Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Untuk mendapat kulit muka yang bersih dan licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan.
Kami ingin kongsikan tips dan cara untuk menjaga kulit dan wajah lelaki. Diharap agar pembaca lelaki mendapat manfaat dari artikel ini.
PASTIKAN KULIT ANDA BERSIH
Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya semasa bercukur dan mengelakkan luka.
SKRUB MUKA
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!
PELEMBAP
Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.
Ads
JERAWAT
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.
KULIT KERING
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh didapati di farmasi.
KULIT BERMINYAK
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.
Ads
BLACKHEAD
Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip untuk blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.
LIANG PORI
Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.
KEDUTAN
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan kedutan.
Ads
TIPS BERCUKUR
Adalah penting untuk mencukur mengikut arah pertumbuhan bulu kerana ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan radang kulit selepas bercukur. Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jantina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Malang memang tidak berbau, yelah tengah elok-elok bawak kereta sekali ada pulak batu melayang ke cermin kereta kita akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Agaknya apa yang korang akan buat?
Jangan Panik. Sila berenti ke tepi.
Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.
Setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
Curang. Satu perkataan yang sangat dibenci sesiapa sahaja – terutamanya wanita yang setia dalam sebuah hubungan. Ia dianggap pengkhianatan terbesar dalam perkahwinan atau percintaan.
Namun realitinya, tidak semua lelaki bernasib baik memiliki hubungan yang setia hingga hujung nyawa. Zaman ini, godaan semakin hebat. Ada wanita yang lebih gemar mengejar suami orang kerana faktor kewangan stabil, lebih matang, romantik, dan kerjaya kukuh. Dalam masa sama, ada lelaki yang mudah hanyut dengan rayuan dan perhatian luar biarpun memiliki isteri yang cantik, setia dan sempurna.
Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?
Kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Florence, Itali serta diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati lelaki yang curang lebih berisiko meninggal dunia pada usia lebih muda berbanding lelaki setia. Antara faktor utama adalah serangan jantung secara mengejut.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati ramai lelaki yang mengalami serangan jantung ketika sedang berlaku curang. Tekanan emosi, kebimbangan melampau, penggunaan ubat kuat, serta pengaruh alkohol atau dadah menjadi punca utama.
Tekanan Hidup Yang Membunuh Dari Dalam
Lelaki curang mungkin nampak bahagia di luar, tetapi realitinya mereka hidup dalam tekanan. Hidup dalam penipuan membuatkan mereka tidak tenang, sentiasa cemas, takut rahsia terbongkar, dan akhirnya menanggung stres berpanjangan. Semua ini meningkatkan hormon stres kortisol, yang mampu merosakkan sistem imun dan mempercepatkan penuaan.
Kajian juga menunjukkan lelaki setia lebih sihat dari segi psikologi – hidup lebih bahagia, kurang tekanan, dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Mengapa Lelaki Pilih Untuk Curang?
Antara sebab lelaki berlaku curang:
Ego & Uji Kejantanan – sekadar mahu lihat sama ada mereka masih menjadi rebutan.
Kurang kasih sayang – mencari perhatian ketika berasa diabaikan.
Pengaruh rakan sebaya – lelaki mudah terikut dengan geng yang sama-sama curang.
Godaan & peluang – bila ruang terbuka, ada yang tewas pada nafsu.
Namun, alasan tetap alasan. Curang bukan takdir, tapi pilihan.
Lelaki Maskulin Itu Setia
Curang mungkin nampak menyeronokkan seketika, tetapi risikonya bukan kecil – dari keruntuhan rumah tangga, hilang maruah diri, hingga membawa maut lebih awal.
Lelaki sejati bukan diukur pada berapa ramai wanita boleh dimiliki, tetapi sejauh mana dia mampu setia pada seorang wanita. Kesetiaan bukan sahaja menjaga perhubungan, malah menjaga kesihatan dan umur panjang anda.
👉 Maskulin Reminder: Jangan jadi lelaki yang nampak kuat di luar, tapi rebah kerana kelemahan diri sendiri. Ingat, kesetiaan itu bukan sekadar moral, tapi juga rahsia umur panjang lelaki sejati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini kerana, apabila kita menyedari bahawa suatu ketetapan hanya akan berlaku dengan izin Allah, maka kita akan berlapang dada dalam menerimanya. Malah, Allah saja yang tahu rencana yang lebih baik untuk kita.
2.Tak Perlu Hadapi Seorang Diri
Benar, sifat sabar tentunya lebih mudah untuk kita lafazkan daripada mempraktikkannya. Tapi, ramai yang cenderung bersabar dan bertahan seorang diri hingga memusnahkan diri sendiri. Jika anda memerlukan seseorang, hubungilah mereka. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di hati. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega. Sebuah pelukan pun sudah cukup meringankan beban di bahu.
3.Jangan Berpeluk Tubuh
Sekali gagal tidak bererti akan gagal selamanya. Sedangkan ramai ilmuan dan tokoh-tokoh terkenal mengakui bahawa kegagalan disifatkan sebagai ‘guru’ yang paling banyak mengajar mereka. Kita boleh mengatur strategi dalam memperbaiki diri.
4.Motif Nak Menyorok Je Dalam Rumah
Tidak kiralah apa pun masalah anda, cuba ambil masa untuk berhenti seketika dan nikmati keindahan alam! Pergi bersiar-siar di taman, bercuti di pantai, ‘snorkelling’, dan sebagainya. Beriadah dan bersenam juga adalah salah satu cara sihat untuk menghadapi kesedihan.
5.Stop Dengar Lagu Sedih
Jauhi minda negatif, walaupun dalam bentuk lagu. Sebaliknya, cari lagu-lagu yang ceria dan bersemangat. Selain itu, anda boleh mencari poster-poster motivasi, dan menjadikannya ‘wallpaper’ pada telefon bimbit atau komputer anda. Anda melihatnya setiap hari, maka ia secara tidak langsung menjadikan minda anda lebih bersemangat!
6.Jangan Asyik Menangis Tapi Lupa Nak Berdoa
Kalau anda belum pernah menangis semasa bersolat atau berdoa, inilah masanya. Paksakan diri, mengadulah sepuas-puasnya di hadapan Allah untuk memohon petunjuknya. Percayalah, anda akan dapat merasakan kelegaan yang luarbiasa apabila melakukannya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.