Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila mendakwa berjaya menjual koleksi kad Pokemon miliknya pada harga RM1.87 juta pada Isnin.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia).
Kejayaan Besar Damiral Imran Dalam Dunia Kad Pokemon
Damiral menyatakan rasa syukur atas kejayaan jualan berkenaan, iaitu kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual koleksi tersebut pada 18 Oktober lalu.
Menurutnya, koleksi itu bukan sekadar barangan hobi, tetapi simbol semangat dan usaha selama bertahun-tahun.
“Koleksi kad Pokémon saya dengan rasmi terjual RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam hingga mencipta sejarah dalam dunia Pokémon. Ini bukan sekadar jualan, ini kisah tentang semangat, usaha dan legasi,” katanya.
Facebook : Damiral Imran
Koleksi Kad Pokemon Bernilai Tinggi
Koleksi milik Damiral dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik khas.
Setiap kad mempunyai nilai sentimental dan pasaran yang tinggi dalam komuniti pengumpul kad Pokemon.
Ads
Sebelum koleksi itu dijual, Damiral mendedahkan beliau telah menerima tiga tawaran pembeli dengan bidaan tertinggi mencecah RM1.68 juta.
Selain itu, beliau turut membuka pilihan trade-in dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.
Menariknya, Damiral turut menawarkan komisen RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya membantunya mencari pembeli sebenar.
Tawaran ini menjadi tular di kalangan peminat kad Pokemon seluruh Malaysia.
Ads
Bonus Eksklusif Untuk Pembeli
Facebook : Damiral Imran
Antara tarikan utama dalam transaksi bersejarah ini ialah apabila pembeli bertuah turut menerima kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma sebagai tambahan.
Langkah ini sekaligus menjadikan jualan tersebut antara urus niaga terbesar dalam dunia koleksi kad di Malaysia.
Kisah Damiral Imran bukan sekadar kejayaan jualan semata-mata, tetapi menjadi inspirasi kepada komuniti pengumpul kad di seluruh negara.
Ads
Ia membuktikan bahawa minat yang diusahakan dengan sabar dan dedikasi mampu menghasilkan pulangan luar biasa.
Dengan pencapaian ini, nama Damiral kini disebut sebagai antara pengumpul kad Pokemon paling berjaya di Malaysia membuktikan bahawa hobi juga boleh menjadi sumber kejayaan besar.
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.
Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.
Walaupun perjalanan melebihi radius 10 km sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.
Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan COVID-19 kepada keluarga masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif COVID-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.
Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.
Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.
Fenomena drama bersiri yang penuh mendebarkan ‘Squid Game’ menerusi platform Netflix telah mencorakkan dimensi baharu industri hiburan Korea Selatan di persada dunia. Salah satu pencapaian terbaiknya ialah menerima jumlah tontonan 1.650 billion jam tontonan hanya dalam masa 28 hari.
Malah pada ketika itu ia menjadi program atau drama bersiri yang paling popular dan menerima jumlah tontonan tertinggi fi Netflix. Dengan populariti yang hebat seperti itu maka tidak hairanlah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan sekuelnya, ‘Squid Game 2’.
Semasa acara peminat global berlangsung di Tudum São Paulo, Brazil, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon-pelakon baharu yang bakal muncul menerusi musim kedua ‘Squid Game’. Lee Jung-jae yang menjadi watak protaganisnya akan kembali memegang watak sebagai Gi-hun.
Manakala di sebalik tabir, Hwang Dong-hyuk akan menyambung semula peranannya sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Dijangkakan produksi akan bermula pada akhir tahun ini.
Selain Lee Jun-jae, pelakon yang membawa karakter Front Man iaitu Lee Byung-hun kembali sekali lagi bagi mencorakkan plot yang pastinya lebih rumit dan misteri. Turut muncul semula ialah Wi Ha-jun sebagai detektif polis Jun-ho dan juga Gong Yoo yang juga akan membuat kemunculan semula.
Netflix turut mengumumkan pelakon-pelakon baharu yang bakal menyertai mereka untuk musim keduanya. Mereka ialah Yim Si-wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun. Penglibatan Oh Yeong-su, yang memainkan watak Oh Il-nam pada musim pertama, masih belum dapat disahkan. Sehingga kini, Netflix masih belum memberikan tarikh keluaran khusus untuk ‘Squid Game 2’.
Akan tetapi peminatnya pasti dapat menarik nafas lega dengan pengesahan dan pengumuman musim terbarunya yang akan dinantikan dengan tidak penuh sabar lagi. Malah lebih mengujakan Netflix turut memperkenalkan teaser pertama yang mengumumkan pelakon-pelakon baharunya.
Yim Si-wan merupakan ahli grup K-pop lelaki terkenal, ZE:A dan sub-kumpulannya ZE:A Five dan juga pernah memainkan peranan dalam filem ‘The Attorney’ dan siri TV ‘Misaeng: Incomplete Life’. Kang Ha-neul juga muncul dalam yang terakhir, serta senarai panjang drama TV lain termasuk ‘When the Camellia Blooms’, ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ dan ‘Midnight Runners’.
Manakala, Yang Dong-geun pula merupakan seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dan penari breakdance dan Park Sung-hoon pula pernah tampil menerusi drama bersiri seperti ‘The Day of the Kidnapping’, ‘Justice’, dan ‘You Are the Boss’.
Agak-agaknya apa yang akan berlaku pada musim kedua nanti? Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda pernah dengar teka-teki ini. Satu: banyak-banyak, dua: sikit-sikit, tiga: jarang-jarang; empat: kadang-kadang. Ia adalah dialog filem terkenal P Ramlee bertajuk Nujum Pak Belalang yang merujuk tentang nikah. Lelaki nikahi wanita adalah satu ikatan suci yang sah. Tapi lebih dari satu, bukan semua orang boleh buat.
Bercakap tentang perkara ini MASKULIN merasakan ramai lelaki hanya mampu tersenyum sahaja. Iyalah, menikah lebih dari seorang bukanlah satu perkara yang senang. Ia hadir dengan segala tanggungjawan sebagai seorang suami yang perlu dilakukan secara berganda.
Poligami dalam masyarakat kita bukanlah perkara baharu. Malah subjekyang cukup sensitif ini sentiasa menjadi buah perdebatan sihat di antara pelbagai golongan.
Begitu juga di Indonesia, negara jira kita yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Terbaru, telah tular di negara tersebut tentang kisah seorang lelaki yang nikahi dua wanita dengan serentak.
Ia mungkin kedengaran seperti sebuah fantasi, namu itulah realiti yang berlaku kepada lelaki dikenali dengan nama Suwan bersama dua suri hatinya, Anggun dan Popy Anggraini.
RESTU KELUARGA
Kisah lelaki yang mungkin anda semua anggap sebagai ‘lelaki paling steady’ ini berlaku di Kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selaran pada 26 Disember lalu.
Menerusi foto dan video yang tersebar kelihatan Suwan bersama dua isterinya dalam busana pengantin. Mereka bertiga memakai persalinan tradisi Sumatera Selatan yang berwarna merah keemasan.
Memetik laporan Detik.com, Suwan berkata dia berkenalan dengan Popy selama 3 tahun. Manakala perkenalannya dengan Aggun pula berlaku kira-kira tiga bulan sebelun pernikahan.
Ketiga-tiga keluarga juga memberikan restu selepas menemui orang tua masing-masing. Walaupun mereka terkejut namun memberikan restu untuk pernikahan ini dijalankan.
Kisah Suwan nikahi dua wanita ini secara serentak mendapat perhatian ramai terutamanya di kalangan lelaki yang menganggap perkara ini mustahil untuk dilakukan.
Kalau anda pula macam mana? Steady atau tak steady?
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.