Malang tidak berbau.Tak dapat dinafikan selain jadi kenderaan, kereta juga selalu jadi ‘gobok’ simpanan barang. Tabiat ini memang mengundang bahaya buat diri dan menyebabkan barangan tersebut rosak dek cuaca panas.
Jadi jangan sesekali kita tinggalkan dalam kereta 7 barang ini pesan pakar Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
1. MAKANAN/ MINUMAN
Ada pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70°C.
Ada pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.
2. UBAT-UBATAN
Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti ais. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.
Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.
3. PERANTI BERBATERI
Apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.
Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.
4. TIN AEROSOL / SPRAY
Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.
Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.
5. UBAT GEGAT / RACUN
Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai, dsb. Apa bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.
Bila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda tanpa anda sedari.
6. PEMETIK API / PETROL
Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.
Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.
7. ANAK / KANAK-KANAK
Jangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.
Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.
Mungkin anda pun sudah sedia maklum sejak kebelakangan ini pelbagai jenis barangan sudah mula naik harga. Keadaan ekonomi yang mungkin masih tidak menentu selepas pandemik yang melanda sepanjang dua tahun menampakkan impaknya.
Jadi sudah tentu pelbagai langkah penjimatan harus kita amalkan untuk meringankan beban perbelanjaan bulanan. Di antara perbelanjaan yang paling banyak kita keluarkan duit adalah minyak kereta.
Mungkin anda tertanya-tanya. Apakah caranya untuk elak kereta ‘makan’ minyak dengan banyak? Sebenarnya ada beberapa tip mudah yang anda boleh lakukan. Dan ya, ia tidak melibatkan sebarang modifikasi besar atau penggunaan sebarang kad ajaib atau minyak ajaib.
Berikut beberapa tip yang cukup mudah dan berkesan untuk anda amalkan dalam pemanduan harian agar dapat menjimatkan penggunaan minyak kereta.
GUNA TAYAR ECO
Apa itu tayar eco? Tayar eco atau juga dikenali tayar dengan rintangan golekan rendah merupakan tayar yang perlukan daya lebih rendah untuk berpusing. Sesuai dengan dengan namanya, daya rintangan pada tayar ini lebih rendah apabila anda memusingkan tayar. Jadi secara tidak langsung boleh mengurangkan penggunaan petrol.
Boleh bawa penjimatan antara 10 hingga 20 peratus!
MINYAK ENJIN
Penggunaan minyak enjin yang sesuai juga memainkan peranan. Jadi pilihlah minyak enjin yang mempunyai kadar kelikatan rendah. Antaranya ialah dari jenis 0W-20 atau 5W-30. Untuk tahu kesesuaiannya periksa buku panduan atau manual kereta anda untuk taghu spesifikasi minyak enjin paling sesuai.
BUANG AKSESORI BESAR
Tidak dinafikan penggunaan aksesori yang besar boleh menyebabkan kereta ‘makan’ minyak lebih banyak. Aksesori seperti spoiler belakang yang besar, kotak bumbung, rim besar serta body kit yang mungkin agak berat. Jadi gunalah aksesori yang benar-benar anda perlukan sahaja.
HYBRID SEBAGAI PILIHAN
Ini yang paling mudah. Terutamanya buat anda yang ingin memiliki atau menukar kereta baharu. Jadikan kereta hybrid sebagai pilihan utama. Mungkin kosnya agak tinggi namun penjimatan di masa akan datang akan membuatkan ia lebih berbaloi. Tahukah anda kereta hybrid seperti Honda HR-V hybrid hanya menggunakan 1 liter petrol untuk perjalanan sejauh 18.8 kilometer!
TEKANAN ANGIN TAYAR
Kalau boleh seminggu sekali periksalah kondisi angin dalam tayar kereta anda. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
KELAJUAN EFISIEN
Suka memandu kereta dengan memecut ikut suka hati? Atau anda suka memandu laju dan suka membrek secara tiba-tiba? Itu merupakan antara tabiat yang oleh membuatkan kereta ‘makan’ minyak dengan banyak. Salah satu cara penjimatan minyak ialah tabiat memandu dengan kelajuan yang efisien. Jika memandu di lebih raya cukuplah sekadar anda memandu mengikut had laju yang dibenarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak semua lelaki pakar bab-bab kereta ni, yelah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi untuk mengelakkan kita ditipu hidup-hidup. Better ambil tahu hal ini walaupun tak pakar janji tidak mudah kena tipu hidup-hidup dengan bengkel yang membaiki kereta kamu tu.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik – mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L…begitu la citernya
5. Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6. Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8. Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikuttanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai sparesebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
Flush? kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
14. Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
15. Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
16. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
17. Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
18. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
19. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
20. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Sumber : Fb Limau Ais
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Sel kering (Free Maintenance)
Sel basah.
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta anda :
1.Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap max. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
2.Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan. Cara untuk membersihkan terminal bater :Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri. Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid. Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
3.Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
4.Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK
Bateri kereta dicas secukupnya.
Umur bateri bertahan lama.
Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal.
Tiada perlukan kerap menambah air suling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.