Honda Malaysia dilihat terus mendahului dalam segmen SUV kompak menerusi pelancaran rasmi model Honda HR-V baharu pada hari ini di Shah Alam.
Model yang dikenali sebagai B-SUV bukan nasional nombor satu di Malaysia, HR-V kini tampil dengan reka bentuk yang lebih berani. Ia juga hadir dengan teknologi terkini serta pengalaman pemanduan yang ditambah baik untuk pemandu moden.
Dengan lebih 170,000 unit terjual sejak dilancarkan pada tahun 2015 dan menguasai 41 peratus pasaran segmen B-SUV bukan nasional, HR-V telah membuktikan bahawa ia merupakan salah satu model kegemaran rakyat Malaysia.
“Hari ini, kami dengan bangganya melancarkan HR-V Baharu. Ia sebuah evolusi berani daripada SUV kegemaran Malaysia yang menggabungkan gaya sporty, inovasi dan praktikaliti pintar untuk memenuhi kehendak pemandu SUV hari ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki.
Pelancaran ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-21 kepimpinan teknologi hibrid Honda di Malaysia.
“HR-V mencerminkan usaha kami dalam memberikan mobiliti yang canggih, dipercayai dan menyeronokkan,” tambah beliau lagi.
Reka Bentuk dan Keselesaan Diperbaharui
Model baharu ini menampilkan wajah luar yang segar termasuk gril hadapan baharu yang digabungkan dengan lampu utama LED bersama fungsi Active Cornering Light.
Ads
Jalur penuh lampu belakang LED dan rim aloi dua tona 18 inci memberikan penampilan lebih tegas. Untuk varian eHEV RS, ia dilengkapi dengan pakej RS yang menambah elemen sporty pada reka bentuk keseluruhan.
Bahagian kabin turut menerima penambahbaikan dari segi keselesaan dan fungsi. Tempat duduk sporty dengan sulaman RS, konsol tengah baharu lengkap dengan pengecas tanpa wayar, serta paparan terapung 8 inci menambah gaya dan kemudahan untuk pengguna.
Sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar kini menjadi standard untuk semua varian, bersama port USB-C di bahagian hadapan dan belakang.
Sistem Air Diffusion Honda pula membantu memastikan pengedaran udara lebih sekata dalam kabin.
Ads
Prestasi Enjin dan Teknologi Keselamatan
HR-V Baharu hadir dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.5 liter DOHC iVTEC, 1.5 liter VTEC Turbo dan 1.5 liter eHEV hibrid.
Pilihan ini memberikan fleksibiliti kepada pemandu mengikut gaya pemanduan masing-masing sama ada untuk kecekapan bahan api atau prestasi pemanduan yang lebih bertenaga.
Sistem pemanduan hadir dengan tiga mod pilihan iaitu ECON, Normal dan Sport yang boleh disesuaikan mengikut keperluan.
Ads
Semua varian kini turut dilengkapi dengan sistem keselamatan Honda SENSING termasuk fungsi Adaptive Driving Beam untuk varian tertentu.
Selain itu, sistem sambungan pintar Honda CONNECT kini diperluas kepada varian S dan E, menjadikan ciri pintar ini lebih mudah diakses oleh lebih ramai pemandu.
HR-V Baharu ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik termasuk dua warna baharu iaitu Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl. Harga bermula dari RM115,900 hingga RM143,900 mengikut varian.
Model ini kini sudah tersedia untuk pandu uji di semua pengedar sah Honda di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol Honda di 1800882020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.
Berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), 29 dan 30 Julai lalu, telah merekodkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan.
Edisi keenam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang dijayakan oleh Petronas menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).
Keputusan menyeluruh pemilihan juri adalah Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Anak muda berusia 30 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 9 pembina khas yang lain.
Di samping itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.
Para pengunjung acara AOS 2017 dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad. Kehadiran selebriti tempatan seperti Nora Danish dan Alif Satar memeriahkan juga acara ini.
Acara kemuncak AOS 2017 pastinya adalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu kepada Abdul Halim Mat dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada Mohd fadly Mohd Zerain dari Perlis pada hari Ahad.
Mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung dijamukan dengan:
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans,” katanya.
Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:
Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:
Art of Speed 2017 juga menganjurkan Mega Club Gathering dan Roda Rumble yang dikelolakan oleh Retro Mania memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Senarai pemenang AOS2017:
KELFOLKS
TRIUMPH MALAYSIA
Mohd Faiz Rushdi from Rachun MC
Abdul Wahab Bahari
AOS Invitational Bike Build Off
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Bayangkan anda sedang memandu dengan begitu syok sekali dalam perjalanan menuju ke destinasi ditujui. Kemudian anda memasuki plaza tol. Tingkap diturunkan dan anda menyentuh kad Touch ‘N Go untuk berlalu pergi. Tiba-tiba power window meragam. Tingkap kereta kaku tidak bergerak seperti anda yang terkelu di hadapan gadis idaman.
Lebih malang lagi tiba-tiba pula hujan lebat turun melimpahi bumi. Jarak hentian lebuhraya pula masih jauh. Memang tidak keruan dibuatnya!
Sesiapa pun tak ingin berdepan dengan masalah power window meragam dan rosak. Namun kebiasaannya power window tidak akan rosak secara total secara tiba-tiba. Sebelum rosak ia pasti akan menunjukkan petanda seperti sukar untuk diturunkan atau dinaikkan.
