Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula pada 28 Ogos dan akan berakhir pada 8 September 2024. Ia bukan hanya menjadi medan pertarungan bagi atlet-atlet paralimpik terbaik dunia tetapi juga simbol ketabahan, keazaman, dan inspirasi. Salah seorangnya ialah atlet olahraga negara, Eddy Bernard.
Dalam suasana yang penuh semangat dan persaingan sengit, kontinjen Malaysia telah berjaya memperoleh pengiktirafan di pentas global dengan pingat pertama. Eddy Bernard, atlet olahraga menjadi atlet paralimpik pertama pada edisi kali ini menyumbang pingat gangsa.
Eddy yang bertanding dalam acara 100 meter lelaki kategori T44 untuk atlet dengan kecacatan fizikal, telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa.
Bermula dengan kelebihan di awal perlumbaan, atlet berusia 23 tahun asal Sabah ini kehilangan momentum di pertengahan tetapi berjaya mengatasi rintangan untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11.58 saat.
Kejayaan ini tidak hanya membawa pulang pingat untuk Malaysia tetapi juga memecahkan rekod Asia yang sebelumnya dipegang oleh Indika Gamage dari Sri Lanka dengan catatan 11.75 saat, yang dicatatkan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Ads
Lebih mengagumkan, kejayaan ini juga menandai pemecahan rekod peribadi Eddy sendiri, memperbaiki masa terbaiknya yang sebelumnya ialah 11.77 saat.
Ini menunjukkan peningkatan dan komitmen Eddy dalam sukan olahraga, terutamanya di pentas yang sehebat Sukan Paralimpik.
Sementara itu, pingat emas dan perak telah menjadi milik Mpumello Mhlongo dari Afrika Selatan dan Yamel Luis Vives Suarez dari Cuba dengan catatan masa 11.12 saat dan 11.20 saat, masing-masing.
Pencapaian Eddy di Paris bukan sekadar kemenangan peribadi tetapi juga simbol harapan dan semangat tidak kenal menyerah yang menjadi intipati Sukan Paralimpik terutamanya buat kontinjen negara.
Ads
Kejayaannya ini pasti akan menjadi inspirasi bukan sahaja bagi para atlet lain tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan setiap langkah, larian, dan kemenangan, Sukan Paralimpik Paris 2024 tetap menjadi saksi kepada kisah-kisah heroik yang akan dikenang untuk generasi akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda seorang peminat cosplay? Jika ya dan sering menyertai acara cosplay di sekitar ibu kota, pasti anda sering ternampak kelibat Raja Muhammad Rusydi Raja Mahmood.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan King Rusydi memberitahu penulis, dalam tempoh dua tahun ini, dia sudah menghasilkan lebih 500 helmet superhero berdasarkan permintaan.
Ujar anak jati Klang yang menetap di Taman Sri Andalas ini, tempahan helmet itu bukan sahaja datang daripada peminat cosplay tempatan malah peminat luar negara seperti Indonesia, San Diego, San Francisco, California dan Texas turut menghubunginya menerusi Facebook.
Antara helmet superhero yang sering mendapat perhatian ramai adalah seperti :
Power Rangers
Masked Rider
Ultraman
Batman
Black Panther
Iron Man
Kualiti setiap bahan adalah berbeza
Ujar King Rusydi kepada penulis, setiap bahan ada perbezaannya yang tersendiri dan penghasilan helmet tersebut bergantung kepada tiga jenis bahan pembuatan seperti :
1. Gabus – Mudah dibentuk tetapi lembut dan kurang cantik. Harganya murah kerana kualiti bahannya adalah pada skala 1 (terendah).
2. Gentian kaca– Mudah dibentuk tetapi akan menjadi terlalu keras dan berat. Jika jatuh, ia akan pecah berderai seperti kaca. Harganya sedikit tinggi berbanding gabus kerana kualiti bahannya pada skala 2 (sederhana).
