ke rahim. Ini adalah kaedah yang paling lazim dan biasanya dicadangkan jika jumlah sperma suami agak rendah atau isteri ada masalah peranakan yang lain.
Kadar kejayaan kehamilan adalah sekitar 15 hingga 20 peratus. Kadar ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya umur wanita, kualiti sperma dan telur atau kerosakan pada tiub Fallopian.
Embrio inilah yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Bunyinya macam mudah tetapi hakikatnya, ada banyak proses yang perlu dilalui oleh wanita. Secara ringkasnya ia bermula dengan suntikan hormon untuk memperbanyakkan telur yang matang, pengambilan telur untuk disenyawakan dan proses memasukkan embrio ke dalam rahim.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pasangan iaitu:
• Kejayaan
Di seluruh dunia, kadar kejayaan kehamilan menggunakan kaedah ini semakin meningkat. Namun ada juga pasangan yang perlu melakukan rawatan ini lebih daripada sekali sebelum berjaya mendapatkan anak.
• Fakta mengenai kualiti embrio. Kualiti embrio yang rendah menjadi sebahagian besar punca kegagalan kehamilan. Kejayaan untuk embrio melekat pada dinding rahim juga banyak bergantung kepada umur wanita.
Bagi wanita berusia di bawah 35 tahun, peluang untuk embrio berjaya melekat pada dinding rahim adalah 45 peratus tetapi angka ini menyusut kepada 15 peratus bagi wanita berusia antara 40 hingga 42 tahun.
Secara umumnya, lebih tinggi umur seseorang wanita, peratus kejayaan akan lebih rendah. Malah kebarangkalian berlakunya aneuploidi atau ketidaknormalan kromosom iaitu kehadiran jumlah kromosom yang tidak normal (sama ada terlebih atau kurang) di dalam sel juga akan meningkat. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan kes paling biasa ialah sindrom Down dan sindrom Turner.
Apabila usia wanita meningkat, insiden ketidaknormalan kromosom dalam telur yang matang meningkat mendadak dan ia bermula pada awal 30-an.
Kadar ini akan terus bertambah dengan peningkatan umur wanita. Pada pertengahan usia 40-an, kajian menunjukkan ketidaknormalan kromosom pada embrio mencecah 70 peratus. Ini bermakna, peluang untuk kehamilan yang berjaya semakin rendah.
“Bagaimanapun ini bukanlah bermakna keadaan sperma dan rahim tidak menyumbang kepada kegagalan IVF tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kualiti embrio.
“Jadi, inilah sebabnya mengapa anda perlu merancang keluarga sama ada sebelum atau sebaik mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan seimbang, kerap bersenam dan berhenti merokok. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan Ronaldinho, bekas bintang Brazil dan juga Bercelona yang pernah dinobatian sebagai Pemain Terbaik Dunia, Ballon d’Or pada tahun 2005.
Pengaruh yang dibawa oleh Ronaldinho di dalam sukan bola sepak moden sememangnya dapat dilihat sehingga kini. Skil serta kekuatan fizikal yang dimilikinya telah mendefinisikan semula peranan pemain penyerang di peringkat global.
Jadi tidak hairanlah walapuun sudah bersara ke mana sahaja dia pergi pasti akan mencuri perhatian ramai.
Namun pada minggu lalu peminat bola sepak khususnya digemparkan dengan berita penahanan Ronaldinho oleh pihak berkuasa Paraguay kerena dia didakwa menggunakan pasport palsu.
Ronaldinho telah ditahan bersama-sama dengan adik dan seorang ejen bola sepak, Roberto de Assis ketika ingin memasuki negara tersebut.
Selepas seminggu ditahan pihak berkuasa ramai beranggapan bahawa peluang untuk Ronaldinho bebas adalah tipis.
Ia berikutan mahkamah Paraguay memutuskan menolak sebarang rayuan daripadanya untuk dilepaskan dan menjalani tahanan rumah di Brazil. Ronaldinho kini berdepan bakal ditahan selama enam bulan atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.
Kini selepas beberapa hari ditahan di penjara beberapa foto Ronaldinho menjalani kehidupans eharian di dalam penjara mula tersebar.
Dek kerana popularitinya sebagai bekas bintang bola sepak ramai penghuni penjara tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah-mesra bersama legenda bola sepak ini.
Menerusi beberapa foto, Ronaldinho dilihat menandatangani baju peminatnya dan kelihatan sangat mesra di Agrupacion Especializada of the National Police of Paraguay.
Semoga Ronadinho terus tabah dan tenang menghadapi cabaran ini. Pengajaran buat kita semua, kalau tiada pasport atau dokumen asli jangan pandai-pandai bikin sendiri yang palsu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.