Apabila ini berlaku anda seharusnya dengan segera memeriksa untuk menukar apa yang patut di power window. Jadi bagaimana nak periksa power window yang rosak? Ikuti beberapa step mudah seperti dikongsikan di bawah.
Pertama sekali anda perlu pastikan bahawa power window kereta anda rosak atau tidak. Cuba tekan untuk turunkan tingkap untuk kesemua tingkap di panel kawalan sebelah pemandu. Jika ia degil dan berkeras tak mahu turun itu bermakna suisutama power widow kereta anda sudah rosak.
Kebiasaannya kereta seperti Perodua MyVi, panel kawalan power window terletak di sebelah kanan atau pemegang pintu pemandu. Buka skru yang terdapat di dalam lumbang pemegang. Tarik panel ke atas perlahan-lahan dan anda akan dapat lihat komponen power window.
Buka main switch atau suis utama yang berbetnuk segi empat. Buka soketnya dengan perlahan-lahan dan juga skru di bahagian suis utama. Tanggangkan suis utama yang kebiasaannya berwarna hitam.
Bila sudah pasti suis utama rosak, itu bermakna anda perlu menukarnya dengan yang baharu. Suis utama power window boleh di dapati di kedai-kedai hardware kereta dengan mudah atau secara online.
Sebelum anda pasang dan ikat suis utama periksalah dahulu sama ada ia berfungsi atau tidak. Sambungkan wayar dari kereta ke suis utama. Buka atau ON kunci kereta dan tejan butang turun dan naik untuk kesemua tingkap. Pastikan ia turun dan naik dengan lancar. Jika semuanya okay itu bermakna suis utama yang anda beli berfungsi dengan baik.
Selepas melakukan ujian tersebut anda boleh pasang semula soket dan skru suis utama ke bahagian panel kawalan. Masukkan ke dalam bracket dan tekan dengan perlahan-lahan. Skrukan semula dengan kemas agar ia tidak bergegar dan rosak pula nanti. Akhir sekali selepas siap pasang cuba tekan turun dan naik. Jika okay semuanya settle!
Jika anda ingin dapatkan sparepart suis utama power window pada harga menarik boleh dapatkannya di sini.
Untuk rujukan lebih visual anda boleh ikuti tutorial video di bawah;
Kredit: Spnar 2u
Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi peminat automotif melakukan modifikasi kepada kenderaan milik mereka memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Melihatkan hasil yang berjaya dilakukan setelah melakukan perancangan dan ubah suai merupakan satu kejayaan peribadi yang cukup unik.
Jadi usahlah kita persoalkan kenapa sesetengah ‘kaki kereta’ cukup aktif melakukan modifikasi pada kenderaan mereka. Ia merupakan satu minat yang cukup menebal di dalam diri. Bercakap tentang modifikasi, terdapat pelbagai jenis bentuk yang dilakukan oleh peminat kereta.
MASKULIN tertarik dengan modifikasi yang dilakukan oleh seorang ‘tuner’ dari negara India terhadap Toyota Fortuner. Untuk rekod Toyota Fortuner merupakan model kenderaan SUV yang sangat popular di negara tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Antara faktor yang membuatkan ia menjadi cukup popular ialah kualiti ketahanan serta binaan, kemampuan beroperasi di atas pelbagai permukaan dan juga kos servisyang tidak terlalu mahal.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh channel Revokids memaparkan bagaimana sebuah Toyota Fortuner dilengkapi ruang khas mengandungi tandas!
Malah pemerhati industri automotif tempatan mendakwa bahawa ia merupakan Toyota Fortuner pertama yang dilengkapi dengan tandas seperti itu. Kenderaan yang nampak normal di bahagian luar tetapi unik di bahagian dalamannya ini dimodifikasi oleh Ojes Garage.
Keseluruhan bahagian luarannya adalah standard kecuali pada bahagian tayarnya yang ditukar kepada tayar 18 inci BF Goodrich AT.
Bahagian dalaman yang ‘dikorbankan’ untuk diletakkan tandas merupakan salah sebuah kerusi di barisan ketiga penumpang, Malah untuk ke ruangan tandas, kerusi pada bahagian kedua perlu dilipat terlebih dahulu.
Apa yang menarik, instalasinya nampak cukup kemas dan pemasangan yang dilakukan cukup berhati-hati. Memang jelas nampak hasil kerja orang yang cukup profesional dalam bidang modifikasi. Selain itu, tangka air juga disediakan untuk kegunaan dan ia juga diatakan tidak akan tertumpah walaupun berada padalokasi off road.
Buat pengetahuan anda lagi, di negara India model Toyota Fortuner didatangkan dengan enjin petrol dan diesel. Manakala enjinnya diesel 2.8 liter mampu menghasilkan kuasa 202hp dan tork 500Nm manakala versi petrol 2.7 liter mengekstrak kuasa 162hp dan tork 245Nm. Untuk transmisi pula terdapat uda jenis iaitu manual dan automatik. Namun, opsyen sistem pacuan empat roda (4X4) hanya ditawarkan dengan varian diesel.
Menarik bukan modifikasi ini? Kalau pergi trip jauh memang sangat berguna. Cumanya kalau ‘membuang’ itu terpaksalah buka tingkap selepas digunakan. Kasihan pula penumpang lain terpaksa menanggung derita!
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!