Setiap hari jam 5 petang perhatian kita pasti tertumpu kepada sidang media harian yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan perkembangan terkini tentang penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Tampil dengan penuh ketenangan dan sentiasa bersedia menjawab apa jua soalan dari pihak media membuatkan ramai rakyat Malaysia kagum dengan kemampuan beliau.
Bukan mudah untuk setiap hari tampil di hadapan media dan rakyat Malaysia menyampaikan sesuatu yang penting tatkala negara berdepan krisis yang cukup meruncing.
Namun dengan nada keyakinan dibawanya membuatkan kita semua berasa lebih tenang dan selamat.
Jadi tidak hairanlah apabila sebuah stesen televisyen dari China, Global TV Network menyenarikan Dr Noor Hisham sebagai antara tiga doktor terbaik di atas usaha menangani wabak COVID-19.
Ads
Dua lagi figura yang turut dipilihialah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga individu hebat ini mendapat pujian daripada warga negara masing-masing kerana telah menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang awam ketika dunia sedang panik berdepan wabak ini.
Ads
Buat pengetahuan anda, Dr. Noor Hisham yang kini berusia 56 tahun telah memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013.
Beliau kini diangkat sebagai wira oleh rakyat Malaysia di atas usahanya yang tidak ernah kenal erti penat memberikan maklumat terkini sama ada di kaca televisyen mahupun laman media sosial.
Ads
Dr. Noor Hisham juga dipuji kerana dilihat sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Semoga dedikasi luar biasa Dr. Noor Hisham menjadi inspirasi buat kita semua.
Stay home and stay safe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dengan harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri. Bagi golongan yang bergaji kecil dan tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin. Mari lihat perkongsian saudara Amir Syahir ini di laman facebooknya mengenai tip memiliki rumah sendiri ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Yelah takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang. Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak. Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.
Ikuti tip berguna untuk membeli rumah idaman dan siapa sangka anda mungkin jumpa mana yang berkenan..
1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
2. Tabiat Menyimpan
Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
3. Mulakan Pelaburan
Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.
4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat
Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
5. Tambahkan Pendapatan
Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
6. Beli Rumah Murah Dulu
Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
7. Baiki Profil Kewangan
Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.
Sebenarnya memasak bukanlah suatu perkara yang sukar tapi bagi seorang lelaki mungkin ia bukan tugas yang mudah. Lagikan pula untuk orang bujang, memang tak sempat nak habiskan masa lama-lama didapur.
Bila dah siap masak lauk tiba tiba baru teringat nasi belum masak. Dah terlupa ini kita mesti nak nasi cepat masak tambah pula kalau perut dah lapar. Perkongsian Najib ini mungkin membantu.
Taktik nasi cepat masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit,guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Cara;
1.Gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je.Sekarang air panas mudah boleh ambil melalui penapis air yang memang ada di rumah.
2. Ambil air panas, tuang dan sukar ikut kuantiti yang diperlukan macam biasa.
3.Tutup periuk tekan start, nasi akan masak dengan lebih cepat. 5 minit dah masak.
Dalam tempoh beberapa minggu ini perhatian peminat bola sepak pastinya terarah ke EURO 2024 yang berlangsung di Jerman. Salah seorang pemain yang mencuri perhatian ramai ialah pemain muda Turki, Arda Güler.
Namanya kini kian mencipta fenomena dalam dunia bola sepak. Apa tidaknya pada usia yang masih muda, Arda Güler bukan sahaja menunjukkan bakat luar biasa, tetapi juga semangat juang yang tinggi, menjadikannya simbol harapan baru bagi bola sepak Turki.
Jadi siapakah bintang Turki yang juga pemain Real Madrid berusia 19 tahun ini? Apakah latar belakangnya dan apa kata mereka yang pernah melatihnya?
Latar Belakang
Dilahirkan pada 25 Februari 2003 di Ankara, Turki, Arda sejak kecil lagi sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bola sepak.
Ayahnya, Umit Güler merupakan seorang peminat tegar bola sepak, sering membawanya ke perlawanan tempatan.
Dan inilah yang menyemarakkan lagi kecintaannya terhadap sukan ini. Bakatnya mula dikesan ketika berusia 8 tahun, dan pada usia 10 tahun, dia telah diserap ke dalam akademi bola sepak Fenerbahçe, salah sebuah kelab terbesar di Turki.
Foto: EURONEWS
Di akademi Fenerbahçe, dia memperlihatkan kemahiran luar biasa yang jarang dilihat pada usia sebegitu muda. Keupayaannya mengawal bola, visi permainan yang tajam, serta kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh menjadikannya pemain yang menonjol dalam setiap perlawanan.
Kejayaannya di peringkat remaja membuka peluang untuknya menyertai pasukan senior Fenerbahçe pada usia 17 tahun.
Perjalanan Bola Sepak
Arda Güler memulakan debut profesionalnya dalam pasukan utama Fenerbahçe pada musim 2020-2021.
Dalam tempoh singkat, dia telah membuktikan keupayaannya sebagai pemain tengah yang versatil dan kreatif.
Kehebatannya dalam mengendalikan bola dan kemahiran teknikal yang tinggi membuatkan dia sering dibandingkan dengan legenda bola sepak Turki seperti Emre Belözoğlu dan Hakan Şükür.
Pada usia 19 tahun, Arda sudah menjadi nadi kepada pasukan Fenerbahçe dan juga skuad kebangsaan Turki. Dia dikenali dengan kebolehannya mencipta peluang gol untuk rakan sepasukan serta kemampuan menjaringkan gol dari jarak jauh.
Pada musim panas 2023, Arda Güler telah membuat langkah besar dalam kariernya dengan menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
Perpindahan ini menjadi satu berita sensasi, memandangkan Güler adalah pemain muda yang diintai oleh banyak kelab terkemuka Eropah.
Penghijrahan ini bukan sahaja memberi peluang kepada Güler untuk bersaing di peringkat tertinggi, tetapi juga meningkatkan reputasi bola sepak Turki di persada antarabangsa.
Pengaruh Dan Inspirasi
Arda Güler mengakui bahawa idolanya dalam bola sepak adalah Lionel Messi. Dia sering menonton video perlawanan Messi dan cuba meniru gaya permainan bintang Argentina tersebut.
“Messi adalah inspirasi saya. Cara dia mengawal bola, visi permainannya, dan kehebatannya menjaringkan gol adalah sesuatu yang saya cuba terapkan dalam permainan saya,” kata Güler dalam satu temubual.
Selain itu, Güler juga dipengaruhi oleh jurulatihnya di Fenerbahçe, Vitor Pereira. Vitor banyak memberikan bimbingan dan peluang kepada Güler untuk menunjukkan bakatnya di peringkat tertinggi.
“Arda adalah pemain muda yang luar biasa. Dia mempunyai bakat semula jadi yang sukar dicari. Dengan sikap profesional dan kerja keras, dia pasti akan menjadi antara pemain terbaik dunia,” ujar Pereira.
Pandangan Jurulatih dan Pemain Berpengalaman
Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Turki, Şenol Güneş, juga memberikan pujian tinggi kepada Güler. “Arda adalah permata dalam bola sepak Turki.
“Dia mempunyai potensi yang besar dan masih muda. Jika dia terus berkembang dengan baik, dia boleh menjadi pemain yang membawa Turki ke tahap yang lebih tinggi,” kata Güneş.
Bekas pemain antarabangsa Turki, Hamit Altıntop, turut memberikan pandangannya mengenai Güler. “Saya melihat banyak persamaan antara Arda dan pemain-pemain hebat yang pernah saya bermain bersama.
“Dia mempunyai mentaliti yang kuat dan sentiasa mahu belajar. Ini adalah sifat-sifat yang diperlukan untuk berjaya di peringkat tertinggi,” kata Altıntop.
EURO 2024
Kejohanan EURO 2024 menjadi pentas terbaik untuk Arda Güler menunjukkan kemampuannya kepada dunia.
Sebagai pemain utama dalam skuad kebangsaan Turki, dia memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan. Dan kini dia disebut-sebut sebagai di antara pemain terbaik pada edisi kali ini!
Perlawanan awal pagi tadi memperlihatkan sekali lagi pengaruh besar Arda Güler kepada pasukan Turki selepas menewaskan Austria dan layak ke suku akhir.
Sejauh mana dia mampu membawa Turki pada EURO 2024? Sama-sama kita tunggu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.