Seperti mana kita sedia maklum, konsert grup muzik berpengaruh Coldplay dikenali bukan sahaja kerana muziknya tetapi atmosfera visual yang sangat memukau dan luar biasa.
Sebahagian besarnya disumbangkan oleh ribuan gelang tangan LED (dikenali sebagai Xylobands) yang dipakai oleh penonton yang hadir di konsert mereka.
Kilauannya yang tersusun mencipta lautan cahaya yang seragam, meningkatkan pengalaman tontonan ke tahap yang berbeza. Namun, di sebalik keindahan visual itu, wristband atau gelang tangan ini membawa misi yang lebih besar – kelestarian alam sekitar.
Dalam jelajah dunia ‘Music Of The Spheres’ mereka yang sedang berlangsung, Coldplay telah menjadikan inisiatif hijau sebagai tunjang utama.
Gelang tangan LED ini bukanlah cenderahati untuk dibawa pulang, sebaliknya, ia adalah komponen penting dalam usaha mengurangkan jejak karbon konsert.
Diperbuat daripada plastik berasaskan tumbuhan, gelang-gelang ini direka khas untuk dipulangkan selepas persembahan, melalui proses sanitasi, dicas semula dan digunakan semula untuk konsert berikutnya.
Objektifnya jelas – mengurangkan pengeluaran gelang tangan baharu sehingga 80%. Kejayaan inisiatif ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dan tanggungjawab penonton.
Ads
Untuk meningkatkan kesedaran dan mungkin mencetuskan sedikit persaingan sihat, Coldplay memaparkan carta kadar pemulangan gelang tangan di skrin sebelum setiap persembahan.
STATISTIK HEBAT DARI ASIA
Data terkini dari konsert mereka baru-baru ini mendedahkan satu statistik yang sangat mengagumkan, terutamanya dari Asia.
Terbaru, Korea Selatan telah mencatatkan kadar pemulangan gelang tangan LED Coldplay yang tertinggi di dunia. Amat mengagumkan kerana mereka berjaya mencapai angka 99 peratus kadar pemulangan!
Angka ini sebenarnya bukan sahaja sekadar nombor. Ia merupakan bukti kesedaran dan disiplin kolektif yang luar biasa negara tersebut.
Untuk meletakkannya dalam perspektif, negara-negara yang terkenal dengan ketertiban seperti Jepun dan Finland mencatatkan kadar 97 peratus.
Ads
Ini menunjukkan betapa seriusnya peminat di Korea Selatan dalam menyokong inisiatif kelestarian ini. Reaksi peminat di sana ketika angka 99% dipaparkan di skrin adalah sorakan gemuruh, menandakan rasa pencapaian bersama.
Di rantau Asia Tenggara pula, Singapura mendahului dengan kadar pemulangan 91 peratus. Ia diikuti dengan negara kita Malaysia sebanyak 90 peratus.
Manakala Jakarta pula menjadi lokasi kadar pemulangan paling rendah dengan hanya 77 peratus sahaja.
Ini jelas menunjukkan tahap kesedaran yang berbeza di antara negara-negara. Perbezaan ini menyorotkan kepentingan pendidikan dan budaya dalam membentuk tingkah laku kolektif terhadap isu alam sekitar, walaupun dalam konteks hiburan.
Ads
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah gelang tangan Coldplay dan kadar pulangan 99% di Korea Selatan?
Ia adalah peringatan bahawa tindakan kecil di peringkat individu, apabila dilakukan secara kolektif, boleh membawa impak yang besar dan bermakna.
Kecuaian boleh bawa padah. Namun bagaimana pula jika berlaku kerosakan pada perkakasan atau peralatan yang kita gunakan setiap hari? Pastinya anda sendiri tidak sangka, bukan?
Bahagian dapur di rumah merupakan satu lokasi yang cukup penting dalam kehidupan harian kita. Di sinilah kita menyediakan makanan bagi mengisi perut tidak kira siang atau malam.
Dapur menjadi ruang yang cukup signifikan dan menjadi ruang di mana ahli keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama sendiri. Namun tahukah anda dapur juga merupakan salah satu bahagian rumah yang paling berisiko untuk berlaku kemalangan tidak diingini?
Selain risiko kebakaran atau kemalangan ketika memasak salah satu risiko terbaru yang cukup ditakuti ialah apabila dapur memasak yang permukaannya diperbuat daripada kacak pecah dan berkecai secara tiba-tiba!
Ia bukan sahaja merugikan tetapi boleh membahayakan keselamatan anda dan keluarga. Sebagai pengguna anda mungkin hairan dan tertanya-tanya mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Sebenarnya ada langkah-langkah dan juga tip penggunaan dapaur seperti ini boleh kita amalkan bagi mengelak kemalangan tidak diingini. Perkara pertama sekali sebelum nak beli dapur dengan permukaan kaca adalah memastikan ia melalui proses penilaian khas SIRIM dan selamat untuk digunakan.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa langkah untuk mencegah dapur kaca dari pecah berkecai;
Elakkan meletakkan beban terlalu berat. Periuk untuk memasak gulai kawah misalnya, memang tidak sesuai di gunakan di atas dapur kaca ini.
Jangan gunakan peralatan dapur yang tajam dan merosakkan permukaan kaca ini. Kaca yang mula tercalar akan mudah retak dan pecah.
Elakkan guna “steel wool” untuk sental permukaan dapur kaca. Perkara ini juga akan mencalarkan permukaan dapur.
Rajinkan diri membersihkan dapur dari kerak kerak sisa makanan. Periksa sekiranya ada kesan retak atau pecah.
Sediakan ruang udara di keliling dapur termasuk di bawah dapur. Objek panas akan mengembang, ruang sempit akan menyebabkan tekenan kepada bahan kaca ini.
Baca manual arahan yang disediakan bersama produk. Sesetengah produk ada arahan khusus.
Buat anda yang menggunakan dapur seperti ini berikan perhatian sebaiknya! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.
Mungkin itu yang membuatkan anda tertanya-tanya. Umat Islam di negara kita dan seluruh dunia sekarang sedang menjalani ibadah puasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini cukup dinantikan oleh kita semua.
Inilah masanya untuk kita memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal dengan bersedekah dan membantu insan yang dalam kesusahan.
Namun ada juga yang ‘culas’ dan tidak berpuasa. Setiap tahun pasti kita mendengar berita tentang penangkapan mereka yang tidak berpuasa. Selain tidak berpuasa dengan makan atau minum, merokok juga merupakan ujian terbesar.
Jadi tidak hairanlah dalam berita terbaru dari Melaka melaporkan sesiapa yang membawa atau terbawa rokok sebelum jam dua petang sepanjang bulan Ramadan akan diberikan notis.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan mengeluarkan notis kepada mana-mana individu yang didapati melakukan perkara tersebut.
Foto: Sinar Harian
Jelas Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat, pendekatan ini dilihat sebagai tindak balas selepas jabatan itu menjumpai dua individu yang membawa rokok pada siang hari dalam Operasi Plastik Hitam Bersendawa.
Tambahnya lagi, dua individu yang merupakan warga emas telah ditemui di lokasi berbeza itu memberikan alasan terbawa rokok kerana memakai seluar yang sama malam tadi.
Foto: Sinar Harian
“Ketika diperiksa, memang individu berkenaan beritahu tidak menghisap rokok tetapi ada bau, logik ke kalau bau rokok malam tadi masih tak hilang. “Kita bukan nak saman tetapi pendekatan itu diambil supaya perbuatan tidak diulang.
Kita pun tidaklah sampai nak mandikan mereka seperti jenazah kerana tiada bukti lagi mereka bersalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi dijalankan di sekitar daerah Melaka Tengah, Klebang di sini pada Ahad lalu.
Begitu juga dengan pengguna vape atau rokok elektrik anda juga perlu lebih peka dan berwaspada. Sekiranya ditangkap menggunakan produk itupada siang hari atau secara langsung tidak puasa mereka akan berhadapan dengan saman dan juga tazkirah.
Bagi kesalahan tersebut mereka boleh didenda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama di bawah Seksyen49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Jadi kepada anda yang ingin berjalan-jalan di Melaka, periksalah seluar tu dahulu sebelum melangkah keluar dari hotel atau rumah. Manalah tahu anda tidak sengaja pula tidak sedar terbawa kotak rokok.
Semoga ibadah puasa kita semua dapat berjalan dengan sempurna. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.
Tahun 2025 membawa beberapa pelbagai pelepasan cukai baharu telah diperkenalkan.
Senarai Perlepasan Cukai 2025
Berikut adalah 9 senarai pelepasan cukai individu utama dalam Belanjawan 2025 yang perlu anda ketahui:
1. Pembelian Pengecas Kenderaan Elektrik & Mesin Kompos
Pelepasan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian pengecas kenderaan elektrik kekal, tetapi kini turut meliputi pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah. Tempoh pelepasan cukai ini dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
2. Insurans Pendidikan & Kesihatan
Pelepasan cukai bagi bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000, manakala perbelanjaan perubatan kini mendapat pelepasan sehingga RM10,000.
Ini termasuk bayaran melalui insurans atau takaful dengan ciri pembayaran bersama (co-payment).
3. Caruman Skim Persaraan Swasta (PRS)
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk caruman dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan rakyat menyimpan untuk persaraan.
4. Pendidikan Anak-Anak
Simpanan SSPN: Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM8,000 dan dilanjutkan selama tiga tahun lagi. Yuran Taska dan Tadika: Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 diteruskan sehingga 2027.
5. Kesihatan
Kerajaan memperluaskan pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan individu, termasuk:
Ujian pengesanan penyakit seperti kanser dan penyakit kritikal lain.
Pembelian peralatan kesihatan seperti alat pemantau tekanan darah dan gula darah.
Pembelian kit ujian penyakit seperti COVID-19 dan kit ujian kanser.
6. Pemilikan Rumah Pertama
Golongan muda dan pasangan yang ingin membeli rumah pertama boleh menikmati pelepasan cukai faedah pinjaman perumahan seperti berikut:
i. RM7,000 untuk rumah berharga sehingga RM500,000.
ii. RM5,000 untuk rumah berharga antara RM500,000 hingga RM750,000.
Tempoh pelepasan cukai ini adalah selama tiga tahun berturut-turut untuk perjanjian jual beli bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
7. Rawatan Anak Autisme
Pelepasan cukai untuk rawatan anak-anak autisme dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi memberi sokongan lebih besar kepada ibu bapa dalam menyediakan penjagaan terbaik untuk anak mereka.
8. Aktiviti Sukan & Penjagaan Warga Emas
Ibu Bapa dan Warga Emas: Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 kini meliputi kos vaksin untuk ibu bapa.
Aktiviti Sukan dan Peralatan Sukan: Pelepasan cukai sebanyak RM1,000 turut meliputi ibu bapa.
Penjagaan Warga Emas: Elaun penjagaan warga emas diberi pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun, termasuk untuk penjagaan anak dan datuk nenek.
9. Orang Kurang Upaya (OKU)
Individu OKU: Pelepasan cukai dinaikkan kepada RM7,000. Pasangan OKU: Pelepasan cukai tambahan dinaikkan kepada RM6,000. Anak OKU: Pelepasan cukai untuk anak OKU yang belum berkahwin dinaikkan kepada RM8,000.
Pelepasan cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 adalah satu langkah penting untuk mengurangkan beban cukai, meningkatkan daya beli rakyat, dan menyediakan sokongan kewangan kepada golongan memerlukan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.