Kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 semalam bukan sekadar tiga mata buat Harimau Malaya, tapi menjadi titik penting dalam revolusi bola sepak negara.
Buat pertama kalinya, barisan pemain warisan dan naturalisasi mengisi hampir sebahagian besar kesebelasan utama Malaysia. Dan impaknya? Sungguh luar biasa.
Joao Vitor Figueiredo membuka tirai jaringan seawal minit ke-49, menandakan permulaan babak kedua yang penuh intensiti. Seterusnya, Corbin Ong menambah derita Vietnam pada minit ke-66, disusuli jaringan Hector Hevel dan gol penutup oleh Dion Cools minit ke-88 yang menyempurnakan malam gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Foto: Malaysia NT
Apa yang lebih manis, ini merupakan kemenangan terbesar Malaysia ke atas Vietnam dalam tempoh lebih satu dekad, kali terakhir menang besar adalah pada Disember 2014 dalam saingan Piala AFF.
Skuad kendalian Peter Cklamovski tampil dengan barisan pemain yang dinanti-nantikan oleh peminat tempatan. Antaranya termasuklah Matthew Davies selaku kapten, Facundo Tomas Garcesi, Jon Irazabal Iraurgui, Arif Aiman, Nooa Laine, Hector Hevel, Imanol Machuca serta pemain debutan yang menonjol dengan karakter tersendiri.
Kehadiran mereka bukan sahaja membawa pengalaman dan gaya fizikal berbeza, malah meningkatkan standard permainan Harimau Malaya ke tahap yang lebih kompetitif.
TMJ TUNJANG REFORMASI BOLA SEPAK NEGARA
Antara individu yang sering dikaitkan dengan kebangkitan bola sepak Malaysia pastinya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Peranan baginda sebagai pemacu transformasi dalam sistem bola sepak negara sukar disangkal.
Sokongan TMJ terhadap FAM, Kementerian Belia dan Sukan serta usaha baginda sendiri dalam memburu bakat warisan bertaraf tinggi membuktikan visi jangka panjang bola sepak Malaysia sedang berjalan pada landasan yang betul.
Ads
Foto: Malaysia NT
MASKULIN tertarik dengan satu video yang dikongsi di laman X oleh akaun rasmi @malaysia_nt. Dalam video tersebut, TMJ dilihat memberi kata-kata semangat kepada pemain dan juga barisan kejurulatihan. Kata-kata baginda cukup membakar semangat.
“Kita cuba membawa bola sepak tanah air ke tahap lebih tinggi. Ini seperti revolusi bola sepak tanah air.
“Apa yang kita bina tak akan bermakna kalau tiada keputusan atau tiada pencapaian. Ingat ini, ada sesetengah pihak yang tak percaya dan meragui kita. Jangan peduli, kita melakukan sesuatu baharu yang mereka tak biasa. Biarkan persembahan anda bercakap lebih kuat dari apa yang mereka fikirkan.
Ads
“Jikalau kita tukar bola sepak tanah air, ia adalah sebab anda semua. Bukan orang lain. Anda semua adalah pahlawan. Anda yang buat peminat ada sense of belonging dan buat mereka percaya. Tunjukkan karakter dan kekuatan kita!”
Sorakan lebih 61,000 penyokong yang membanjiri Stadium Bukit Jalil bukan hanya datang untuk melihat gol, tetapi untuk menyaksikan harapan baharu bola sepak Malaysia.
Mereka hadir dengan satu kepercayaan bahawa Harimau Malaya kini sedang melalui satu fasa evolusi yang tidak boleh dipandang ringan.
Ads
Foto: Malaysia NT
Kemenangan ini bukan sekadar angka di papan skor, tetapi menjadi simbol bahawa perubahan yang dirancang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kini mula menampakkan hasil. Watak pemain, taktikal moden dan semangat pasukan jelas terpancar sepanjang 90 minit permainan.
Tidak dinafikan amalan minum teh hijau memang banyak manfaatnya lebih-lebih lagi untuk menurunkan berat badan. Malah menurut kajian, minum teh hijau juga baik untuk mencegah kanser kerana teh hijau ini kaya dengan anti-oksidan.
Pernah tular satu ketika dahulu, tip minum teh hijau yang diamalkan Harith Faisal mendapat perhatian netizen gara-gara amalannya itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram selama dua bulan.
Jadi sekiranya anda tidak pernah minum teh hijau kosong, pastikan selepas ini anda selitkan teh hijau sebagai salah satu minuman untuk anda menurunkan berat. Mudah-mudahan amalan ini menjadi panduan berguna untuk anda.
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)
2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Kerap kali bila kita berbicara dengan lelaki berusia lewat 30-an dan ke atas mereka seakan sudah pasrah dengan kondisi diri.
Berbeza ketika di zaman muda dahulu mereka ini kebanyakannya mula berubah bentuk fizikalnya. Majoritinya perut semakin boroi, berat badan bertambah dan stamina juga semakin menurun.
Faktor-faktor tersebut tidak dapat dinafikan mampu mematahkan semangat apatah lagi bila mereka memikirkan usia yang sudah semakin tua dan dihimpit pula dengan pelbagai komitmen diri.
Sebelum
Tapi sebenarnya anda masih belum terlambat! Ini telah dibuktikan oleh ramai orang termasuklah seorang lelaki yang berusia 60 tahun, Steve Ramsden dan layak bergelar sebagai seorang yang dah ada cucu.
Segalanya bermula selepas dia mendapati tahap kesihatan dan kecergasannya sangat teruk. Hinggakan aktiviti normal seperti mengikat tali kasut pun tercungap-cungap dibuatnya.
Kini dia tampil mengejutkan ramai ahli keluarg dan rakan-rakan dengan perubahan drastik. Lebih menarik dia bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan tetapi membina otot yang sangat mantap.
Selepas
LATIHAN DAN DIET
Sebelum ini berat badannya mencecah hapmir 100kg dan terpaksa mengambil ubat khas untuk mengawal tahap kolesterol. Beratnya turun dengan baik sekali selepas melakukan rutin senaman setiap hari di gimnasium. Dan kini dia mencapai berat badan ideal iaitu 72kg.
Bertugas sebagai seorang pembantu ambulan separuh masa, Seteve mendapat bantuan dari anaknya Dan yang juga seorang jurulatih kecergasan. Penampilannya kini bukan sahaja menarik perhatian ahli keluarga tetapi masyarakat am terutamanya di laman media sosial.
“Saya berasa lebih sihat dan baik. Saya juga lebih gembira berbanding dahulu. Rasa seperti 20 tahun lebih muda,” jelasnya dalam temu bual bersama Express.
Dari segi diet, Steve memulakan harinya dengan sarapan seperti sosej, spam dan sandwich tomato. Salah satu rahsianya untuk turut berat badan ialah meninggalkan makanan segera dan minuman manis.
Walaupun berjaya turun sebanyak kira-kira 27 kg dalam masa 10 bulan sahaja namun segala bacaan daripada doktor menunjukkan tahap kesihatannya cukup baik.
“Saya dapat bacaan yang normal dari doktor. Malah kolestrol saya rendah dan tekanan darah juga normal. Saya bertuah kerana famili sentiasa di belakang menyokong penuh usaha ini,” tambahnya lagi.
Apabila ditanya tentang apakah rahsianya, Steve berkata mulakan dengan melakukan aktiviti berjalan kaki. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti roti dan juga minuman tidak elok seperti alkohol.
Bersama anak lelakinya
“Kemudian dari situ akan ada perubahan drastik hanya dalam bulan pertama,” jelasnya.
Dia juga menegaskan bahawa semua orang mampu melakukannya. Walau berapa pun usia masih belum terlambat untuk berubah.
Semoga kisah Steve ini menjadi inspirasi untuk anda.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi videi menarik seperti di bawah.
Sumber: Bored Panda & Express
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini tular video seorang askar memakai kan topeng dan sarung tangan seorang warga OKU.
Prihatin dengan video yang menyentuh hati itu, Ustaz Ebit Lew segera mencari rumah wanita berkerusi roda elektrik tersebut bernama Noraini Wong.
Menurutnya, wanita tersebut pada mulanya tidak mahu membuka pintu.
Namun setelah Ebit Lew membuka topeng di wajah, dia menangis dan berkata yang dia sangat mengagumi penceramah tersebut dan sering berdoa untuk berjumpa dengannya.
Kisah yang sempat dikongsikan Ebit Lew ini memang cukup menyentuh hati dan jadikan ia sebagai iktibar.
“Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu.
“Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz Cina penceramah tv, Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.
“Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada di situ. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP.
“Dengan kerusi roda elektrik tu, dia ke sana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya. Menangis mendengarnya,”tulis Ebit Lew di Facebook miliknya.
Menurut Ebit Lew lagi, dari mula Noraini menangis, malah dia kerap bertanya tentang Islam. Noraini memeluk Islam sejak berusia 20 tahun. Dia tidak pandai mengaji, kadang-kadang Tahajud susah dia nak bangun berwuduk.
“Saya beri belanja kepadanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil, dia ambil. Banyak kucing dia jaga dan beri makan.
“Katanya, doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang kali dia kata, happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain, yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya,” tulisnya lagi.
Ebit Lew turut mengambil nombor telefon adik Noraini yang tinggal di Singapura untuk mendapatkan nombor telefon ibunya. Malah, dia turut memasang niat untuk menemukan Noraini dengan ibunya.
Di dalam pertemuan itu, Ebit Lew turut memaklumkan kepada orang ramai tentang Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
Ujarnya, di sebalik ujian yang menimpa ada terselit rahmat buat semua. Dia memberi nombor akaun kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan (di bawah).
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.