Nampaknya PUMA sekali lagi menampilkan kolaborasi bersama satu lagi jenama sinonom dengan sukan papan selaju atau skateboard. Kali ini, jenama fesyen gaya hidup PUMA berganding bahu bersama Santa Cruz, jenama skate yang cukup berpengaruh di kalangan penggemarnya.
Buat peminat skateboard nama Santa Cruz pastinya sudah tidak asing lagi bagi mereka. Malah iajuga kini popular di kalangan penggemar dan peminat streetwear. Kewujudan jenama tersebut sejak lebih 40 tahun lalu menjadikannya sebagai di antara jenama skate paling berpengaruh d dunia.
Sering menampilkan elemen gaya hidup California, Santa Cruz kini menonjolkan identitinya menerusi kolaborasi bersama PUMA. Koleksi PUMA x Santa Cruz ini dikatakan diinpirasikan daripada makhluk fantasi Santa Cruz yang hadir dengan palet warna serba terang. Salah satu rekaan graik ikonik yang ditonjolkan ialah daripada Jim Phillip dikenali sebagai ‘Screaming Hand’.
Ads
Ads
Antara yang paling menonjol menerusi koleksi ini ialah PUMA Suede yang diberikan sentuhan istimewa oleh Santa Cruz. Ia hadir dengan suede upper dengan forstrip berwarna lime green dan grafik ‘Shark Dot’pada bahagian sisi dan turut disertakan dengan set tali tambahan.
Ads
Bagi seleksi wanita pula PUMA Mayze menampilkan rekaan grafik yang agak menarik dengan midsole platform hadir dengan dua tonawarna hitam dan hijau.
Melengkapi koleksi kolaborasi ini ialah seleksi pakaian lelaki dan wanita. Tidak ketinggalan juga aksesori seperti beanie, backpack dan strap adjustble untuk membawa papan selaju.
Koleksi PUMA x Santa Cruz kini boleh didapati di outlet PUMA, Atmos KL, Sole What dan juga PUMA.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kaki berbau ini memang boleh buat orang hilang keyakinan diri. Mana tidaknya, kalau tidak diatasi segera alamatnya selalulah kena bahan dengan member.
Masalah kaki berbau ini berpunca daripada banyak faktor. Salah satunya, daripada cara pemakanan anda yang terlalu banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
Kadang-kala faktor keturunan keluarga juga boleh menjadi punca berlakunya badan berbau sekali gus menyebabkan kaki juga berbau. Namun tiada kesahihan saintifik yang mengatakan bahawa keturunan punca utama badan berbau.
Bagi mengelakkan member rasa loya sampai kena tutup hidung, ada baiknya anda atasi segera dengan 5 cara mudah ini.
1. Air garam
Apa yang anda harus lakukan, campurkan beberapa sudu garam ke dalam baldi berisi air suam dan rendamkan kaki anda. Air garam ini berfungsi sebagai penyerapan lebihan kelembapan kaki yang boleh mengurangkan bakteria pada kaki.
2. Baking soda
Beli saja baking soda di kedai runcit atau pasar raya. Letakkan sedikit di dalam kasut atau rendamkan kasut anda semalaman di dalam baldi air yang berisi campuran baking soda. Anda juga boleh gunakan baking soda untuk merendamkan kaki anda yang berbau itu. Hanya memerlukan masa 10 minit saja.
3. Kerap basuh kasut
Kalau boleh, basuh kasut anda seminggu sekali. Jika anda memakai kasut anda setiap hari, bakteria akan mudah melekat dan merebak dalam kasut. Bagi mengelakkan member tutup hidung ketika anda menanggalkan kasut di ruangan terbuka seperti ketika masuk ke masjid, pejebat atau rumah member, pastikan anda atasi masalah kaki berbau segera.
4. Pakai stoking
Stoking tidaklah berfungsi seperti air garam, ia hanya boleh melambatkan proses kaki atau kasut berbau yang melampau itu. Terjadinya kaki berbau disebabkan oleh kaki selalu terperap di dalam kasut seharian. Jadi stoking bertindak untuk menyerap peluh pada kaki. Oleh itu, rajin-rajinlah memakai stoking ye.
5. Beli penyembur kaki
Tak macho lah kalau keluar dengan pasangan tapi kaki berbau. Silap hari bulan boleh jatuh saham anda. Kalau anda boleh keluarkanduit demi insan tercinta, apa kata kalau anda laburkan duit sedikit dengn membeli penyembur kaki. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ray-Ban, sebagai jenama cermin mata yang telah lama dikenali di seluruh dunia, sentiasa berinovasi dalam reka bentuk dan gaya cermin mata mereka.
Dengan pelancaran Ray-Ban Reverse, mereka sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah peneraju dalam industri fesyen.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1937 ia telah menjadi jenama cermin mata hitam yang bukan sahaja popular tetapi cukup ikonik.
Model seperti Aviator dan Wayfarer terutamanya adalah rekan bentuk yang paling dikenali dan sinonim dengan jenama Ray-Ban sejak dulu sehingga kini. Bak kata orang ia merupakan seleksi cermin mata yang akan sentiasa relevan sepanjang zaman.
Foto-foto ikonik selebriti legenda yang menggayakan Ray-Ban seperti James Dean, Tom Crusie dan juga Leonardo DiCaprio sering dijadikan rujukan fesyen lelaki terunggul.
Walaupun Ray-Ban cukup popular dengan warisannya, namun ia sesekali tidak takut untuk melakukan inovasi baharu.
Jenama ini telah memperkenalkan pelbagai gaya, bahan dan teknologi baharu selama ini, memastikan ia kekal di barisan hadapan dalam aliran fesyen. Keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri sambil mengekalkan identiti teras mereka adalah bukti kehebatan reka bentuk mereka.
