Tidak dinafikan roti merupakan antara jenis makan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Sama ada pada waktu pagi, tengah hari atau malam ia boleh menjadi juadah makanan utama dan juga sampingan.

Pasaran dan permintaan roti di negara kita juga telah membuktikan bahawa ia menjadi salah satu jenis makanan penting dalam diet harian ramai rakyat Malaysia.

Menyedari perkara tersebut Sunshine Bakeries, jenama terkenal seleksi roti yaang sihat dan lazat melancarkan produknya di wilayah Lembah Klang.

Keputusan meluaskan edaran dan pasaran produknya ke Lembah Klang dari Seremban merupakan satu peningkatan perniagaan yang juga mampu memenuhi permintaan penggemar roti yang mementingkan kesihatan.

Kini Di Lembah Klang, Sunshine Bakeries Tawarkan Pelbagai Seleksi Roti Kegemaran Ramai

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew, “Dengan pelancaran rasmi produk ini di Lembah Klang, kami berbesar hati ingin menjemput penggemar roti yang mementingkan penjagaan kesihatan untuk merasai kelainan dalam roti kami yang mengandungi 100 peratus kebaikan.

IKLAN

“Kami percaya kita boleh menjalani kehidupan yang sihat dan tetap menikmati kelazatan makanan pada masa yang sama,” jelasnya lagi.

Sunshine Bakeries kini menawarkan variasi roti seperti roti putih Soft White, roti mil penuh 100% Australian Oat dan Roti Dengan Germa Gandum dan Bran, yang padat dengan nutrien serta mempunyai 0 peratus lemak trans, 0 peratus pewarna tiruan, 0 peratus perasa tiruan dan 0 peratus kolesterol.

Selain itu, penggemar roti juga pasti tertarik dengan roti gandum berkrim Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila dan Coklat Hazelnut.

TAWARAN SEISI KELUARGA

Antara keluaran terlaris mereka, Roti Putih Soft White Sunshine diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi yang berkualiti, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu tanpa menjejaskan kelazatannya.

IKLAN

Roti Putih Soft White Sunshine sesuai buat mereka yang mencari pilihan rendah gula kerana roti ini rendah gula tetapi tinggi dengan kalsium, protein dan sumber vitamin B1, B2, B3, serta zat besi yang baik.

Buat penggemar oat pula pasti terarah kepada Roti Mil Penuh 100% Australian Oat Sunshine yang diperbuat daripada emping oat Australia premium, memberikannya kunyahan lembut dan berbutir.

Kini Di Lembah Klang, Sunshine Bakeries Tawarkan Pelbagai Seleksi Roti Kegemaran Ramai

IKLAN

Sunshine juga menawarkan rangkaian Roti Sunshine Dengan Germa Gandum dan Bran yang mempunyai rasa lazat dan tinggi dengan kalsium, serat dan protein untuk kesihatan optimum.

Roti Sunshine Dengan Germa Gandum dan Bran juga rendah lemak yang membolehkan seseorang menikmati keenakannya dan masih mengekalkan berat badan yang sihat serta memperbaiki tahap kolesterol pada masa yang sama.

Buat mereka yang ingin mendapatkan pilihan segera yang mudah dan lazat boleh memilih rangkaian roti gandum berkrim Mentega Gula Sunshine, iaitu roti berkrim yang lazat hasil paduan mentega premium penuh berkrim dan kristal gula yang rangup, serta roti Coklat Hazelnut, yang dibakar menggunakan hazelnut Itali paling baik dan diadun bersama coklat yang sungguh kaya.

Di samping itu, penggemar roti berkrim juga pasti teruja dengan perisa klasik daripada Sunshine Bakeries iaitu roti Biskut & Krim, yang padat dengan 100 peratus biskut sebenar, serta roti Vanila yang penuh aroma dengan campuran vanila yang kaya dan berkrim, pastinya pilihan yang sukar ditolak.

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=379s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI