Buat seorang lelaki selain mempunyai gaya pakaian yang menarik serta aksesori seperti jam tangan, salah satu item yang sangat penting ialah sepasang kasut. Tidak banyak kasut yang mempunyai karakteristik sesuai digayakan dalam pelbagai jenis gaya.
Kasut yang versatil dan juga bersifat ‘timeless’ sememangnya sejak dari dulu digemari ramai. Bukan sahaja kerana ia relevan sepanjang zaman tetapi boleh digayakan dengan idea gaya mengikut cita rasa atau personaliti seorang lelaki.
Salah satu kasut yang bukan sahaja kini popular tetapi telah menjadi item fesyen yang relevan sejak dulu lagi ialah adidas Samba.
adidas Samba OG
adidas Samba kini dianggap sebagai salah satu ikon sejati dalam dunia sneakers. Rata-rata pengkritik dan penggemar fesyen menganggap adidas Samba sebagai satu merevolusi gaya kasual dan sukan sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun era 1950-an.
Hadir dengan gaya minimalis namun klasik serta ‘tiga jalur’ ikonik Adidas dan bahan kulit berkualitas, menjadikannya pilihan utama di kalangan atlet dan peminat fesyen.
Ads
adidas Samba kini bukan hanya sekadar kasut tetapu telah berubah menjadi satu simbol keabadian dalam gaya. Ia mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian sama ada secara dari kasual hingga smart casual. Keunggulan fungsi dan estetikanya menjadikan adidas Samba lebih daripada sekadar kasut, tetapi sebuah warisan dalam budaya fesyen kontemporari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 idea gaya bagaimana anda boleh menggayakan adidas Samba.
Kasual Kontemporari
Foto: GeorgeSWN Pinterest
adidas Samba, pilihan sempurna untuk gaya harian. Padankan dengan jeans atau seluar chino berpotongan kemas. Warna netral seperti hitam atau kelabu mengundang keanggunan. Lengkapi dengan t-shirt atau kemeja santai. Tambahkan jam tangan elegan atau cermin mata hitam untuk sentuhan rapi.
Sporty Moden
Foto: @fzhd.official Instagram
Sesuai untuk mereka yang menggemari gaya sporty. Padankan Adidas Samba dengan seluar jogger atau track pants. Tambahkan hoodie atau jaket windbreaker. Warna monokrom seperti hitam atau putih menghasilkan kesan yang bersih dan trendi.
Ads
Smart Casual Refined
Foto: MasculineTrend Pinterest
Ideal untuk acara semi-formal. Gabungkan Adidas Samba dengan seluar chino dan kemeja polos. Blazer menambahkan ketegasan. Pilih warna klasik untuk kasut, dan eksperimen dengan warna seluar dan kemeja untuk variasi.
Streetwear Berani
Foto: FastfashionCo Pinterest
Untuk gaya yang lebih berani, padankan Adidas Samba dengan seluar cargo atau jeans robek. T-shirt grafik dan jaket denim atau bomber menguatkan identiti streetwear. Aksesori seperti topi snapback atau rantai menambah karakter.
Minimalis Elegan
Foto: Inventory Magazine
Bagi penggemar gaya minimalis, Adidas Samba dalam warna hitam atau putih adalah pilihan ideal. Seluar panjang slim fit dan kemeja warna netral atau pastel menyempurnakan tampilan yang bersih dan elegan.
Ads
Adidas Samba bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas untuk mengekspresikan gaya dan kepribadian.
Dengan padanan yang tepat, anda tidak hanya akan merasa lebih bergaya tetapi juga menonjolkan personaliti karisma cukup unik.
Eksplorasi gaya dengan Adidas Samba membuka peluang untuk menampilkan jati diri yang berbeza dalam setiap kesempatan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jenama jam jualan nombor satu, Timex dan organisasi seni mempertahankan diri campuran utama dunia, UFC tampil dengan koleksi jam tangan rasmi UFC yang dihasilkan di Giorgio Galli Design Lab di Milan, Itali dengan kepakaran legenda dan reka bentuk terbaik dalam kelasnya.
Hasilnya, pengalaman pemakaian yang tidak tertandingi, tahan lasak, dan berfokuskan sukan untuk mana-mana petarung, dan jam tangan satu-satunya yang cukup lasak untuk UFC.
“Timex dan UFC berkongsi warisan keazaman, kepintaran dan ketabahan dan kami berbesar hati untuk menyertai kuasa paling inovatif dalam sukan pertempuran untuk mencatat detik-detik terhebatnya,” kata Shari Fabiani selaku Naib Presiden Kanan Jenama & Kreatif di Timex Group.
“Dapat membawa ketepatan masa yang tepat, tahan lasak dan inovatif kepada pejuang dan peminat sama-sama serta menawarkan ciri-ciri keras yang merangkumi ketangguhan dan ketabahan dua jenama kuasa besar adalah perlawanan yang berbaloi dengan haknya sendiri”.
Koleksi Street, satu siri jam tangan ekspresi diri yang diilhamkan secara langsung oleh kehebatan atlet UFC. Daripada perincian yang berani pada dail, tali yang selesa, kepada bezel dan mahkota berbentuk Octagon, kapsul sedia dipakai ini disuntik perwatakan yang tiada tandingan, sesuatu yang pasti akan dikenali oleh peminat kedua-dua jenama berkuasa itu.
Menerajui koleksi Street ialah Timex UFC Phantom. Mempamerkan garisan kasar reka bentuk seni bina yang anggun, Timex UFC Pro ialah sekeping penyata analog premium untuk mana-mana pemenang gelaran.
Jam tangan ini mewakili keaslian, daripada logo UFC timbul garis pada dail rona emas dan jalur hitam yang selesa kepada pembinaan pakar bagi bezel segi lapan dan mahkota bertatah enamel. Penunjuk tarikh terletak dalam dail berbilang lapisan bertekstur, manakala bekas keluli tahan karat warna emasnya mempunyai berat pada rintangan air 44mm dan 100m yang besar untuk ketahanan lasak.
Koleksi penuh kini tersedia di butik Solar Time, laman web rasmi Solar Time, dan pengedar terpilih di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang suka memakai jeans. Tidak dinafikan kalau kerap pakai, jeans akan cepat rosak. Oleh itu, bagi memastikan jeans tahan lama dan tak mudah lusuh, anda kena menjaganya dengan baik.
Kalau nak berjimat, ini 9 cara penjagaan yang harus anda buat kalau nak jeans tahan lama dan tak mudah lusuh.
Garam sangat berguna untuk membuatkan warna jeans tidak pudar ketika mencuci. Begitu juga dengan garam, penggunaan cuka saat membasuh jeans boleh dikatakan wajib agar warna jeans anda kekal cantik dan tidak nampak pudar.
2. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.
3. Zip jeans ketika cuci dengan mesin
Sekiranya anda mencuci jeans dengan menggunakan mesin pembasuuh, pastikan anda zip jeans anda. Ia penting dilakukan supaya bentuk jeans anda tidak berubah, selain menjaga zip daripada cepat rosak.
4. Cuci secara berasingan
Please, jangan sesuka hati campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.
5. Wapkan saja dengan air panas
Jika anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.
6. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
7. Elakkan mesin pengering
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
8. Elak jemur di bawah sinar matahari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.
9. Pilih bahan pencuci yang sesuai
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kira lelaki atau wanita, pemilihan warna rambut ash grey ini semakin menjadi kegemaran masyarakat, terutama mereka yang mementingkan penampilan dan gaya terkini.
Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia.
Jimin BTS dalam warna rambut Ash Grey
Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.
Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, boleh cuba beberapa tip daripada pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal.
1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.
2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.
3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.
4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.
5. Warna ash grey ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.
6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.