Ads

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

TUAN

Jenama busana lelaki tempatan TUAN terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap fesyen premium Malaysia menerusi pelancaran Koleksi Raya 2026 yang berlangsung serentak dengan pembukaan semula ruang runcit baharunya di ISETAN Suria KLCC.

Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan koleksi musim perayaan, tetapi menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan runcit jenama ini yang kini memasuki tahun keempat bersama gedung serbaneka ikonik itu.

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

Tradisi Bertemu Gaya Kontemporari

Pelancaran bertemakan ‘Raya New Look TUAN x ISETAN Raya Collection’ berlangsung pada semalam di Aras 3 Jabatan Lelaki ISETAN Suria KLCC.

Ia hadir selepas proses renovasi yang menyaksikan ruang runcitnya diperbaharui dengan susun atur lebih luas serta pengalaman membeli-belah yang lebih selesa, selari dengan pertumbuhan jenama tersebut dalam segmen busana lelaki moden.

Direka oleh pengasas merangkap pereka, Tengku Kery, Koleksi Raya 2026 TUAN menampilkan 11 koleksi busana lelaki serta satu koleksi wanita yang direka khas untuk digayakan sepadan dengan kurta lelaki.

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

Kekal setia kepada DNA jenama, koleksi ini mengimbangi elemen tradisi perayaan dengan sentuhan moden, diserlahkan melalui pilihan warna berani dan perincian rekaan yang tersendiri.

Ads

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

Peningkatan Prestasi Runcit Selepas Renovasi

Selepas berpindah ke lokasi baharu hasil renovasi, ia mencatat peningkatan prestasi runcit yang ketara.

Perkembangan ini menegaskan kepentingan keterlihatan, persembahan jenama, dan susun atur ruang dalam mempengaruhi pengalaman pelanggan, terutamanya di gedung serbaneka premium seperti ISETAN Suria KLCC.

Imran Ajmain Kembali Sebagai ‘Muse’ TUAN

Kempen koleksi ini juga menyaksikan penyanyi dan penulis lagu terkenal Singapura, Imran Ajmain, kembali sebagai muse jenama untuk musim Ramadan dan Raya buat tahun kedua berturut-turut.

Beliau turut menjadi model big and tall, mencerminkan komitmen berterusan jenama ini terhadap representasi inklusif dalam busana lelaki moden.

Ads

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

“Saya memang peminat rekaan TUAN yang berani dan penuh warna, sesuatu yang jarang dilihat dalam busana perayaan lelaki.

Setiap koleksi rasa unik dan dibuat dengan identiti tersendiri. Saya sangat menghargai kepercayaan Tengku Kery untuk bekerjasama sekali lagi musim Raya ini,” kata Imran Ajmain.

Kolaborasi Eksklusif Bersama Jenama Tempatan

Selain pakaian, TUAN turut memperluaskan penawaran gaya hidup perayaannya melalui kolaborasi bersama jenama tempatan seperti Fragtology dalam kategori wangian dan label tudung The Jasmine.

Pendekatan ini mengukuhkan kedudukan TUAN sebagai jenama gaya hidup lengkap, bukan sekadar label pakaian semata-mata.

Ads

BACA: Lewis Hamilton Wajah Koleksi Train Winter 2025 lululemon, Fokus Prestasi dan Mindset

Diasaskan pada tahun 2014 dengan modal permulaan RM10,000, TUAN mencipta sejarah apabila menjadi jenama Bumiputera pertama yang memperoleh kehadiran tetap di Aras 3 ISETAN Suria KLCC.

Pencapaian ini mencerminkan pertumbuhan organik jenama serta penerimaan pasaran terhadap reinterpretasi busana tradisional yang ditawarkan TUAN.

Koleksi Raya 2026 TUAN kini boleh didapati di butik TUAN, Aras 3 Jabatan Lelaki ISETAN Suria KLCC, menawarkan pilihan busana yang menggabungkan warisan, identiti, dan gaya lelaki moden untuk musim perayaan akan datang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
kad Pokémon

Logan Paul Lelong Kad Pokémon Paling Mahal Di Dunia Dikatakan Bernilai...

Fenomena kad Pokémon kembali menjadi perhatian apabila Logan Paul melelong kad Pokémon paling mahal di dunia, PSA 10 Pikachu Illustrator bernilai jutaan dolar, menjadikannya simbol koleksi dan pelaburan eksklusif.