3. Pencetak 3D – Mudah dibentuk, lebih ringan dan kemas. Tetapi jika berlaku masalah pada peringkat pembuatannya, ia perlu diulang dari awal semula. Jika jatuh, ia hanya akan pecah mengikut pecahan sambungan sahaja dan boleh dicantum semula. Harganya lebih mahal daripada gabus dan gentian kaca kerana kualiti bahannya adalah pada skala 3 (sangat baik).
Harga bermula RM300 sehingga RM1,000 ke atas
Setiap helmet dijual pada harga bermula RM300 hingga RM800 mengikut bahan yang diminta serta kualitinya.
Namun jika pelanggan menempah helmet termasuk set kostumnya sekali, harganya boleh mencecah sehingga RM1,500 dan ke atas.
“Helmet paling murah bernilai RM300 itu diperbuat menggunakan gabus namun hasilnya sudah tentu jauh beza berbanding bahan seperti gentian kaca dan pencetak 3D,” katanya.
Asah bakat sejak zaman belajar
Menurut King Rusydi, dia meminati barisan superhero seperti dari komik Marvel, DC dan banyak lagi sejak dari kecil sama seperti orang lain.
Dia yang juga merupakan pengasas syarikat pembinaan barangan kreatif, KuraMaker memberitahu, keinginannya untuk cuba membuat helmet dan kostum bermula sejak zaman belajarnya di universiti.
“Saya merupakan seorang graduan dari fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) UiTM Puncak Perdana.
“Saya mula terjebak untuk membuat topeng, helmet dan kostum ini setelah diperkenalkan daripada seorang rakan dan dari situ, bisnes kecil-kecilan saya bermula,” kongsinya.
Hadapi kegagalan sebelum hasilkan produk yang berkualiti
“Jujur saya katakan, saya tidak ada ilmu langsung tentang pembuatan tersebut. Apa yang saya lakukan adalah belajar dan terus belajar.
“Nak menghasilkan helmet yang cantik dan kemas seperti yang dapat saya tunjukkan ini pun bukannya memakan masa sehari dua.
“Ia memerlukan proses yang sangat lama namun hasilnya adalah sesuatu yang berbaloi,” luah King Rusydi.
Katanya, sepanjang penglibatannya dalam bidang pembuatan barangan kreatif ini, dia sudah menghabiskan dan mengeluarkan modal hampir RM80,000.
Yang berbaloi, dia dapat membeli tiga mesin pencetak 3D dan menghasilkan lebih banyak produk mengikut permintaan.
Perkenalkan diri melalui cosplay event
Jika mahu dikenali, antara salah satu yang boleh dilakukan adalah dengan menyertai acara cosplay atau majlis-majlis keramaian. Itulah inisiatif yang diambil King Rusydi.
Dalam masa sama, tangannya tidak lekang menghulurkan kad bisnes sebaik sahaja ada yang memuji sut atau kostum yang dipakainya sangat menarik.
Hasilnya, nama King Rusydi tidak asing lagi dalam dunia cosplay tempatan beberapa negara luar.
“Selain daripada berkunjung ke acara-acara awam, saya menggunakan platform Facebook sebagai medium untuk memperkenalkan hasil kerja.
“Dari situ pelanggan dapat melihat sendiri hasil-hasil kerja yang pernah saya lakukan dan jika berminat, terus sediakan upah untuk saya menghasilkannya,” ujar King Rusydi.
Dapat sokongan keluarga
“Pekerjaan yang saya buat ini ibarat saya bekerja sendiri. Sayalah ketua untuk projek ini. Suatu ketika dahulu, ahli keluarga saya tidak berkenan dengan apa yang saya buat kerana ‘bersepah’.
“Biasalah, bengel kecil di rumah sahaja namun setelah berjaya menempa nama dalam dunia cosplay, lama-kelamaan pandangan mereka terhadap saya mulai berubah dan masing-masing memberikan sokongan yang penuh,” katanya.
Hasil sokongan keluarga juga secara tidak langsung melayakkan King Rusydi menerima anugerah ‘World Cosplay Summit’ serta puluhan lagi anugerah yang diterimanya.
Apa-apa pun, Maskulin mengucapkan tahniah kerana tidak ramai orang Malaysia yang berani menceburi bidang penghasilan barangan kreatif ini.
Semoga King Rusydi terus maju pada masa hadapan dan mendapat sokongan penuh ahli keluarga serta rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak superhero, watak yang mana anda teringin nak sarungkan? Kalau penulis, of course Batman!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Fattah Amin mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda semua. Aktor terkenal ini seakan mustahil untuk tidak dikenali oleh marhaen dan warganet yang paling tidak pun pasti pernah mendengar namanya.
Selain membina kariernya sebagai seorang pelakon, Fattah Amin juga kini bergelar sebagai seorang usahawan yang sedang meningkat naik.
Antara perniagaannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan juga rakyat Malaysia ialah francais restorang yang dimilikinya bersama lima rakan kongsi lain dikenali sebagai Meat Cartel.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan, Fattah kini berbangga dengan francais restoran makanan barat yang menawarkan pelbagai menu menarik.
MASKULIN baru-baru in sempat bertemu mata dengannya dan bertanyakan sedikit perihal perniagaannya. Dalam temu bual tersebut, kami sempat bertanyakan pendapatnya tentang apakah sikap yang perlu ada pada seorang usaawan untuk berjaya.
Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Fattah Amin.
YAKIN DENGAN PRODUK & DIRI
Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita harus yakin dengan produk yang ingin dijual. Selain itu, kita juga perlu yakin dengan diri sendiri. Jika tiada keyakinan tersebut bagaimana mahu berjaya.
KENAL ORANG SEKELILING
Penting untuk kita kenali dengan siapakita jalankan perniagaan. Selain itu, kita juga perlu tahu siapa di dalam team. Tahu peranan setiap orang dan tugas mereka. Ini amat penting bagi memastikan perniagaan dapat berkembang dengan baik dan lancar.
JANGAN MALU MINTA BANTUAN
Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain, Jadi buangkan sifat malu untuk minta bantuan jika berdepan kesukaran. Harus lebih bersifat terbuka dalam menjalankan perniagaan yang ingin berjaya.
BERANI TANGGUNG RISIKO
Sebelum memulakan perniagaan dan memperkenalkan produk, pertama sekali kita harus berani ambil risiko. Tapi risiko itu perlu diambil seiring dengan perancangan dan memahami selok-belok perniagaan dengan baik.
DREAM BIG
Tidak ada salahnya untuk memasang impian dan angan-angan. Jadi jangan rasa rasa takut atau rasa kerana tanpa angan-angan serta imaginasu, visi kita tidaka akan ercapai. Dengan angan-angan bersama visilah yang akan membuatkan diri kita akan lebih bermotivasi untuk berjaya.
Ikuti temubual ringkas MASKULIN menerusi video eksklusif di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya memasak bukanlah suatu perkara yang sukar tapi bagi seorang lelaki mungkin ia bukan tugas yang mudah. Lagikan pula untuk orang bujang, memang tak sempat nak habiskan masa lama-lama didapur.
Bila dah siap masak lauk tiba tiba baru teringat nasi belum masak. Dah terlupa ini kita mesti nak nasi cepat masak tambah pula kalau perut dah lapar. Perkongsian Najib ini mungkin membantu.
Taktik nasi cepat masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit,guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Cara;
1.Gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je.Sekarang air panas mudah boleh ambil melalui penapis air yang memang ada di rumah.
2. Ambil air panas, tuang dan sukar ikut kuantiti yang diperlukan macam biasa.
3.Tutup periuk tekan start, nasi akan masak dengan lebih cepat. 5 minit dah masak.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...