Terbaru, Ray-Ban Reverse tampil sebagai inovasi fesyen terbaru. MASKULIN sempat menggunakan sendiri Ray-Ban Aviator Reverse selama beberapa minggu untuk merasai sendiri pengalaman memakainya.
Ray-Ban Aviator Reverse merupakan satu pencapaian luar biasa dalam kejuruteraan lanjutan, bentuk kanta berubah daripada cembung tradisional kepada cekung tanpa perlu mengorbankan ketepatan optik, kuasa astigmatik, prismatik dan penyelesaian yang inovatif.
Ray-Ban Reverse bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang unik tetapi juga menggabungkan unsur-unsur klasik yang telah dikenali ramai.
Dengan bingkai yang diterbalikkan, ia memberikan nafas baru kepada gaya cermin mata tradisional dan menonjolkan ciri-ciri moden yang menarik perhatian.
Perkara paling menonjol dan pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja apabila melihat cermin mata hitam ini ialah kantanya. Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan Ray-Ban Reverse telah secara harfiahnya mentakrifkan semula cara kita melihat dunia.
Apa yang benar-benar membezakannya ialah prestasi kejuruteraan yang luar biasa. Peralihan daripada reka bentuk cembung tradisional kepada reka bentuk cekung adalah satu langkah yang sangat berani dan mengejutkan ia sangat membuahkan hasil buat jenama ikonik ini.
Kelengkungan cekung bermain dengan cahaya yang membolehkan pengalaman visual yang lebih tinggi.
Dikuasakan oleh rawatan anti-silau oleh EssilorLuxottica, kanta terbalik direka untuk mengurangkan pantulan sebanyak 70% pada panjang gelombang. Oleh itu, memastikan penglihatan anda berada pada potensi penuh tanpa mengira persekitaran.
Apa yang membuat Ray-Ban Reverse begitu istimewa adalah keberanian jenama ini untuk mengambil risiko dan mencabar norma dalam dunia fesyen. Ini mencerminkan semangat generasi muda yang ingin menonjol dan berbeza, sambil tetap mempertahankan kualiti dan keselesaan.
Menurut Ray-Ban ia juga dihasilkan dengan kesedaraan kelestarian alam dengan menggunakan palet bahan alternatif, termasuk kanta nilon berasaskan bio dengan kandungan karbon berasaskan bio 41%, bingkai asetat berasaskan bio dengan kandungan karbon berasaskan bio 67% dan 100% dikitar semula pembungkusan, kad dan kain pembersih.
Dalam konteks fesyen lelaki, Ray-Ban Reverse bukan sahaja menjadi aksesori yang menambahkan gaya, tetapi juga mencerminkan personaliti dan keyakinan pemakainya. Ia sesuai untuk lelaki yang ingin menunjukkan sisi berani dan berbeza mereka, sambil tetap menjaga imej klasik dan elegan.
Kesimpulan bagi MASKULIN, Ray-Ban Aviator Reverse bukan sahaja bertindak sebagai cermin mata, tetapi juga sebuah pernyataan gaya buat seorang lelaki.
Dan keunikannya telah berjaya mendefinisikan semula apa yang bermaksud dengan gaya dalam dunia fesyen lelaki dan pasti akan terus menjadi trend dalam masa yang akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada sesuatu yang menarik dengan kemeja berwarna putih. Mungkin ia dekat dengan diri anda kerana ia merupakan jenis warna sama yang dipakai ketika berada di bangku sekolah? Atau warnanya yang melambangkan kesusian membuatkan penampilan menjadi lebih segar dan ‘innocent’.
Tapi ada satu perkara yang tidak boleh kita nafikan. Kemeja putih membawa sifat yang cukup versatail dan boleh digayakan dalam pelbagai jenis gaya untuk semua peringkat umur.
Namun anda sebagai seorang lelaki harus bijak untuk menggayakannya agar nampak lebih menyerlah dan menarik.
Ikuti beberapa tip padanan gaya dari MASKULIN untuk anda cuba!
Ini merupakan kombinasi klasik yang telah popular sejak sekian lama. Gaya ini pastinya tidak akan pernah lapuk dan relevan untuk sepanjang zaman.
Sama ada anda ingin padankan dengan jean gelap atau gaya rugged jean koyak, ia bergantung kepada personaliti sendiri. Namun anda harus bijak memilih cutting jean yang sesuai dengan bentuk badan sendiri.
Kemeja putih merupakan pelengkap gaya sempurna untuk anda yang bergaya memakai sut lengkap.
Ia merupakan kanvas kosong yang boleh dihiasi dengan aksesori seperti tali leher dan sapu tangan atau pocket square yang diletakkan di dalam poket baju. Antara warna paling sesuai dengan kemeja putih ialah dark navu atau kelabu.
Cuaca panas tatkala anda sedang berada di kawasan panas atau tepi pantai. Gayakan sahaja kemeja putih dan seluar pendek. Namun seluar pendek yang dipilih haruslah sesuai dengan penggayaan terkini. Carilah seluar dari material French linen yang berkualiti. Keselesaan sambil bergaya, itu adalah bonus yang besar buat anda.
Kemeja atau t-shirt berwarna putih juga sesuai dipadankan dengan seluar khakis. Dengan penambahan warna menerusi khakis ia memberikan imej yang lebih serius dan matang untuk anda.
Jika memakai kemeja putih adalah amat sesuai jika anda turut menggayakan kasut dari warna yang sama. Percayalah kasut atau sneakers berwarna puith memberikan anda looks yang sangat ‘clean’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.