Jika dilihat dalam dunia fesyen terkini, semakin banyak jenama mengambil pendekatan dan memetingkan tentang kelestarian alam dengan menekankan faktor penggunaan bahan dan juga mengurangkan pencemaran.

Sebagai salah satu jenama denim tersohor dunia, Levi’s dilihat mendukung penuh usaha dan memberikan komitemen tinggi demi menjaga keseimbangan alam sekitar menerusi amalan perniagaan serta pembuangan yang lebih bertanggungjawab serta mampan.

Menerusi koleksi terbarunya untuk Musim Bunga/Panas 2021, Levi’s mengetengahkan pendekataan mesra alam sekitar ini dengan rekaan yang tidak lari daripada komponen identiti jenamanya.

“Kelestarian dan penggunaan berhemah adalah perkara paling utama serta sentiasa berlegar di minda kala kami menghasilkan setiap rekaan. Kami memberi tumpuan terhadap kualiti dalam apa jua yang kami lakukan dan kami berusaha menerapkan kelestarian seboleh mungkin di mana sahaja.

“Ini termasuk inovasi fabrik pada tahap seterusnya serta proses seperti Cottonized Hemp dan penyudah Water<Less®, atau program kitar semula untuk menjadi produk baharu yang berkualiti tinggi seperti Levi’s® SecondHand juga Levi’s® Authorized Vintage (hanya tersedia di Amerika Syarikat). Kami mahu orang ramai membeli apa yang mereka gemari dan hidup dengannya serta menyimpannya lebih lama,” jelas Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk di Levi Strauss & Co.

Koleksi Terbaru Levi&#8217;s Tampil Dengan Konsep Lebih Lestari Alam

IKLAN

INSPIRASI KOLEKSI

Bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2021, Levi;s mengetengahkan inspirasi ‘Second Nature’ dengan menggabungkan trend gaya outdoor, longgar dan mesra ulitarian dengan penggunaan fabrik sofistikated dan selesa.

Koleksi Terbaru Levi&#8217;s Tampil Dengan Konsep Lebih Lestari Alam

Bagi keseluruhan koleksi ini, Levi’s turut memperkenalkan penggunaan fabrik mampan. Ini termasuklah Organic Cotton, Cottonized Hemp dan fabrik lestari lembut dengan teknologi Tencel™ – yang mengurangkan pembuangan sisa serta mengelakkan pembaziran air dan tenaga.

IKLAN

Elemen kitar semula juga tidak ketinggalan diletakkan di barisan hadapan susulan penggunaan material yang boleh dikitar semula secara meluas. Ia di mana wujudnya program serta teknologi penting, yang menjadi sebahagian daripada dorongan amalan kelestarian dan penggunaan produk berulang.

MEMBAIKI & MENGEMASKINI SEMULA

Levi’s® mentyedari bahawa mereka memerlukan lebih daripada sekadar menganyam gentian lestari baharu menjadi produk. Pengulangan adalah matlamat utama, sistem di mana produk tahan lama direka menggunakan material dan pewarna selamat serta berkualiti tinggi yang kemudiannya dikitar semula lalu menjadi produk baharu, mengurangkan sisa buangan dan permintaan terhadap material mentah asli.

Koleksi Terbaru Levi&#8217;s Tampil Dengan Konsep Lebih Lestari Alam
Sejak hari pertama produk Levi’s® direka untuk bertahan seiring masa. Namun jika anda dapati helaian yang dipakai bermasalah atau koyak, anda boleh membawanya denim Levi’s® anda ke Levi’s® Tailor Shop (Kedai Jahit Levi’s®), seperti Levi’s® Tailor Shop di Suria KLCC, untuk perbaiki malah boleh dikemaskini semula menjadi helaian baharu.

IKLAN

Mereka juga bertekad untuk terus berusaha mencetuskan impak positif pada setiap peringkat jangka hayat produknya.

Koleksi Terbaru Levi&#8217;s Tampil Dengan Konsep Lebih Lestari Alam

Dengan rekaan serta pemilihan gentian untuk menumpukan perhatian terhadap impak material, Levi’s akan terys melakukan amalan cekap air, mengurangkan pelepasan karbon dan menerapkan program Screened Chemistry (Penunjuk Kimia) yang kami kembangkan. Malah, Levi’s juga akan terus menyokong mereka yang menghasilkan produk menerusi program Worker Well-being (Kesejahteraan Pekerja).

Ditawarkan pada harga di antara RM239 ke RM299, koleksi lestari baharu Levi’s® ini boleh didapati www.levi.com.my dan butik Levi’s® di seluruh negara mulai bermula bulan Mac 2021.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI