Jenama jam terkenal dari Jepun, ALBA, melancarkan koleksi 2023 yang ditunggu-tunggu. Peminat di Malaysia diterujakan dengan enam jam keluaran eksklusif untuk negara ini memandangkan permintaan pasaran yang besar untuk jam yang bergaya dan tahan lasak.
Model-model eksklusif untuk Malaysia itu, AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, AL4525X1, AL4533X1 dan AL4535X1 dijangka akan mengujakan pasaran dengan dial yang menarik, daripada tona biru muda, hijau gelap dan sunray hitam separa-matte.
Model-model eksklusif untuk Malaysia (dari kiri): AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1.Model-model eksklusif untuk Malaysia (dari kiri): AL4525X1, AL4533X1, AL4535X1.
Bergantung kepada pilihan dan gaya hidup setiap individu, model-model eksklusif untuk Malaysia itu terdiri daripada pergelangan keluli tahan karat dan strap silikon hitam.
Sesuai digayakan ketika perjumpaan kasual dengan keluarga atau keluar bersama rakan-rakan pada waktu malam, pelanggan dihidangkan dengan pilihan pelbagai rekaan yang tersedia dalam barisan produk terbaharu ALBA.
ALBA menghidupkan lagi gaya kontemporari dalam koleksi SIGNA seperti kronograf AT3J09X1 untuk lelaki. Diilhamkan daripada budaya popular Jepun, ia didatangkan dengan dial hitam dan biru yang menyerlahkan gaya maskulin dan mewakili semangat perwira Samurai.
Ads
AT3J09X1 dari koleksi SIGNA.
Peminat jam mekanikal pasti teruja dengan pelancaran AL4453X1, yang direka khas untuk warga kota yang sentiasa mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan seharian mereka.
AL4453X1 dari koleksi Mechanical.
Reka bentuk menarik pada dial biru berpola melambangkan pelayaran di lautan, di mana seseorang perlu menguasai pasang surut gelombang untuk mengatasi cabaran hidup. Reka bentuknya yang seimbang sesuai untuk pelbagai acara dan gaya berbeza dari kerja hingga riadah, tidak kira siang atau malam.
Ads
SEAN LEE, SAHABAT JENAMA UNTUK MALAYSIA
Dalam pada itu, ALBA mengumumkan seorang selebriti tempatan, Sean Lee sebagai Sahabat Jenama untuk Malaysia.
Foto: Sean Lee, Sahabat Jenama ALBA untuk Malaysia.
Menurut William Hui selaku Pengarah Urusan Thong Sia Group, semangat belia Sean dan personaliti dinamiknya bersesuaian sebagai lambang kepada ALBA.
Ads
“Kami percaya dengan keberadaan Sean Lee sebagai wajah baharu ALBA akan terus memberi inspirasi kepada generasi pelanggan muda untuk mendakap individualiti positif dan gaya hidup aktif,” kata William ketika majlis pelancaran.
Model eksklusif untuk Malaysia dengan pergelangan keluli tahan karat AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, dan AL4525X1 akan dijual pada harga RM665.00 setiap satu, manakala AL4533X1 dan AL4535X1 dengan tali silikon hitam akan dijual pada harga RM655.00 setiap satu.
Setiap apa yang dicipta pada tubuh badan anda, pasti ia berguna untuk melindungi anda. Contohnya seperti bulu hidung, ia memiliki manfaat tersendiri. Bulu hidung yang tebal mampu mencegah serangga, bakteri, dan zat-zat asing yang masuk untuk membolehkan anda bernafas dengan lancar. Bercambahan bulu di setiap badan anda selalunya akan tumbuh mengikut hormon anda, jika anda seorang yang berketurunan berbulu lebat, maka setiap bahagian yang mempunyai bulu akan tumbuh dengan lebat. Tidak ada salahnya jika anda mahu merapikan bulu hidung yang tumbuh dan menjalar keluar, namun anda harus pastikan bahawa anda tidak memotongnya hingga terlalu pendek, kerana ia sedikit sebanyak dapat mengancam sistem ketahanan tubuh. Menggunakan kaedah tradisional seperti menggunting bulu hidung lebih selesa daripada mencabut, dan anda digalakkan untuk menggunting bulu hidung anda, jika sudah kelihatan seperti rimba kecil pada wajah anda.
Kaedah Tradisional (Gunting)
Seperti yang dikatakan diatas, menggunting lebih selesa dari mencabut bulu hidung. Ia mengurangkan impak sakit dan kelihatan lebih rapi. Selain daripada menggunakan gunting yang bersih dan tidak berkarat, hujung gunting harus kecil dan tirus agar ia boleh dimasukkan ke dalam lubang hidung anda. Mata pisau pada gunting harus cukup tajam untuk membuang rambut hanya dengan satu kali pengguntingan. Jangan menggunakan gunting yang telah dibuat untuk memotong rambut atau yang telah dipakai oleh orang lain. Gunting bulu hidung tidak boleh dikongsi kerana ia akan menumpulkan tajam pisau. Hasil guntingan dengan menggunakan gunting tumpul akan menjadikan bulu hidung anda tidak sekata dan buruk! Jadi, sila lokek dengan orang ramai jika mereka ingin tampak kemas dan bersih.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan gunting khas untuk bulu hidung. Hujung pada gunting ini mempunyai bentuk yang bulat yang direka khas untuk menggunting rambut di bahagian sensitif contohnya seperti hidung dan telinga. Anda boleh dapatkan gunting jenis ini di farmasi ataupun butik grooming berdekatan.
Sentiasa bersihkan pegangan dan mata pisau pada gunting menggunakan air dan sabun anti bakteria kemudian keringkan dengan kain bersih dan simpankan ia di dalam bekas yang bersih, agar ia tidak terdedah dengan bakteria. Bilas dengan cecair antiseptik jika anda telah menggunakan gunting itu beberapa kali.
Jangan gunting bulu hidung ketika anda sedang sakit.Pastikan bahawa hidung bersih dan kering. Jika perlu, hembuskan udara keluar dari dalam hidung sebelum anda memulakan proses menggunting. Berada dalam keadaan sakit seperti demam, selesema akan menyebabkan jangkitan kuman melarat. Jadi, kami sarankan agar anda sihat dahulu sebelum anda membersihkan bulu hidung anda itu.
Pastikan bahwa cahaya cukup terang agar anda dapat melihat lubang hidung dengan cukup jelas. Cahaya yang terang dapat membantu anda untuk melihat bulu-bulu yang keluar dari dalam lubang hidung dengan lebih mudah. Untuk mendapatkan hasil yang sekata, anda harus mendekatkan wajah ke cermin untuk melihat dengan lebihmendalam. Gunakan cermin pembesar atau cermin biasa namun jarak anda haruslah dekat untuk melihat lubang hidung dari sudut yang tepat. Bulu hidung mungkin akan melekat pada gunting ketika proses menggunting, pastikan bahawa bulu yang melekat itu tidak kembali masuk ke dalam hidung anda. Sediakan kain basah disisi agar anda boleh lekatkan bulu hidung yang melekat pada permukaan gunting tadi ke kain basah yang anda sediakan.
Guntinglah rambut yang mengganggu pandangan anda, tetapi jangan pula gunting sehingga licin. Berusaha untuk membuang bulu yang hanya akan menimbulkan aib anda. Contohnya seperti bulu yang berada di dekat tepi lubang hidung, dan bulu-bulu panjang yang keluar yang terlihat jelas. Dongakkan kepala anda di hadapan cermin atau gunakan jari dan tolak hidung ke atas, agar dapat melihat bulu hidung yang tidak keluar dalam posisi normal. Gunting dengan cermat. Bulu hidung memiliki fungsi yang sangat penting dalam melindungi tubuh dari infeksi, dan menggunting bulu hidung hingga habis dapat menyebabkan pengaruh negatif pada tubuh.
Gunting bulu hidung terpanjang yang keluar dengan hati-hati.Posisikan hujung pisau dengan kumpulan bulu hidung yang panjang, dan pastikan bahawa bilah pisau pada gunting tidak menyentuh kulit, kemudian guntinglah bulu hidung dengan gerakan yang lembut, dan tepat sehingga ia tidak perlu dilakukan secara berulang kali.
Masukkan gunting ke dalam lubang hidung dengan lembut. Jangan pernah berkasar dengan hidung anda. Ini akan membuatkan hidung anda luka dan berisiko untuk mengalami infeksi jika bahagian dalam lubang hidung terluka. Fokus ketika sedang menggunting.
Gunting rambut hingga anda berasa puas dengan penampilan yang dihasilkan. Cuba senyum dihadapan cermin, dan guntinglah semua rambut yang terkeluar. Ingatlah bahawa penilaian anda terhadap diri sendiri mungkin lebih kompleks daripada penilaian orang lain terhadap diri anda.
Bersihkan gunting dan hidungsetelah habis menggunakan.Buang sisa-sisa bulu hidung yang tersekat dengan hembuskan nafas dan bilas hidung anda setelah habis menggunting dengan air bersih ataupun lap dengan menggunakan tisu basah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama J Balvin cukup besar dalam industri muzik dan juga fesyen terutama bagi peminat muzik Latin. Dia yang turut digelar sebagai ‘Prince of Reggaeton’ merupakan antara artis papan atas yang paling popular dalam industri muzik Latin.
Dengan populariti yang dimiliki olehnya maka tidak hairanlah banyak jenama yang berlumba-lumba ingin berkolaborasi bersamanya. Sebelum ini beliau pernah melakukan kolaborasi bersama Takashi Murakami, Jordan Brand dan malahan Deepak Chopra.
Terbaru, J dia dikatakan bakal berkolaborasi dengan jenama makanan ringan global, McDonald’s. Ia merupakan kolaborasi terkini yang dijayakan McDonald’s selepas projek hampir sama bersama Travis Scott telah tular dan mendapat sambutan yang luar biasa.
SENTUHAN TERSENDIRI
Untuk kolaborasi kali ini, McDonald’s merekrut J Balvin untuk memberikan ideanya dengan mencipta ‘signature servings’. Baginya menu pilihan ialah Big Mac yang datang tanpa pickles, kentang goreng bersaiz medium dan Oreo McFlurry sebagai pelengkap menunya.
Selain itu, kolaborasi ini turut menyaksikan beberapa barangan eksklusif dikeluarkan bersama. Set istimewa J Balvin ini akan mula berada di pasaran Amerika Syarikat bermula pada 5 Oktober 2020.
Buat anda yang ingin mencari produk penjagaan diri lelaki pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kira-kira setahun yang lalu G-Dragon, ikon K-pop popular yang merupakan ahli grup Big Bang memperkenalkan kolaborasi pertamanya bersama Nike. Dia yang juga merupakan ikon fesyen memiliki sebuah label fesyen, PEACEMINUSONE memperkenalkan kolaborasi bersama Nike menerusi Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’.
Jika versi pertama tampil dengan pilihan warna hitam, kali ini G-Dragon memilih warna putih sebagai pilihan untuk kolaborasi terbaru. Sneakers tersebut direka dengan menampilkan permukaan yang multifaceted atau lapisan.
Ia membawa ideologi fesyen yang dibawa oleh G-Dragon dengan meneroka sisi kreatif di sebalik penggunaan kasut dalam jangka waktu yang lama. Lapisan pertama direka untuk mudah terhakis lalu menonjolkan rekaan sebenar disebaliknya.
PENGARUH VISUAL
Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’ versi kedua ini juga bakal memberikan estetika pengalaman berbeza kepada setiap pasangan yang berbeza. Dengan menggunakan pengaruh visual yang mecabar trend terkini, G-Dragon mempunyai hala tuju atau mindset rekaan tersendiri yang digelarnya sebagai ‘Youtopia’.
Koleksi ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa seperti versi pertama yang lalu di mana ia lesap dibeli dalam sekelip mata oleh penggemar sneakers.
Difahamkan, koleksi Nike x G-DRAGON AF1 ‘Para-Noise’ ini akan dikeluarkan serentak di seluruh dunia pada 25 November 2020.
Ikuti video-video menarik di channel YouTube MASKULIN untuk info lelaki terkini. Follow dan subscribe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.