
Tidak kiralah sama ada dari generasi Y atau millenieals, nama Deagon Ball Z pastinya cukup dekat di hati anda. Suatu ketika dahulu ia menjadi abnime dan juga manga yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Karya Akira Toriyama merentas generasi dan sehingga kini ia masih lagi relevan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dianggap sebagai anime yang paling ikonik pernah lahir dari bumi negara matahari terbit tersebut.
Terbaru, jenama jam kasual popular SWATCH telah menampilkan koleksi edisi terhad bersama Dragon Ball Z dan dijangka mendapat sambutan baik dari peminatnya. SWATCH x Dragon Ball menyaksikan sebanyak tujuh jam berbeza yang setiap satunya menampilkan karakter berbeza.
Nama-nama karakter seperti Goku, Vegeta, Majin Buu, Frieza, Gohan, Cell, Kamesennin dan Shenron tampil dengan setiap rekaan untuk koleksi ini. Malah, setiap satunya tampil dengan warna dan juga elemen yang dibawa oleh karakter-karakter tersebut.
Koleksi jam SWATCH x Dragon Ball hadir dengan beberapa saiz berbeza dengan model Goky, Shenron dan Cell dikeluarkan dengan saiz paling besar iaitu model 47mm Big Bold.
Menurut SWATCH Malaysia, koleksi edisi terhad ini sudah mula boleh didapati di outlet mereka dan laman sesawangnya bermula 25 Ogos 2022. Jadi buat peminat Dragon Ball jangan lupa abadikan notalgia anda dalam bentuk jam tangan istimewa seperti ini!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok Maskulin untuk update terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=Vn1YMsBxUrg&t=444s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Memilih Seluar Jean Mengikut Bentuk Badan, Barulah Penampilan Nampak Lebih Kacak & Mantap

Seluar jean merupakan sejenis pakaian yang bolehlah dianggap sebagai wajib ada dalam koleksi lelaki. Paling tidak seorang lelaki harus ada dalam dua pasang seluar jean dalam almari mereka.
Versataliti serta faktor tahan lasak menjadikan seluar jeans sebagai antara pilihan utama setiap kali lelaki ingin tampil bergaya. Namun dalam pemilihan seluar jean haruslah dilakukan agar sesuai untuk anda. Maksud MASKULIN, biarlah ia sesuai dengan jenis bentuk badan anda. Barulah dapat menyerlahkan gaya dan tidak nampak janggal bole memakainya.
Berikut tiga karakter perlu anda tahu!
BUAT LELAKI KURUS DAN SLIM
Lelaki yang langsing dari atas ke bawah disebut sebagai ectomorphic. Badan seperti ini sukar untuk mencari pakaian kerana ia mempunyai dada rata, bahu kecil dan otot-otot tanpa lemak. Jenis badan ini mempunyai metabolisme yang cepat dan berat badan sukar naik.
Orang seperti ini harus memakai jeans yang rendah bahagian pinggang agar dapat memenuhi ruang pada pinggang anda. Elakkan jeans yang terlalu longgar dan besar. Jangan memakai skinny jeans kerana akan menampakkan anda seperti lidi, sebaiknya straight cut sesuai dengan anda kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

BUAT LELAKI YANG LEBIH ‘SADO’ & BEROTOT
Anda yang gemar ke gim pasti mempunyai otot yang besar di bahagian paha dan betis. Memakai straight cut jeans menjadikan jeans anda seperti skinny jeans. Badan berotot seperti anda sesuai memakai jeans regular fit agar badan yang telah anda usahakan itu nampak menarik. Elakkan jenis boot cut yang akan menjadikan badan anda nampak besar dan buruk.
BUAT LELAKI BERBADAN BESAR
Jika anda mempunyai bentuk badan yang besar terutama di bahagian perut, paha dan betis, kenakan jenis high rise yang lebar pada bahagian betis. Ia lebih selesa dan tampak menarik apabila anda berjalan. Loose fitting jeans adalah jeans paling terbaik untuk anda. Elak mengenakan skinny jeans kerana ia akan tampak buruk dan besar.
Berikut merupakan ‘fun fact’ tentang seluar jean!
- Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans adalah ‘trademarked’ istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.
- Nama asal panggilan seluar jeans/denim adalah ‘waist overalls’.
- Denim dicipta untuk pakaian si pelombong emas pada kurun ke 18 tetapi telah menjadi trend sehingga ke hari ini.
- Kegunaan poket kecil yang terdapat pada jeans/denim adalah untuk si pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.
- Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. mencipta paten celana tersebut.
- Denim jua diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.
Kalau anda nak jeans murah, boleh dapatkannya di sini https://invle.co/clcb6o7
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Seluar Hitam Dah Pudar, Lakukan Langkah Ini Agar Nampak Macam Baru Beli

Seluar hitam terutama jeans bila dah lama pakai selalunya akan pudar warna. Tapi jika masih elok takkan nak simpan saja atau masuk stor, apatah lagi kalau seluar hitam ini selesa dipakai.
Supaya boleh terus mengenakannya, anda boleh hitamkan kembali seluar yang dah pudar ini. Caranya dikongsi oleh Erene__
Cara hitamkan semula seluar hitam yang pudar warna
Bahan diperlukan
- Fabric dye dan pemati warna (klik SINI untuk beli di Shopee. Beli dye dapat sekali pemati warna)
- Garam
- Air panas
Langkah hitamkan seluar
- Rendam atau basahkan dulu seluar.
2. Tuang air panas dan masukkan garam. Kacau
3. Kemudian masukkan fabric dye. Kacau rata.
4. Rendam selama 30 sambil kacau.
5. Jemur kering. Waktu ini memang seluar pun dah nampak hitam, tapi kena buat proses matikan warna supaya tak luntur.
6. Sediakan air dalam bekas, tuang garam dan masukkan pemati warna. Kacau.
7. Rendam selama 2-3 jam. Angkat dan jemur hingga kering.
8. Dah siap. Macam seluar baru beli hasilnya. Tak tak jejas pun, hanya seluar yang hitam. (Boleh klik SINI untuk lihat video penuh)
@erene__ Reply to @itsmeursweetie SELAMAT MENCUBA 😜 Jimat wehhh 🤏🏻😛 #replyingtocomments #dyebaju #part2 ♬ TWINNEM – Coi Leray
Selamat mencuba.
Sumber: Erene__
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Jadikan Habit Cara Berfesyen Seperti Ini, Salah Satunya T-Shirt V-Neck

Mungkin ramai beranggapan bahawa lelaki tidaklah terlalu cerewet dalam berpakaian atau bergaya. Malah dengan anggapan seleksi pakaian lelaki tidaklah sebanyak wanita, ramai lelaki mengambil mudah akan hal ini.
Tapi jangan ketepikan soal gaya anda kerana imej adalah penting dalam dunia sekarang. Bamun dalam berfesyen anda perlulah peka dengan ‘do’s and don’t’. Terdapat beberap[a kesilapan utama yang sering lelaki jadikan habit dalam penampilan harian.
Adakah anda juga tergolong dalam golongan ini?
Jom kita semak andata kesalahan dalam berfeysen yang sering dilakukan oleh ramai lelaki.
TALI LEHER PENDEK
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
LENGAN BAJU TUTUP JAM TANGAN
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
BAJU BERKEDUT-KEDUT
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
T-SHIRT LENGAN BESAR & LABUH
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita.
Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.

PAKAI TALI PINGGANG & SUSPENDERS SERENTAK
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
SALAH BUTANG BLAZER/KOT
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
MASUKKAN KEMEJA KE DALAM SELUAR
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
GUNA SUT HITAM SETIAP HARI
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
STOKING BERLUBANG
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
PAKAIAN TAK DIBASUH
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.

STOKING WARNA ATAU JENIS BERBEZA
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
PAKAI STOKING DENGAN SANDAL
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
KASUT SUKAN UNTUK SEMUA GAYA
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
T-SHIRT KOLAR V
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
ULTRA SKINNY JEANS
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
HANYA PAKAI STOKING PUTIH
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Semoga gaya penampilan anda selepas ini lebih bergaya. Serlahkan personaliti anda dengan pelbagai gaya dengan cara tersendiri tapi peka dengan trend fesyen terkini.
Jangan lupa untuk follow Instagram dan juga subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI