SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Ads
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Ads
Sertai Dari Lokasi Anda Sendiri
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Ads
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Baru-baru ini tular video seorang askar memakai kan topeng dan sarung tangan seorang warga OKU.
Prihatin dengan video yang menyentuh hati itu, Ustaz Ebit Lew segera mencari rumah wanita berkerusi roda elektrik tersebut bernama Noraini Wong.
Menurutnya, wanita tersebut pada mulanya tidak mahu membuka pintu.
Namun setelah Ebit Lew membuka topeng di wajah, dia menangis dan berkata yang dia sangat mengagumi penceramah tersebut dan sering berdoa untuk berjumpa dengannya.
Kisah yang sempat dikongsikan Ebit Lew ini memang cukup menyentuh hati dan jadikan ia sebagai iktibar.
“Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu.
“Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz Cina penceramah tv, Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.
“Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada di situ. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP.
“Dengan kerusi roda elektrik tu, dia ke sana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya. Menangis mendengarnya,”tulis Ebit Lew di Facebook miliknya.
Menurut Ebit Lew lagi, dari mula Noraini menangis, malah dia kerap bertanya tentang Islam. Noraini memeluk Islam sejak berusia 20 tahun. Dia tidak pandai mengaji, kadang-kadang Tahajud susah dia nak bangun berwuduk.
“Saya beri belanja kepadanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil, dia ambil. Banyak kucing dia jaga dan beri makan.
“Katanya, doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang kali dia kata, happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain, yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya,” tulisnya lagi.
Ebit Lew turut mengambil nombor telefon adik Noraini yang tinggal di Singapura untuk mendapatkan nombor telefon ibunya. Malah, dia turut memasang niat untuk menemukan Noraini dengan ibunya.
Di dalam pertemuan itu, Ebit Lew turut memaklumkan kepada orang ramai tentang Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
Ujarnya, di sebalik ujian yang menimpa ada terselit rahmat buat semua. Dia memberi nombor akaun kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan (di bawah).
Mungkin anda sendiri sudah maklum. Elon Musk sudah menamatkan peranannya sebagai penasihat kepada bekas Presiden Donald Trump. Namun itu tidak bermakna dia memperlahankan langkahnya terutamanya dalam perniagaan.
Terbaru, Elon Musk selaku salah seorang individu terkaya di dunia tersebut kembali tertumpu kepada projek-projek utamanya seperti Tesla dan SpaceX. Dan yang terbaru dia memperkenalkan sebuah usaha gaya hidup unik, restoran Tesla Diner pertama di Los Angeles.
Kisah diner ini bermula sejak 2018, apabila Musk berkongsi hasratnya di Twitter untuk membuka ‘restoran gaya drive-in klasik’ dengan kakitangan berkasut roda dan suasana rock n’ roll di salah satu lokasi pengecas Supercharger Tesla di LA.
Kemudian pada 2021, Tesla memfailkan tanda dagangan berkaitan industri restoran. Dua tahun kemudian, Jabatan Bangunan dan Keselamatan Los Angeles meluluskan permintaan syarikat untuk membina restoran drive-in di West Santa Monica Boulevard.
Elon Musk menggambarkan konsep restoran ini sebagai “Grease bertemu The Jetsons, dengan Supercharging”. Dua gabungan antara gaya retro dan sentuhan futuristik.
Pada Ogos 2024, satu iklan jawatan untuk “Diner Experience Specialist” dengan gaji mencecah USD285,000 dikeluarkan. Ini menandakan persiapan serius Tesla untuk pelancaran tersebut.
Kini, selepas soft launch untuk pasukan penyelamat dan first responders, Tesla Diner secara rasmi dibuka kepada umum dan mula menerima kunjungan.
Respon awal didapati sangat positif. Seorang pelawat berkongsi, “Bayangkan datang ke tempat ni dan disambut oleh robot Optimus untuk ambil pesanan anda!”
“Jika restoran retro-futuristik ini menjadi seperti yang saya harapkan, Tesla akan buka lebih banyak lokasi ini di bandar-bandar besar seluruh dunia, serta di lokasi Supercharger sepanjang laluan jarak jauh,” kongsinya menerusi akaun X.
“Ia sebuah ‘pulau’ untuk makanan enak, suasana santai dan hiburan, sambil mengecas kenderaan anda!”
Dengan pembukaan ini, Tesla sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar pengeluar kenderaan elektrik, tetapi pemain budaya moden yang menggabungkan teknologi, gaya hidup dan pengalaman unik dalam satu pakej yang futuristik.
Sumber: FoxBusiness
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Filem yang cukup dinantikan oleh ramai peminat terutamanya genre filem aksi, ‘Polis Evo 3’ kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Seperti jangkaan ramai, ‘Polis Evo 3’ sekali lagi membuktikan francais filem yang diarahkan oleh pengarah berbakat luar biasa, Syafiq Yusuf telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Malah laporan kutipan pada hari pertama dan tayangan awalnya sebelum ini telah mencatatkan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM3.4 juta. Kutipan dengan angka yang cukup hebat tersebut mendominasi carta kutipan di pawagam seluruh negara.
Ia juga mengenepikan filem aksi antarabangsa yang juga sedang hangat diperkatakan sekarang, ‘Fast X’.
Apa yang turut memberi petanda positif pada masa depan filem itu ialah, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dengan maklum balas diberikan oleh penonton.
‘Polis Evo 3’ mengekalkan formula gandingan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam da Zizan Razak dengan mereka kembali memegang watak sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani.
Salah satu perkara yang cukup menjadi bualan penonton ialah bagaimana Shaheizy Sam tampil dengan bentuk badan yang cukup tegap lengkap dengan six-packs.
Melihatkan bentuk badannya yang sebelum ini agak berisi ramai tertanya-tanya apakah rahsia Shaheizy Sam mendapatkan bentuk badannya untuk menjayakan watak Inspektor Khai yang hadir sebagai watak ‘polis superhero’.
“Sejujurnya memang susah Sam nak dapatkan bentuk badan six-pack begini. Sebabnya Sam merupakan seorang yang suka makan. Apatah lagi ketika PKP dahulu memang badan naik sedikit. Sebab kerjalah juga Sam dapat motivasi untuk kuruskan badan dan dapatkan bentuk badan lengkap dengan six packs.
“Nak kuruskan badan paling mencabar terutamanya bila nak ingin buat badan tough macam Rambo. Jadi Sam kena jaga pengambilan kalori harian selain melakukan rutin senaman dengan disiplin tinggi. Bila tak lapar jangan makan. T
“api bila perlu makan kena makan terutamanya sebelum bersenam dengan kuat di gym. Cuma apa yang lebih sukar ialah ketika penglibatan dengan filem ini usia Sam dah dekat 40 tahun. Kadar metabolisme itu sedikit rendah, jadi ia lebih sukar,” jelas Sam dalam satu temu bual bersama Mstar.
Dalam temu bual bersama Astro Gempak pula Sam turut mengulangi betapa pentingnya mengawal pengambilan kalori harian.
“Setiap hari kena cari bagaimana nak bakar lemak yang ada,” tambah Sam lagi.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, ‘Polis Evo 3’ merupakan filem yang membuatkan dia perlu meletakkan dedikasi cukup tinggi mendapatkan bentuk badan seperti ini.
Namun jelas Sam lagi, jika ada keperluan untuk filem-filem akan datang dia bersedia menerima cabaran tersebut. Dan baginya cabaran seterusnya ialah mengekalkan berat badan seperti sekarang.
Semoga kisah Sam ini mampu memberikan motivasi untuk anda menurunkan berat badan dan mendapatkan six packs!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!