Baru-baru ini tular gambar seorang atlet e-sukan professional Mobile Legends, Mohd Faris Zakaria atau lebih mesra di sepa sebagai Soloz mengunjung pusat pameran kenderaan mewah di Bangsar hangat diperkatakan.
Apa yang menjadi bualan ramai bukan kereta Ford Mustangnya berwarna merah itu, tetapi kerana penampilannya yang bersahaja itu menjadi highlight orang ramai.
Dia berpakaian dengan sweatshirt serta mengenakan selipar yang dipinjam oleh rakannya sahaja ketika mengujungi pameran kereta berharga setengah juta ringgit itu.
Maskulin difahamkan melalui laporan Harian Metro, ia sebenarnya ke pameran tersebut atas jemputan pihak tertentu untuk melihat kereta berkenaan secara lebih dekat lagi.
Ads
Malah kami difahamkan, bayaran yang diraih Soloz menerusi Mobile Legends tidak memberi masalah kepadanya untuk membeli atau membayar bulanan kenderaan terbabit.
Rata-rata memuji tindakan Soloz kerana walaupun dia mampu membeli kenderaan tersebut, tetapi gaya hidupnya yang sederhana dalam berfesyen itu mendapat pujian ramai.
Ads
Ini dia beberapa gambar yang sempat di ambil melalui Instagram miliknya
Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo mungkin selama ini dia tinggal dalam gua. Pemain bola sepak legenda yang telah mencatatkan pelbagai rekod luar biasa sepanjang kariernya kini beraksi bersama pasukan Juventus.
Ronaldo juga merupakan antara pemain dan atlet yang paling kaya di dunia. Namun segala kemewahan yang dimiliki tidak pernah menjadikannya sebagai seorang yang lupa daratan.
Terkenal dengan kemurahan hatinya serta keja-kerja amal yang dilakukan, Ronaldo juga sangat rapat dengan ahli keluarganya terutama ibu tersayang.
Jadi tidak hairanlah sempena Hari Ibu Portugis dia bersama adik-beradiknya telah menyediakan kejutan yang cukuphebat buat ibu mereka tersayang. Ronaldo dan adik-beradiknya telah menghadiahkan sebuah kereta Mercedes mewah terbaru.
Perkara ini dikongsi oleh ibunya, Maria Dolores menerusi Instagram kendaliannya dengan penuh kegembiraan.
“Terima kasih kepada anak-anak tersayang di atas hadiah hebat yang saya terima hari ini. Selamat Hari Ibu!”
Menerusi foto tersebut Maria kelihatan tersenyum lebar sambil memegang sejambak bunga bersama kenderaan mewah barinya yang diikat dengan riben merah gergasi.
Ronaldo mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu seorang abang bernama Hugo dan dua orang kak iaitu Katia dan Elma.
Bintang bola sepak global tersebut juga membuat ucapan secara terbuka kepada ibunya namun menyatakan dia mungkin tidak meraikan Hari Ibu pada Isnin hadapan kerana masih melakukan kuarantin di Portugal di mana penjarakan sosial akan bermula pada 4 Mei.
Dia kini berada di tempat asalnya, Madeira bersama teman wanitanya Gerogina Rodrigues dan anak-anaknya. Sepanjang tempoh kuarantin Ronaldo telah memastikan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan sering berkongsi aktiviti mereka di Instagram.
Semoga ini menjadi satu inspirasi buat kita semua untuk selalu menghargai ibu tercinta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon serba boleh, Ebby Yus, 59, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, baru-baru ini menjadi penerima Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Akademi Persilatan Sedunia (APS).
Namun, di sebalik pengiktirafan besar ini, Ebby mengakui pada awalnya beliau hampir menolak pencalonan tersebut kerana merasakan dirinya tidak layak.
“Ketika pihak mereka menghantar surat pencalonan dua minggu lalu, saya jawab secara baik menolak kerana saya rasa tak layak,” katanya.
Baginya, dia merasakan ilmu persilatannya belum cukup untuk menerima penghargaan tinggi itu. Namun, sokongan dan nasihat dari rakan baiknya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin, mengubah pandangan Ebby.
Menurut Ebby, penganjur melihat dirinya sebagai calon yang sesuai kerana sumbangannya dalam mengangkat seni silat dalam industri televisyen dan filem.
Selain itu, Ebby pernah bertugas sebagai koreografer dalam beberapa drama dan filem yang memaparkan seni silat, menjadikan beliau antara individu yang telah memberi impak besar dalam memartabatkan seni persilatan Melayu di media.
Ebby yang telah lama bergiat dalam seni persilatan sejak zaman sekolah rendah sebagai ahli Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, berkata bahawa penganugerahan ini memberikan beliau semangat untuk terus mempromosikan budaya silat Melayu.
Walaupun beliau merendah diri, anugerah ini menjadi pengiktirafan yang layak diterima oleh seorang pejuang seni persilatan seperti Ebby Yus.
Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka, Ahad lalu, dan disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom. Ebby secara rasmi menerima gelaran Ijazah Kehormat Persilatan Sedunia iaitu Ijazah Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art).
Silat telah berakar dalam masyarakat Melayu sejak berabad-abad yang lalu. Di Malaysia, seni ini berkembang pesat dan menjadi bagian penting dari warisan budaya bangsa. Silat dimainkan bukan hanya sebagai seni mempertahankan diri, tetapi juga dalam upacara adat, perayaan kebudayaan, dan ritual keagamaan.
Jenis-Jenis Silat di Malaysia: Terdapat berbagai aliran silat di Malaysia, di antaranya:
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kredit: Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sudah sampai masa untuk negara menumpukan kepada pembangunan sukan yang dilihat mampu menyerlah seperti Muay Thai dengan mengeluarkan bajet besar dan memberi fokus kepada pembangunan sukan tersebut, tambahnya.
“Mungkin sebelum ini atlet muda kita tidak mendapat peluang untuk beraksi dalam kejohanan berprestij iaitu ONE Championship, namun apabila peluang itu muncul mereka membuktikan anak Malaysia mampu cemerlang dalam sukan Muay Thai.
“Ini era baharu arena Muay Thai negara dan terbukti rakyat Malaysia mampu mencipta nama di kejohanan besar cumanya kebanyakan yang mempunyai bakat belum ada peluang untuk menyinar dalam peringkat antarabangsa,” kata Bernard.
Rifdean, 21, berjaya menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai dalam tempoh 78 saat menerusi Technical Knockout (TKO) dalam penampilan sulungnya di ONE Championship
Diberi nama jolokan ‘Magic Boy’, atlet Muay Thai kelahiran Sarawak yang mewakili kelab Sor Sommai membawa pulang bonus 350,000 baht (RM45,700) berikutan kemenangan dikecapinya di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Sabtu lalu.
Sementara itu Bernard berkata, pihaknya berharap pembabitan lebih banyak penyumbang dan penaja termasuk syarikat korporat dalam usaha untuk memajukan sukan itu.
“Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dan itulah yang saya nampak pada beliau sejak mula berlatih tujuh tahun lalu.
“Hanya mereka yang terlibat dalam sukan ini akan memahami betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap tertinggi dan beliau (Rifdean) telah membuktikannya,” katanya.
Lebih membanggakan, lebih banyak kelab Muay Thai berpangkalan di Thailand kini sedang mencari bakat baharu tempatan selepas mengetahui banyak atlet Thailand tumbang awal disebabkan penangan wakil negara.
Sejak remaja lagi, Rifdean berjaya menempa nama di pentas antarabangsa dan menjadi juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula daripada edisi 2021 di Thailand diikuti 2022 di Emiriah Arab Bersatu dan 2023 di Thailand.
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.