Pengedar pakaian global UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi kemeja-T terbaru mereka, PEACE FOR ALL, yang akan tersedia secara global.

Koleksi ini menampilkan empat rekaan baharu yang dihasilkan oleh rakan usaha sama berpengaruh yang mempunyai hubungan rapat dengan UNIQLO.

Dijadualkan untuk dilancarkan pada 8 Disember 2023, semua keuntungan dari jualan kemeja-T PEACE FOR ALL akan menyokong projek yang dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Save the Children, dan Plan International.

Bagi koleksi baru ini, penyumbang termasuklah pelukis seni visual Jepun terkenal Yu Nagaba, Herzog & de Meuron iaitu arkitek Switzerland dan pemenang Anugerah Pritzker, arkitek dan pereka Perancis Emmanuelle Moureaux yang berpangkalan di Tokyo, dan adiwira legenda Jepun yang terkenal di seluruh dunia iaitu ULTRAMAN.

Yu Nagaba

Distant Voices, Close Hearts – “Hubungan yang tulus tetap wujud walaupun orang yang kita sayangi berada jauh. Simpati dan emosi menghubungkan kita, melampaui jarak dan sempadan. Jarak fizikal adalah sesuatu yang tidak penting, kerana hati kita sentiasa bersambung”.

IKLAN

Peace For All, Koleksi Kemeja-T Baharu UNIQLO

Herzog & de Meuron

“Kami tidak percaya bahawa sehelai kemeja-T boleh menzahirkan banyak mesej filosofikal. Tetapi akhirnya, ia dapat menginspirasi beberapa pemikiran, membuat anda membayangkan sesuatu impian atau mendengar lagu dari masa lalu yang damai. Itulah yang kita sangat perlukan pada masa ini”.

Peace For All, Koleksi Kemeja-T Baharu UNIQLO

IKLAN

Emmanuelle Moureaux

When I Saw the Earth for the First Time – “Saya membayangkan sebuah buku bergambar dengan tajuk seperti ini. Sfera berwarna-warni mewakili bumi, sfera kuning mewakili matahari, dan kanak-kanak yang memegang belon adalah anda, watak utama. Kepelbagaian makhluk yang wujud di bumi ini mencipta dan mendorong keindahan bumi. Saya mengungkapkannya melalui kesejagatan dan ketidakterbatasan warna. Saya harap warna-warna ini akan menggerakkan hati orang”.

Peace For All, Koleksi Kemeja-T Baharu UNIQLO

IKLAN

Ultraman

Sejak tahun 1966, siri Ultraman telah menjadi sarana keberanian, harapan, dan kasih sayang, diungkapkan melalui cinta Ultraman terhadap Bumi dan pelbagai Kaiju yang unik. Rekaan ini menampilkan teks “PEACE FOR ALL” bersama Ultraman Cosmos, seorang hero yang seimbang dengan kekuatan dan kebaikan, yang berjuang untuk dunia di mana manusia dan raksasa dapat hidup bersama dalam damai.

Peace For All, Koleksi Kemeja-T Baharu UNIQLO

Kesemua kemeja-T ini merangkumi saiz XS hingga 2XL, dan akan mula dijual di semua cawangan UNIQLO dan secara atas talian pada harga RM59.50 bermula 8 Disember 2023.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI