Gaya Hidup

“Kita Bukan Unta” – Kevin Zahri Jawab Pertanyaan Perlukah Kita Minum Air 2-3 Liter Ketika Sahur!

Share

“Perlukah Kita Minum Air 2 hingga 3 liter Ketika Sahur?”

Nampaknya pertanyaa ini agak popular dan sering di tanya pada instructor atau pakar-pakar kesihatan termasuklah Kevin Zahri, seorang instructor kesihatan popular di tanah air.

Menurut video yang berdurasi 1 minit 10 saat itu, tanpa teragak-agak dia berkata ‘TIDAK BOLEH’ kerana menurutnya badan kita bukan unta, selorohnya.

Ini kerana badan kita tidak boleh menyimpan air yang banyak secara mengejut. Tambahnya lebih banyak air yang kita minum, lebih banyak air yang di flush.

“Minumlah banyak mana sekali pun, bila you kencing you akan haus juga nanti. Sebab nak tak nak itu adalah di antara cabaran berpuasa. Tiada rahsia, untuk hilangkan huas sampai berbuka” Jelasnya dengan ringkas.

Nasihatnya, minumlah 2 – 3 gelas air untuk bersahur. Malah dia turut meminta orang ramai beranikan diri berdepan dengan realiti berdepan dengan keadaan ‘haus’ semasa berpuasa.

Malah dia turut memberi beberapa tip memilih makanan oat yang terbaik untuk sahur nasihatnya, jangan sesekali ‘over complicate’ pilihan cereal mana yang terbaik.

Malah dia menambah, jika ingin memakan makanan cereal yang paling bagus, makanlah steeloats tetapi rasanya memang tidak sedap seperti oat yang lain. ciri-cirinya yang terlalu kenyal untuk dikunyah akan membuatkan anda menghabiskan masa dengan mengunyah.

Dia memberi pandangan, jika di tanya dia dia mengelakan orang ramai untuk mengambil instant oat yang di campur dengan buah-buahan ataupun chocolate chips.

BACA: Resepi Sahur Sihat Overnight Oat Mampu Bekalkan Tenaga Tinggi Sepanjang Hari

Pastikan makanan anda kelihatan sedap dan menarik untuk dimakan, tidak perlulah untuk menjadi oat yang sempurna tetapi pastikan makanan itu seimbang.

IKLAN