
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan Vehicle Access Management System (VAMS). Bermula 1 September 2025, percubaan sistem ini dijalankan khusus untuk menguruskan urusan menurunkan dan mengambil penumpang supaya lebih lancar dan selamat.
Melalui ujian ini, setiap pemandu hanya diberi 10 minit kelonggaran untuk menurunkan atau mengambil penumpang di kawasan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, tiada penalti akan dikenakan sepanjang tempoh percubaan kerana pihak pengurusan mahu memantau aliran trafik, tingkah laku pemandu serta tahap keberkesanan sistem terlebih dahulu.
Jadual Percubaan VAMS
Terminal 1 (KLIA): 1 September – 30 November 2025
Terminal 2 (klia2): 15 September – 30 November 2025
Kenapa Perlu Ambil Tahu?
Sebagai lelaki moden, sama ada anda pemandu e-hailing, teksi, bas, van komersial ataupun sekadar menghantar keluarga di KLIA, aturan ini memberi impak langsung kepada rutin anda. Sistem baharu ini bertujuan memastikan trafik lebih terkawal, mengurangkan kesesakan, dan mengelakkan kenderaan yang suka ‘double park’ atau menunggu terlalu lama.
Apa Maknanya Untuk Anda?
10 Minit Jadi Garisan Masa – cukup untuk turunkan atau ambil penumpang dengan cepat.
Tiada Penalti Buat Masa Ini – kerana ia masih dalam fasa ujian.
Keselamatan Dipertingkat – hanya kenderaan sah dan berdaftar dibenarkan masuk.
Pengalaman Lapangan Terbang Lebih Lancar – tiada lagi situasi berserabut di zon ambil dan hantar penumpang.
Ringkasnya
Langkah ini dilihat sebagai transformasi besar dalam pengurusan trafik di KLIA. Ia bukan sekadar percubaan sistem digital, tetapi strategi jangka panjang untuk menjadikan lapangan terbang negara setaraf piawaian antarabangsa. Untuk lelaki yang sentiasa mengejar masa, VAMS hadir sebagai solusi – lebih disiplin, lebih teratur, dan pastinya lebih maskulin.
Sumber: KL International Airport
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang












