
Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk. Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah, ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih dan segar.
Caranya dengan memerah air limau nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu), kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering. Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini, ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali pada seluruh wajah dan bilas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelitup Muka Karangkraf Medicare Bukan Saja Diperakui Suci & Bersih, Tapi Capai Gred ‘Medical’

Sebagai langkah untuk menyekat penularan wabak COVID-19, pelitup muka merupakan salah satu daripada langkah pencegahan yang diwajib ke atas setiap orang, selain mengamalkan penjarakan sosial dan amalan membasuh tangan.
Tidak dinafikan sejak penularan COVID-19, muncul pelbagai jenis pelitup muka di pasaran. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak memilih pelitup muka yang bukan sahaja boleh menyekat kemasukan virus, sebaliknya menepati kualiti standard yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya ketidakselesaan pada kulit wajah.
Menyedari betapa pentingnya faktor kebersihan dalam penyediaan pelitup muka ini, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) menerusi anak syarikatnya Karangkraf Medicare telah mengambil inisiatif dengan melancarkan pelitup muka tiga lapis yang memenuhi standard perubatan antarabangsa, selain pembuatannya suci dan bersih.
Memandangkan pelitup muka menjadi satu kewajipan susulan ancaman COVID-19, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub terpanggil untuk menghasilkan pelitup muka ini sebagai satu usaha baharu Karangkraf dalam membantu masyarakat.
“Semasa PKP yang lalu, bila harga pelitup muka dijual dengan harga RM2 dan diturunkan ke RM1.50 saya terpanggil untuk buat sesuatu. Dengan adanya permintaan yang besar menyebabkan ramai orang menjual pelitup muka yang kurang kualiti dengan harga yang mahal.
“Maka terciptalah pelitup muka yang kita hasilkan sendiri dengan jaminan harga lebih murah dan paling penting, ia menepati kualiti standar yang boleh digunakan tanpa was-was,” ujar Datuk Dr Hussamuddin dalam sidang media pelancaran pelitup muka Karangkraf Medicare yang diadakan pagi tadi di Kumpulan Karangkraf.
6 kelebihan pelitup muka Karangkraf Medicare:
1. Pengeluaran Bumiputera
Dihasilkan oleh syarikat Bumiputera yang dipercayai dan terkenal dalam bidang pencetakan.
2. Bahan Mentah Yang BerKualiti
Pelitup muka ini menggunakan bahan mentah PP Non Woven yang diimport dari negara China, manakala bahagian tapisan tengah atau ‘melt blown’ diimport dari negara Jepun.
3. Tagline Suci dan Bersih
Menggunakan elemen ‘Suci dan Bersih’ sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih (clean room) dan terjamin dari segi pembuatannya.
Pekerja akan disaring terlebih dahulu dan diwajibkan memakai sut perlindungan PPE sebelum memulakan operasi pembuatan pelitup muka Karangkraf Medicare.

4. Menepati Standard Yang Ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Pelitup muka ini turut diuji di makmal akreditasi dan sedang menjalankan usaha sama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
5. Tampil Kelainan Dengan ‘Hygiene Case’
Pelitup muka Karangkraf Medicare menerusi set Karangkraf Plus turut menyediakan ‘Hygiene Case’. Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka, di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.


Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
a. Floral
b. Frontliners
c. Classic
d. Musical
e. Geometric
f. Tropical
6. Hadir Dalam 2 Pilihan

A) Pelitup muka Karangkraf
– Mempunyai 30 keping pelitup muka/kotak
– Mempunyai enam pilihan ‘design’ kotak.

B) Pelitup muka Karangkraf Plus
– Mempunyai 10 keping pelitup muka/kotak
– Disertakan bersama 10 keping Hygiene Case dalam setiap kotak. Setiap pelitup muka akan dipek dengan teliti di dalam Hygiene Case yang berasingan.
– Mempunyai enam pilihan ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ Hygiene Case
– ‘Design’ Hygiene Case akan diberi secara rawak dalam setiap kotak Karangkraf Plus.
Bermula hari Isnin ini, 26hb Oktober 2020, anda boleh mendapatkan pelitup muka Karangkraf Medicare secara online di www.karangkrafmall.com atau datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khidmat Putihkan ‘Mr P’ Jadi Trend Kegilaan Terbaru Di Bangkok

Mungkin jika seseorang obses untuk memutihkan wajah atau tubuh satu perkara yang biasa buat kita. Namun yang ini agak luar biasa halnya. Agak lucu juga bila, rupanya wujud satu trend terbaru di Thailand dan menjadi kegilaan terbaru pengguna media sosial di sana.

Sebuah klinik di Bangkok berjaya menarik 100 pelanggan sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan pemutihan zakar yang disediakan dan mula mencetuskan kebimbangan komuniti setempat.
Ia dipercayai dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.

Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata rawatan berkenaan menjadi popular selepas itu dengan purata 100 pelanggan sebulan.
Prosedur pemutihan menggunakan teknologi laser itu menjadi pilihan ramai termasuk pengguna media sosial selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam internet.
“Kami perlu berhati-hati kerana ia anggota sensitif pada tubuh,” kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun, termasuk dari kalangan golongan LGBT.
Sumber: AFP via Bharian.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
HARAM Bagi Kedai Makan Tukar Jenama Minuman Coklat Murah, Tak Sama Dalam Menu – Mufti WP

Sebagai orang Malaysia sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan minuman coklat dari jenama Milo. Dan popularitinya di negara kita memang tak dapat disangkal lagi hinggakan hampir semua restoran tempatan pastui terdapat hidangan Milo sama ada panas atau sejuk di dalam menu.
Namun seiring dengan peredaran zaman semakin banyak jenama berbeza minuman coklat ditawarkan di pasaran. Kebanyakannya berharga lebih murah daripada jenama Milo.

Jadi apabila terdapat lambakan jenama lain timbul persoalan bagaimanakah jika pengusaha restoran atau kedai makan mengiklankan minuman Milo dalam menu tetapi menggunakan serbuk coklat lain yang jauh lebih murah.
Persoalan inilah yang telah diajukan oleh seorang follower Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepadanya yang dikongsikan di laman Facebook beliau.
Follower tersebut bertanyakan apakah hukum sekiranya tauke kedai makan menukar serbuk Milo dengan serbuk coklaty yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan.
Menururt Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA!
Ikuti perkongsian posting terserbut di bawah!
AL-KAFI #1088: HUKUM TAUKE KEDAI MAKAN MENUKAR SERBUK COKLAT YANG LEBIH MURAH
Baca di laman rasmi PMWP: https://goo.gl/8UM9CS
SOALAN
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah hukum sekiranya tauke sesebuah kedai makan menukarkan serbuk Milo dengan serbuk Coklat yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan? Mohon pejelasan Dato’ Seri Mufti. Terima kasih.

JAWAPAN
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Mu’amalah jual beli di dalam agama Islam adalah harus dan dibolehkan. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan. Namun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang jelas agar mu’amalah yang dijalankan selari dengan kerangka syariat yang ditetapkan.
Antara syarat sah jual beli ialah saling reda meredai antara penjual dan pembeli. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
(Surah al-Nisa’: 29)
Syeikh al-Maraghi berkata: Jual beli mestilah dijalankan dengan prinsip saling reda-meredai antara penjual dan pembeli. Oleh sebab itu, kecurangan, pendustaan dan pemalsuan merupakan perbuatan yang diharamkan dalam jual beli.
Maksud ‘batil’ dalam ayat ini bermaksud mengambil harta harta orang tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya atau dengan cara tipu daya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1168-1169)
Dalam satu hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.”
Riwayat Ibn Majah (2185)
Jual beli yang harus dan menepati syarak memberi kesan dan implikasi akan bertukar pemilikan dengan syarat berlaku keredaan antara pembeli dan penjual. Berlainan pula jika dengan paksaan. Ia tidak dianggap memberi kesan tetapi barang jualan tetap milik penjual. Jika sekiranya berlaku bentuk jual beli dengan adanya akad yang diredhai bersertakan syarat dan mengikut syarak, maka dianggap muktabar. Ini kerana keredaan adalah perkara yang tersembunyi. (Lihat Masabih al-Tanwir ‘ala Sahih al-Jami’ al-Saghir, 1/425)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مَرّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ، فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً. فَقَالَ: “مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطّعَامِ؟” قَالَ: أَصَابَتْهُ السّمَاءُ يَا رَسُولَ اللّهِ! قَالَ: “أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النّاسُ، مَنْ غَشّ فَلَيْسَ مِنّي”.
Maksudnya: “Bahawa Rasul SAW melalui setumpuk makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Pemilik makanan menjawab: “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah ini di atas supaya manusia dapat melihatnya, siapa yang menipu, maka dia bukan dariku.”
Riwayat Muslim (102) dan al-Tirmizi (1315)
Larangan terhadap amalan menipu dalam perniagaan amat jelas dalam hadis di atas. Perbuatan menukarkan serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pembeli bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi adalah dikira sebagai menipu dan curang dalam perniagaan. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/13)
Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai. Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama. Keuntungan juga boleh diperolehi dengan cara kepandaian, kecergasan dan ketelitian ketika bermuamalah.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa. Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu. Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut:
وَبَارِكْ لَنا فِيمَا أَعْطَيْتَ
Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan kefahaman kita dalam memahami syariat Islam dengan lebih baik pada masa hadapan. Amin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

