KRU cipta fenomena baharu, GenKRU 2025 diiktiraf Malaysia Book Of Records. Trio adik-beradik terkenal tanah air, KRU, mencatat satu lagi pencapaian gemilang dalam sejarah kerjaya mereka apabila Konsert GenKRU 2025 yang berlangsung selama empat malam berturut-turut di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

KRU Cipta Fenomena Baharu, GenKRU 2025 Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Konsert mega yang dianjurkan oleh ICON Entertainment itu diiktiraf sebagai “Persembahan Terbanyak Dalam Satu Siri Konsert” (Most Shows in a Single Concert Series) — satu pengiktirafan yang mengangkat kembali status legenda kumpulan yang dianggotai Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim.

KRU Cipta Fenomena Baharu, GenKRU 2025 Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Persembahan berlangsung pada 3 dan 4 Mei, serta disambung pada hujung minggu berikutnya dengan sambutan yang cukup luar biasa daripada para peminat.

“Kejayaan ini bukan hanya milik KRU, tetapi penghargaan khas buat semua peminat yang menjadi nadi utama kepada kejayaan GenKRU. Daripada hanya dirancang satu malam, permintaan luar biasa telah memanjangkan konsert ini hingga ke malam keempat,” ujar Datuk Norman, mewakili kumpulan.

Ads

Bukan itu sahaja, ICON Entertainment turut mengukir nama dalam MBOR menerusi anugerah “Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh Satu Jam” (Most Concert Tickets Sold Out In An Hour) selepas 8,000 tiket habis dijual dalam masa hanya 60 minit.

KRU Cipta Fenomena Baharu, GenKRU 2025 Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Menurut Iman Tang, pengasas ICON Entertainment, pencapaian ini adalah bukti kekuatan sokongan peminat dan kepercayaan mereka terhadap jenama KRU serta kualiti persembahan yang dibawakan.

Ads

“Pengiktirafan ini kami tujukan khas kepada peminat setia KRU. Sokongan padu mereka bukan sahaja melonjakkan jualan tiket, tetapi turut menjadikan GenKRU 2025 sebagai antara konsert paling berprestij pernah dianjurkan,” katanya.

Lebih 30,000 penonton membanjiri lokasi sepanjang empat malam konsert, yang turut menampilkan artis jemputan popular seperti Elite, Adam AF, dan Feminin, menambah lagi kehangatan malam bersejarah ini.

Sumber: Harian Metro

Ads

BACA: 33 Tahun Dalam Industri, KRU Buktikan Masih ‘Terhangat Di Pasaran’

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI