Buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen sejak tahun lalu pasti sedar akan trend penggunaan sandal atau slide yang semakin popular.

Salah satu faktor yang banyak menyumbang populariti footwear jenis ini adalah disebabkan pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu ramai daripada masyarakat global lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah atau kawasan yang tidak ramai orang.

Lalu pemilihan footwear yang popular menjadi pilihan ialah sandal dan juga slide. Tapi dalam masa yang sama trend ini juga banyak dipengaruhi oleh rekaan-rekaan yang bersifat lebih universal selain selesa dipakai dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.

Onitsuka Tiger turut memperkenalkan koleksi sandalnya dengan tiga rekaan baru yang diperkenalkan dalam himpunan koleksi Musim Luruh dan Dingin tahun lalu. Mereka memperkenalkan tiga sandal baharu iaitu DENTIGRE STRAP, OHBORI STRAP dan OHBORI SLIDER.

IKLAN
Koleksi Sandal Onitsuka Tiger Tampil Dengan Rekaan Kontemporari & Berinovasi
DENTIGRE™ STRAP

DENTIGRE STRAP rekaan sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE. Ia merupakan model hibrid yang tampil dengan kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak namun masih selesa di bahagian tapaknya.

Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.

IKLAN

Model OHBORI EX pula diperkenalkan dalam gaya musim lalu yang tampil dengan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini. Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskinikan dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo Onitsuka Tiger pada talinya.

IKLAN
Koleksi Sandal Onitsuka Tiger Tampil Dengan Rekaan Kontemporari & Berinovasi
OHBORI™ STRAP

Manakala model OHBORI SLIDER pula merupakan model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan. Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.

Koleksi Sandal Onitsuka Tiger Tampil Dengan Rekaan Kontemporari & Berinovasi
OHBORI™ SLIDER

Ketiga-tiga footwear menarik dari Onitsuka Tiger ini kini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/sandalcollection serta butik Onitsuka Tiger terpilih mulai Mei 2021.

Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN untuk update gaya lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI