Apabila kereta sudah berusia lebih dari lima tahun, warna catnya akan pudar dan bahagian lampu juga akan tampak kekuningan. Ini bukan sahaja membuat kereta kelihatan usang, tetapi juga mempengaruhi kejelasan cahaya lampu, sehingga mengurangkan kualiti pencahayaan.
Memang boleh menggantikan bahagian headlight, tetapi kosnya agak tinggi; untuk kereta MyVi, harga boleh mencapai lebih dari RM200. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk membelinya, mengapa tidak mencuba kaedah yang disarankan oleh Khairul Anwar Tumingan ini.
Dengan hanya modal RM15 dan DIY sendiri, headlight yang kusam dan berwarna kuning ini dapat dibuat kelihatan seperti baru.
Cara kilatkan headlight yang kuning
Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15. Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
Kertas pasir gred 600
Kertas pasir gred 1000
Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600
Ads
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.
Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.
2. LAP & KERINGKAN
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
Ads
4. LAP & KERINGKAN
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.
5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
Ads
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.
SIAP! INILAH HASILNYA…
Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurang 1/2 jam. Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Bau busuk dan hapak pada kereta pasti boleh mengganggu mood pemanduan anda setiap hari. Oleh itu penting untuk anda mewangikan bau kereta agar anda rasa selesa saat memandu terutamanya dalam tempoh yang lama.
Selain menggunakan pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran, sebenarnya ada petua lebih menjimatkan dan murah yang anda boleh buat untuk mewangikan bau kereta.
Seorang pengguna Instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria berkongsi tip mewangikan bau kereta seperti baru. Malah, bahan yang digunakannya juga murah dan mudah didapati di rumah. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
4. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta. ?
Sumber: Utusanislam.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
AP Honda Co Ltd, pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Thailand melakukan debut dunia Honda CB150R Exmotion.
Menerusi tag line “Life in Exciting Motion”, Honda CB150R Exmotion 2017 memiliki penampilan motor retro klasik dengan sentuhan ciri moden.
Motor hasil inspirasi model konsep Racer 150SS itu dilengkapi dengan enjin 150cc DOHC 4-injap. Mematuhi piawaian Euro6, enjin berkenaan menggunakan teknologi PGM-FI penyejukan cecair.
Penghantaran kuasa ke roda belakang dipadankan menerusi transmisi 6-kelajuan.
Sentuhan moden boleh dilihat pada lampu depan berbentuk bulat yang menggunakan ciri LED. Lampu brek belakang juga turut menggunakan ciri LED.
Spesifikasi jentera berkuasa tinggi boleh dilihat pada peralatan pilihan suspensi terbalik di depan, angkup brek empat pot dan ABS dengan G-Sensor.
Pelanggan di Thailand boleh memilih empat warna iaitu kelabu, merah, hijau dan hitam dengan harga pengenalan bermula 109,800 baht (RM14,150) seunit.
Selain itu, tiga model edisi terhad turut ditawarkan iaitu 500 unit CB150R Street Café pada harga bermula 135,200 baht (RM17,400).
Diikuti 1,000 unit CB150R Scramble Café berharga 118,400 baht (RM15,250) dan 500 CB150R edisi Moriwaki yang akan dijual pada bulan depan.
Menariknya, dalam masa lima hari sahaja pihak Honda di Thailand menerima tempahan sebanyak 1,000 unit walaupun pelanggan tidak pernah melihat secara dekat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun sudah enam tahun pemergian mendiang Paul Walker akibat kemalangan kereta pada tahun 2013, minatnya terhadap kereta bukan hanya dalam filem Fast and the Furious semata-mata tetapi telah dibuktikan menerusi dunia realiti.
Buktinya boleh dilihat menerusi 21 unit kereta dan motosikal kepunyaan mendiang Paul Walker yang bakal dijual dalam satu acara bidaan Barrett-Jackson’s 49th Annual Scottsdale Auction pada 11 Januari hingga 19 Januari 2020. Sudah pasti, koleksi ini menjadi buruan peminat kereta yang ingin menjadikannya sebagai aset peribadi.
Ternyata koleksi kepunyaannya ini bukanlah calang-calang kerana ia terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dari serata dunia menerusi penghasilan dari era yang berbeza-beza.
Selain sepasang BMW M3 E30 tahun 1988 dan 1991, turut menjadi perhatian tentunya lima buah BMW M3 Lighweight 1995, yang mana model dari siri ini sangat rare kerana dihasilkan hanya 125 unit sahaja.
Paul Walker bertuah miliki salah satu kereta 1995 BMW M3 Lightweight daripada 125 yang dikeluarkan.
Bukan itu saja, Paul Walker juga penggemar muscle car dan klasik antaranya Chevrolet Nova Wagon 1963, Chevrolet Chevelle Wagon 1964 dan Chevrolet II Nova 1967. Bahkan satu lagi kereta yang turut mendapat perhatian dan tidak pernah dibawa berlumba ialah kereta Ford Mustang Boss 302S 2013.
Bergelar penggemar kereta jenama Jepun dalam filem aksi Fast and the Furious, di dunia sebenar juga beliau menunjukkan minat yang sama apabila memiliki kereta Nissan Skyline GT-R R32 1989, trak pickup Toyota Tundra 2006 dan Nissan 370Z 2009, kenderaan yang pernah digunakan dalam Fast Five.
Antara koleksi Paul Walker yang bakal dijual – 2009 Nissan 370Z, kereta lumba 2013 Ford Mustang Boss 302S dan 1995 BMW M3 Lightweight.
Ini merupakan 21 koleksi kenderaan Paul Walker yang bakal dijual:
– 1963 Chevrolet Nova Wagon
– 1964 Chevrolet Chevelle Wagon
– 1967 Chevrolet II Nova
– 1988 BMW M3 E30
– 1989 Nissan R32 Skyline Race Car
– 1991 BMW M3 E30 Coupe
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete
– 1995 Ford Bronco SUV
– 2000 Audi S4
– 2003 Ford F250 Pickup
– 2004 GMC Sierra 1500 Pickup
– 2005 Harley-Davidson RS (motosikal)
– 2006 Toyota Tundra Pickup
– 2008 Suzuki (motosikal)
– 2009 Nissan 370Z
– 2011 BMW (motosikal)
– 2013 Ford Mustang Boss 302S Race Car