G-SHOCK mencipta sejarah baru apabila melantik Zizan Razak sebagai duta rasmi pertama mereka di Malaysia. Pilihan ini bukan sekadar strategi pemasaran, tapi satu penghormatan buat figura serba boleh yang dikenali ramai.

Seperti kitasemua tahu, Zizan Razak merupakan figura mula mencuri tumpuan ramai menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak, kemudian menjuarai Super Spontan dan Super Spontan All Stars.

Dari situ, namanya terus melonjak sebagai pelakon filem pecah panggung seperti trilogi Polis Evo, Abang Long Fadil dan Mael Lambong, serta pengacara acara besar seperti Gempak Most Wanted Awards.

Zizan Razak Dilantik Duta Pertama G-SHOCK Malaysia, Kolaborasi Unik Figura Lelaki & Jam Tangan Berpengaruh

G-SHOCK memang sinonim dengan semangat “Never Give Up”. Dan siapa lagi yang lebih tepat bawa semangat tu kalau bukan Zizan.

Dari seorang budak Dungun yang suka buat orang gelak, dia kini jadi figura besar dalam industri hiburan. Zizan sentiasa mencari cabaran baru sama seperti jam G-SHOCK yang sentiasa menolak had dalam dunia jam tangan.

Tambah pula, Zizan memang minat motor dan aktiviti ekstrem, jadi pemilihannya sememangnya sangat bertepatan dengan imej dan vibe lasak serta berani G-SHOCK.

PEMILIHAN ZIZAN RAZAK

Pemilihan Zizan sebagai duta G-SHOCK bukan hanya kerana popularitinya, tetapi kerana keupayaannya untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai peranan dan situasi.

Ads

Zizan Razak Dilantik Duta Pertama G-SHOCK Malaysia, Kolaborasi Unik Figura Lelaki & Jam Tangan Berpengaruh

Zizan Razak Dilantik Duta Pertama G-SHOCK Malaysia, Kolaborasi Unik Figura Lelaki & Jam Tangan Berpengaruh

Dia mampu tampil dalam gaya santai mahupun formal, sambil mengekalkan karisma yang konsisten.

Personalitinya yang unik dan berani selari dengan semangat G-SHOCK yang meraikan kelainan dan keberanian.

Tambahan pula, Zizan turut mewakili Malaysia dalam kolektif G-SHOCK FAMS yang menghimpunkan nama-nama berpengaruh dari dunia fesyen, seni, muzik dan sukan.

Ads

Antara figura lain dalam kolektif ini termasuk Superbon dalam seni mempertahankan diri campuran (MMA), Rizky Ridho pemain bola sepak dari Indonesia, dan Dwight Ramos, atlet bola keranjang dari Filipina.

Zizan memulakan kempen ini dengan mengetengahkan model ikonik G-SHOCK 6900, sebuah jam tangan tahan lasak yang mula dilancarkan pada tahun 1995 dan kekal relevan sehingga hari ini.

BACA: 8 Tip Terbaik Jaga Bateri iPhone Supaya Tahan Lama & Kekal Berprestasi

Reka bentuknya yang menonjol termasuk butang hadapan yang besar serta paparan tiga dial menjadikannya simbol ketahanan dan ekspresi diri.

Zizan Razak Dilantik Duta Pertama G-SHOCK Malaysia, Kolaborasi Unik Figura Lelaki & Jam Tangan Berpengaruh

Ads

Menurut Yuki Mutsui, Pengarah Urusan Casio Malaysia, personaliti Zizan sangat seiring dengan identiti G-SHOCK yang menekankan keaslian, keyakinan serta karisma tersendiri. “Zizan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, sama ada dalam suasana yang tenang mahupun penuh semangat,” ujarnya.

Dengan Zizan sebagai wajah G-SHOCK, kita boleh jangka banyak lagi aktiviti menarik dan konten yang bukan sekadar tentang masa, tapi pasal gaya hidup.

Jika anda ingin tahun lebih lanjut boleh dapati di laman media sosial Casio G-Shock Malaysia dan laman rasmi G-SHOCK Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI