Bulan lalu Bloomberg Billionaire Index telah menyenaraikan individu terkata di dunia. Antara yang paling menarik perhatian ramai ialah ahli perniagaan terkaya di China yang telah mengambil alih takhta dipegang Jack Ma, pengasas Alibaba selama ini. Kisah dirinya yang merupakan pengasas minuman dalam botol menarik perhatian ramai.
Individu terkaya di China tersebut ialah Zhong Shanshan yang terkenal dengan jenaman minuman dalam botolnya, Nongfu Spring. Memetik laporan dari CNN, Zhong Shanshan dilaporka telah terenarai sebagai indvidu ketiga terkaya di China sebelum ini.
Ia selepas syarikatnya tersenarai di bursa saham di Hong Kong. Dan kini dia telah melepasi menjadi taikun perniagaan terkaya di China dengan jumlah aset mencecah USD58.7 billion melepasi Jack Ma (USD56.7 billion).
Status terbarunya ini turut meletakkan dirinya berada di hadapan seorang lagi bilionair, Pony Ma yang merupakan seorang lagi usahawan digital dan teknologi terkenal.
Ads
Pengerusi jenama minuman dalam botol Nongfu Spring ini merupakan usahawan yang terkenal dengan skil ‘street smart’ dalam perniagaan. Dia juga dikatakan tidak habis belajar sekolah rendah kerana membesar pada era Revolusi Budaya di China.
MULA DARI BAWAH
Sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan Zhong Shanshan pernah melakukan pelbagai kerja untuk meraih pendapat. Antaranya ialah bekerja sebagai buruh binaan, wartawan surat khabar dan ejen jualan minuman sebelum mengambil keputusan membukan syarikatnya sendiri.
Ads
Kedudukannya sekarang sebagai individu terkaya di China turut menyaksikan dia berada di kedudukan ke-17 senarai dunia. Ia hanya di bawah pengasan bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin.
Kejayaannya menempatkan diri di dalam carta tersebut cukup mengejutkan ramai pihak kerana rata-rata nama yang tersenarai datang dari perniagaan teknologi digital.
Ads
Kini dia memiliki sebanyak 84.4 peratus pemilikan jenama minuman botolnya dengan sebanyak 77 peratus dari tawaran awam sejak bulan September lalu.
Selain itu, Zhong Shanshan juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat Wantai Biological, firma farmaseutikal gergasi China. Syarikat tersebut juga dilaporkan sedang berusaha menghasilkan vaksin untuk Covid-19.
Semoga kisah kejayaannya boleh menjadi inspirasi buat kita semua.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak ingat dengan filem hantu Thailand, Nang Nak yang pernah menjadi fenomena dulu. Filem ini juga menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath.
Menerima arahan seni daripada Ek Iamchuen dan muzik oleh Chatchai Pongpraphapan, filem Nang Nak memenangi tujuh anugerah Subhanahongsa yang merupakan anugerah Oscar versi Thailand. Antara anugerah yang dimenangi karya ini adalah filem terbaik, pengarah terbaik, juru sinematografi terbaik, skor muzik terbaik, arahan seni, kostum dan solekan terbaik.
Apa agaknya khabar pelakon utama filem ini ya?
Pemegang watak Nak, Inthira Charoenpura terus meroket laju dengan membintangi pelbagai filem dan juga drama. Begitu juga dengan pelakon utama lelaki, Winai Kraibutr yang menjadi pilihan ramai pengarah. Namun ada perkara yang menduga pelakon keturunan etnik Melayu Thai yang berasal dari Krabi ini.
Walaupun kelihatan begitu kacak, tegap dan sihat saat berada di puncak populariti, Winai diduga dengan penyakit autoimun yang menjejaskan kulit dan membran mucus. Masalah kesihatan yang dihadapinya ini membuatkan dia pada satu ketika terpaksa terlantar sakit. Keadaan kulitnya menjadi melepuh dan seolah-olah menggelupas memerlukan penjagaan rapi.
Akibat penyakit tersebut dan pengambilan ubat yang berpanjangan, wajah Winai juga kelihatan berbeza daripada dahulu. Kini, dia dilihat tidak aktif berlakon disebabkan penyakit yang dihidapinya, namun aktif di laman sosial berkongsi mengenai kehidupannya dan juga mempromosikan produk kepada pengikutnya sebagai salah satu punca mata pencarian.
Ketika filem Nang Nak menyambut ulang tahun ke-20 pada 2019. Tayangan previu FIlem tersebut yang dinaiktaraf kualiti secara digital telah diadakan. Hasil jualan tiket ketika itu disalurkan untuk menampung kos perubatan Winai Kraibutr.
Kini pada usia 53 tahun, penyakit tersebut tidak menjadi penghalang untuk berduka. Dia hidup bahagia di samping isteri dan tiga cahaya mata. Semoga Winai segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.
**
Sekadar info, Penyakit autoimun adalah keadaan di mana sistem imun tubuh, yang biasanya melindungi kita daripada jangkitan dan penyakit, tersilap mengenal pasti sel-sel sihat dalam tubuh sebagai ‘asing’ atau berbahaya dan mula menyerangnya. Namun, dalam kes penyakit autoimun, sistem imun menghasilkan antibodi yang menyerang sel, tisu, dan organ sihat tubuh itu sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa minggu ini perhatian peminat bola sepak pastinya terarah ke EURO 2024 yang berlangsung di Jerman. Salah seorang pemain yang mencuri perhatian ramai ialah pemain muda Turki, Arda Güler.
Namanya kini kian mencipta fenomena dalam dunia bola sepak. Apa tidaknya pada usia yang masih muda, Arda Güler bukan sahaja menunjukkan bakat luar biasa, tetapi juga semangat juang yang tinggi, menjadikannya simbol harapan baru bagi bola sepak Turki.
Jadi siapakah bintang Turki yang juga pemain Real Madrid berusia 19 tahun ini? Apakah latar belakangnya dan apa kata mereka yang pernah melatihnya?
Dilahirkan pada 25 Februari 2003 di Ankara, Turki, Arda sejak kecil lagi sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bola sepak.
Ayahnya, Umit Güler merupakan seorang peminat tegar bola sepak, sering membawanya ke perlawanan tempatan.
Dan inilah yang menyemarakkan lagi kecintaannya terhadap sukan ini. Bakatnya mula dikesan ketika berusia 8 tahun, dan pada usia 10 tahun, dia telah diserap ke dalam akademi bola sepak Fenerbahçe, salah sebuah kelab terbesar di Turki.
Di akademi Fenerbahçe, dia memperlihatkan kemahiran luar biasa yang jarang dilihat pada usia sebegitu muda. Keupayaannya mengawal bola, visi permainan yang tajam, serta kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh menjadikannya pemain yang menonjol dalam setiap perlawanan.
Kejayaannya di peringkat remaja membuka peluang untuknya menyertai pasukan senior Fenerbahçe pada usia 17 tahun.
Arda Güler memulakan debut profesionalnya dalam pasukan utama Fenerbahçe pada musim 2020-2021.
Dalam tempoh singkat, dia telah membuktikan keupayaannya sebagai pemain tengah yang versatil dan kreatif.
Kehebatannya dalam mengendalikan bola dan kemahiran teknikal yang tinggi membuatkan dia sering dibandingkan dengan legenda bola sepak Turki seperti Emre Belözoğlu dan Hakan Şükür.
Pada usia 19 tahun, Arda sudah menjadi nadi kepada pasukan Fenerbahçe dan juga skuad kebangsaan Turki. Dia dikenali dengan kebolehannya mencipta peluang gol untuk rakan sepasukan serta kemampuan menjaringkan gol dari jarak jauh.
Pada musim panas 2023, Arda Güler telah membuat langkah besar dalam kariernya dengan menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
Perpindahan ini menjadi satu berita sensasi, memandangkan Güler adalah pemain muda yang diintai oleh banyak kelab terkemuka Eropah.
Penghijrahan ini bukan sahaja memberi peluang kepada Güler untuk bersaing di peringkat tertinggi, tetapi juga meningkatkan reputasi bola sepak Turki di persada antarabangsa.
Arda Güler mengakui bahawa idolanya dalam bola sepak adalah Lionel Messi. Dia sering menonton video perlawanan Messi dan cuba meniru gaya permainan bintang Argentina tersebut.
“Messi adalah inspirasi saya. Cara dia mengawal bola, visi permainannya, dan kehebatannya menjaringkan gol adalah sesuatu yang saya cuba terapkan dalam permainan saya,” kata Güler dalam satu temubual.
Selain itu, Güler juga dipengaruhi oleh jurulatihnya di Fenerbahçe, Vitor Pereira. Vitor banyak memberikan bimbingan dan peluang kepada Güler untuk menunjukkan bakatnya di peringkat tertinggi.
“Arda adalah pemain muda yang luar biasa. Dia mempunyai bakat semula jadi yang sukar dicari. Dengan sikap profesional dan kerja keras, dia pasti akan menjadi antara pemain terbaik dunia,” ujar Pereira.
Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Turki, Şenol Güneş, juga memberikan pujian tinggi kepada Güler. “Arda adalah permata dalam bola sepak Turki.
“Dia mempunyai potensi yang besar dan masih muda. Jika dia terus berkembang dengan baik, dia boleh menjadi pemain yang membawa Turki ke tahap yang lebih tinggi,” kata Güneş.
Bekas pemain antarabangsa Turki, Hamit Altıntop, turut memberikan pandangannya mengenai Güler. “Saya melihat banyak persamaan antara Arda dan pemain-pemain hebat yang pernah saya bermain bersama.
“Dia mempunyai mentaliti yang kuat dan sentiasa mahu belajar. Ini adalah sifat-sifat yang diperlukan untuk berjaya di peringkat tertinggi,” kata Altıntop.
Kejohanan EURO 2024 menjadi pentas terbaik untuk Arda Güler menunjukkan kemampuannya kepada dunia.
Sebagai pemain utama dalam skuad kebangsaan Turki, dia memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan. Dan kini dia disebut-sebut sebagai di antara pemain terbaik pada edisi kali ini!
Perlawanan awal pagi tadi memperlihatkan sekali lagi pengaruh besar Arda Güler kepada pasukan Turki selepas menewaskan Austria dan layak ke suku akhir.
Sejauh mana dia mampu membawa Turki pada EURO 2024? Sama-sama kita tunggu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali tibanya temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik acara pecut 100 meter pastinya akan menjadi salah satu tumpuan Utama. Dan awal pagi semalam Waktu Malaysia, raja pecut baharu telah dinobatkan kepada pelari Amerika Syarikat, Noah Lyles.
Sebelum perlumbaan dimulakan ramai pemerhati sukan berbeza pendapat tentang siapakah ‘favourite’ sebenar untuk merangkul kejuaraan raja pecut Olimpik edisi Paris 2024.
Ternyata, acara 100 meter pecut lelaki pada kali ini telah memberikan persembahan yang cukup mendebarkan. Apa tidaknya, Noah Lyles memenangi perlumbaan ini dengan cukup dramatik.
Dia memenangi perlumbaan dengan perbezaan yang cukup sengit dan hanya dapat ditentukan dengan ‘photo finish’ pada catatan 9.79 saat. Pemenang pingat perak dari Jamaica, Kishane Thompson turut mencatatkan masa yang sama namun dibezakan denga hanya 0.005 saat!
Manakala pingat gansa turut diraih pelari veteran Amerika Syarikat, Fred Kerley yang mencatatkan masa 9.81 saat.
Kesemua lapan finalis menamatkan perlumbaan dalam masa 0.12 saat dari Lyles dalam perlumbaan yang luar biasa.
Inilah standard baharu Sukan Oluimpik di mana Zharnel Hughes dan Louie Hinchliffe dari GB gagal menyerlah. Manakala juara bertahan dari Itali, Lamont Marcell Jacobs, terkeluar dari kedudukan pingat. Bintang meningkat naik dari Jamaica pula, Oblique Seville sekadar di tempat terakhir dengan 9.91 saat.
Noah Lyles yang kini berusia 27 tahun itu berkali-kali membunyikan loceng kemenangan di tepi trek selepas menegaskan dirinya di puncak sukan ini. Selepas ini dia menyasarkan pingat emas seterusnya dalam acara 200m dan lari berganti-ganti.
“Anda tidak boleh meminta momen yang lebih besar,” kata Lyles, yang berada di tempat ketujuh pada peringkat separuh jalan, kepada BBC Sport.
“Saya terpaksa mengambil setiap pusingan seperti adanya dan saya sedikit kecewa selepas pusingan pertama, jadi saya datang dengan penuh semangat dan… saya berlari 9.83 (dalam separuh akhir).
“Saya harap anda semua suka Noah kerana saya ada banyak lagi yang akan datang!”
Tahun lalu, Noah pelari pecut lelaki pertama sejak Bolt pada tahun 2015 untuk memenangi gelaran dunia 100m dan 200m. Dia kemudian melengkapkan treble emas dalam larian berganti-ganti 4x100m.
Noah kini dia menjadi pelari Amerika Syarikat pertama memenangi gelaran 100m Olimpik dalam tempoh 20 tahun, sejak Justin Gatlin pada tahun 2004. Sekali gus meletakkan dirinya sebagai raja pecut baharu dan dominan masa kini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.