Car photo created by senivpetro - www.freepik.com

Apabila anda meningkat usiasalah satu perkara yang besar kemungkinan berlaku adalah mudah semput. Buat kerja berat sikit, semput. Naik tangga sampai lima tingkat, semput. Lari tidak sampai lima kilometer, semput. Normallah bila badan semakin ‘senja’ perkara seperti ini boleh berlaku.

Namun anda dapat atasinya jika pandai menjaga kecergasan, kesihatan dan juga pemakanan yang baik. Jadi begitu jugalah dengan kereta.

Ketika masih baru keluar kedai prestasinya memang mantap. Namun bila sudah memasuki usia lima tahun ke atas, kereta anda mulalah menunjukkan simptom ‘tak berapa sihat’. Apatah lagi jika kereta itu tidak dijaga servis dengan baik dan secara rutin.

Masalah Kereta Jadi Semput Terutamanya Bila Tekan Minyak & Pasang Aircond, Ini puncanya!
Car photo created by diana.grytsku – www.freepik.com

Salah satu masalah yang mungkin akan kereta anda hadapai ialah semput. Masalah ini boleh berlaku dan ketara bila anda menekan minyak. Atau bila pasang aircond atau penghawa dingin sahaja kereta jadi semput dan seolah macam hilang kuasa untuk bergerak lancar.

IKLAN

Kebiasannya masalah ini mungkin berpunca dari palam pencucuh yang sudah rosak. Ataua juga mungkin disebabkan kerosakan dari distributor. Kereta boleh menjadi semput disebabkan oleh masalah ignition atau penyalaan yang tidak berfungsi dengan sempurna.

Salah satu punca lain ialah mungkin dari masalah sistem pembakaran bahan api yang juga tidak sempurna. Sebelum melakukan diagnosis kereta, antara tip perlu anda sentiasa amalkan ialah periksa komponen yang mudah dahulu sebelum ke peringkat seterusnya.

IKLAN
Masalah Kereta Jadi Semput Terutamanya Bila Tekan Minyak & Pasang Aircond, Ini puncanya!
Car photo created by standret – www.freepik.com

Berikut MASKULIN senaraikan beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab kereta anda jadi semput. Boleh lakukan pemeriksaan satu demi satu ya.

  1. masalah palam pencucuh yang sudah uzur atau rosak
  2. masalah pada kabel sambungan palam pencucuh
  3. terdapat kerosakan pada distributor
  4. coil plug kereta rosak
  5. ada masalah pada bahagian penapis udara seperti tersumbat
  6. masalah fuel filter tersumbat
  7. karburetor yang mungkin tersumbat
  8. kerosakan pada fuel pump
  9. masalah pada fuel injector
  10. masalah berkaitan fuel pressure
  11. masalah berkaitan throttle body
  12. masalah berkaitan ECU

Jika kereta anda alami semput yang semakin menjadi-jadi pergilah ke bengkeldengan segera. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan lebih serius atau ‘berjangkit’ pada bahagian lain pula.

IKLAN

Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk info paling terkini.

Saksikan RODA PANAS Musim keduia bermula pada Ahad, 16 Januari 2022 jam 6 petang di Astro RIA!

Masalah Kereta Jadi Semput Terutamanya Bila Tekan Minyak & Pasang Aircond, Ini puncanya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI